30🐭

3.3K 105 6
                                    

2 tahun berlalu....

Tok! Tok!

"Masuk"Sahut Haider dari dalam. Setelah itu pintu biliknya dibuka dari luar.

"Ada apa Sab...Ayu?"Tersungging senyuman di bibir wanita itu. Dah lama dia tak dapat jumpa sepupunya ini disebabkan departmentnya terlala sibuk. Kali terkahir berjumpa sewaktu mereka ada makan malam di rumah paksu.

"Buat apa dekat sini? Abang dah cakap, kalau bukan sebab kerja..Ayu takboleh naik ke sini..."

"Ayu datang nak hantar report ni..."Ayu melangkah mendekati meja kerja Haider.

"Thanks..Tu je kan? So Ayu boleh keluar.."

"Abang....Ayu rindu abang..."Ayu laju mendekati sepupunya lalu dia duduk di pangkuan Haider. Haider yang tidak dapat menjangka kelakuan Ayu itu turut terkejut.

"Apa Ayu ni! Bangun!" Ayu memeluk erat leher Haider. Wanginya Abang Haider ni...

Puas ditolak perempuan itu namun tidak berganjak. Haider bangun dengan mengejut dari kerusi menyebabkan perempuan itu jatuh ke bawah.

"Apa abang ni? Sakit tahu tak?"

"You are too much! Keluar sebelum aku panggil guard heret kau dari sini!"

"Apa masalah abang ni eh? Dulu okay je kita nak bemesra macam ni. Abang juga yang selalu peluk Ayu, tapi sekarang abang dah lain!"Ayu bangun lalu menetang pandangan Haider.

"Apa yang kau tak faham. Kau dengan aku hanya sepupu dan ada batas antara kita. Jangan kau nak ungkit kisah lalu...Aku yang dulu dan yang sekarang tak sama!"

"Abang tahu kan mama nak satukan kita....Abang jangan lupa tentang tu....Wasiat atok dah dibaca, abang kena ada zuriat, kalau tak semua company ni bukan lagi hak abang!"

Sewaktu, Kaseh dan Jiha berangkat ke Melaka. Malam itu, mereka ada perjumpaan keluarga. Genap sahaja 10 bulan Haider memegang jawatan sebagai CEO Lembah Holding. Wasiat arwah atok akan dibaca. Dan di dalam wasiat itu, memerlukan Haider untuk mempunyai zuriat. Jika tidak, segala harta yang dimiliki akan ditarik 100% dan akan diserahkan kepada BOD untuk diterajui.

Apa lagi memang mengamuk Haider dengan wasiat atoknya yang baginya tak masuk akal. Apa yang menambahkan api kemarahannya cadangan makngah untuk satukan dia dengan Ayu disebabkan untuk dapatkan zuriat. Rasa nak sahaja dia terbalikan rumah itu dengan cadangan merapu makngah. Dia takkan duakan isterinya walau dengan apa cara sekalipun. Dia pun tak hamak harta warisan itu. Dia tak pernah menceritakan hal ini kepada Kaseh sebab dia taknak isterinya itu tertekan.

"Aku tak kisah walau sesen pun tentang harta ni! Aku akan hanya ada anak dengan isteri aku sahaja. Bukan dari orang lain! Jadi kau dengan makngah jangan cuba bermimpi untuk itu."

"Abang jangan terlalu yakin...Cuba abang fikir, kalau Kaseh tahu tentang semua ni? Abang rasa dia sanggup ke hidup dengan abang yang tiada apa-apa tu?"

"Aku warning kau untuk kali terkahir. Jangan sesekali masuk campur urusan aku. Aku masih lagi biarkan kau bekerja dekat sini atas alasan kau ni sepupu aku. Jangan sampai aku halau kau keluar dari company dengan cara tak bermaruah! Mind my words Ayu Raulia!"

"Apa lah yang perempuan tu dah buat dekat abang. Abang sedar tak yang dia tu dah guna-gunakan abang! Abang ni..."

Pang!

Ayu memegang pipinya yang baru sahaja menjadi sasaran penampar Haider. Terkaku dia apabila Haider menamparnya.

"Sampai hati abang tampar Ayu sebab perempuan mandul tu?"

Tengku Haider RaizWhere stories live. Discover now