5🐱

3.8K 133 2
                                    

"Handsome juga abang Hanis ni....."Gadis yang berdiri dibelakangnya itu dia pandang pada pantulan cermin.

"Baru sedar ke?"Bibir merah jambu itu tersungging ke atas. Tali leher itu dibetulkan sedikit supaya rapi.

"Eleh...Orang puji sikit riak...."Hanis berjalan masuk ke bilik abangnya itu. Sekitar bilik itu diperhatikan. Erm! Kemas!

"Apa tujuan kamu ke sini wahai adinda ku?"Tanya Haider lalu dia memusingkan badan kebelakang. Menghadap sang adik.

"Saje datang spotcheck..Kut-kut la abang ada bawa SOMEONE masuk ke bilik ni.."

"Kau bacakan abang yassin kalau abang berani buat macam tu..."Gila dia nak seludup perempuan ke dalam bilik. Kalau tak kena rejam mesti kena pancung dengan mamanya.

"So....How's your feeling for tonight? Next CEO of Lembah Holdings?"Hanis menghulurkan tangannya yang dianggap sebagai microphone itu kepada Haider.

"Well..Ehem...I'm a bit anxious since I know that tonight's, girls will be paying attention to me...."Senyuman badboy nya ditayangkan kepada Hanis..

"Jerk! Ouh....Tunang abang datang ke?"Sebut pasal tunang abangnya itu. Terus terbayang sosok seksi Julliane. Apa yang menarik pun dia tak tahu. Sejak bila abangnya ini suka dengan wanita tak cukup kain tu? Ouh...Baru dia ingat....Sejak zaman belajar. Lebih kurang 4 tahun yang lalu mereka menjalinkan hubungan kekasih. Tamat sahaja belajar, abang minta mama dan papa pinangkan si buah hati. Tak menyempat betul.

Sejujurnya, dia tak gemar langsung dengan pilihan abangnya. Tapi nak buat macamana kan? Mama dengan papa pun tak masuk campur dengan pilihan abang, jadi layakkah dia menentang? Tapi kalau ditakdirkan abangnya itu putus tunang, dialah orang yang paling gembira. Silap-silap dia akan buat doa selamat sebab abang dia dijauhkan dari godaan makhluk yang bernama Julliane itu. Nampak sangat perempuan tu ada agenda.

"I don't know....Tengok ajelah nanti..Kalau datang adalah dia dekat dewan tu nanti..."Balas Haider. Almari kaca yang menempatkan koleksi minyak wangi itu dihampiri. Satu botol minyak wangi kesukaannya dikeluarkan lalu disembur ke badan.

Aik! Jawapan sangat sesuatu. Kenapa? Mesti baru lepas gaduh ni...Huh! Gaduh lagi bang, biar perempuan tu minta putus.. Astaghfirullah, jahat betul kau ni Hanis... Doakan yang bukan-bukan untuk hubungan abang kau...

"Along dengan angah datang tak?"Tanya Haider. Along dengan angahnya kini sudah mempunyai keluarga masing-masing. Jadi mereka tidak tinggal lagi bersama di dalam rumah ini. Masing-masing ikut suami.

"Datang...Mereka dah on the way katanya. Jomlah abang, mama dengan papa pun dah tunggu dekat bawah."Hanis menarik lengan abangnya untuk keluar dari bilik itu.

"Wangi-wangi ni nak pergi mana?"Pening dia bau wangian dari abangnya itu. Nampak macam abangnya sembur je tadi, tapi bau tu macam dicurahkan ke badan minyak wanginya.

"Pergi cari calon isteri....."Balas Haider. Mata kanannya dikenyitkan kepada Hanis.

.......

"Diumumkan ketibaan CEO Lembah Holding's, Yang Mulia Tan Sri Tengku Halim dan ahli keluarga ke dalam dewan."

Apabila emcee mengumunkan ketibaan tersebut. Seluruh tetamu yang hadir di dalam dewan, berdiri bagi memberi penghormatan kepada mereka.

"Weh...Nampak tak anak tengku tu.....Hensem Kaseh oiiii..."Ujar Jiha sambil menyiku lengan Kaseh.

Kaseh buat tak endah. Dia sibuk berbalas pesanan dengan client. Tak cukup pagi sampai kemalam dia diganggu oleh clientnya itu. Itu dia cakap, bukan mudah nak puaskan semua orang. Buktinya sekarang. Dah habis waktu kerja pun dia terpaksa melayan client. Kalau tak layan nanti, syarikatnya juga yang rugi. Bukan senang nak dapat tawaran membuat rekaan dalaman untuk dewan santapan diraja. Rugi...Rugi..

Tengku Haider RaizWhere stories live. Discover now