42

3.4K 90 3
                                    

Lebih kurang jam 9 malam barulah dua beranak itu pulang ke rumah. Kaseh yang mendengar bunyi enjin itu segera turun ke bawah. Pintu utama dibuka dari dalam.

Kelihatan Haider sedang mencempung tubuh Fattah yang sedang lena itu.

"Sayang, could you please help me to take out our things from the car?.Abang nak bawa Fattah masuk bilik jap.."Pinta Haider sewaktu masuk ke dalam rumah. Kaseh angguk.

Kaseh kemudian menapak ke kereta Haider dan mengambil barang yang ditinggal. Sempat matanya tertacap pada satu plastik lutsinar yang berisi beberapa ekor ikan. Ini mesti anaknya itu punya. Kaseh geleng dan senyum.

Apabila selesai keluarkan semua barang di dalam kereta. Kereta dikunci dan dia melangkah masuk.

"Takpe Puan Kaseh, biar Kak Siti tutupkan pintu..."Kebetulan Kak Siti lalu di ruangan itu.

"Terima kasih Kak Siti."Ucap Kaseh sebelum meneruskan langkah ke arah bilik atas.

Kaseh masuk ke bilik Fattah tidur. Dia meletakkan beg dan ikan tadi di atas meja. Terlihat suaminya sedang menukar pakaian Fattah.

"Abang...Abang pergilah bersihkan diri. Takpe biar Kaseh yang lapkan badan Fattah..."

"Are you sure love?"

Aku angguk lalu kain tuala kecil itu bertukar tangan.

Haider bangun dari birai katil, lalu satu kucupan singgah di dahi Kaseh.

"Thanks...Abang mandi dulu..."Kaseh hanya mengangguk.

Kaseh sambung dengan mengelap badan Fattah. Baju tidur disarung pula ke tubuh anaknya itu. Rambut anaknya itu diusap.

"Penat ye keluar jalan-jalan dengan daddy?"Kaseh senyum. Teringat balik segala gambar yang dihantar oleh Haider tadi. Bukan main seronok lagi wajah anak lelakinya itu.

"Sweet dreams sayang, good night..."Kaseh bangkit sedikit untuk mencium dahi Fattah.

.........

Kaseh keluarkan baju tidur untuk Haider sementara suaminya itu masih di bilik air. Ditilik sebentar baby cot yang ditiduri Fatyia. Anaknya yang satu itu masih pulas tidur.

"Love.."Haider melingkar tangannya di pinggang Kaseh. Pipi wanita kesayangannya itu dicium.

"Sejuk la bang!"Badan suaminya yang terdedah dan masih lagi lembab itu membuatkan dirinya sedikit merasa sejuk. Haider cium lagi pipi isterinya itu kerana geram. Tak dia endah dengan kata-kata Kaseh. Kemudian dia lepaskan pelukan.

"Rindunya daddy dekat princess daddy ni..."Haider beralih pula ke arah baby cot. Mulut Fatyia yang sedang memuncung ketika tidur itu mencuit hatinya. Satu kucupan didahi diberikan kepada Fatyia.

"Fatyia okay harini? Meragam tak dia?"Tanya Haider kepada Kaseh sambil menyarung baju tidur.

"Tak...She's good girl today..."Jawab Kaseh...

Haider angguk. Haider berlalu kemudian menapak ke arah meja solek setelah selesai menyidai tuala.

Kaseh mendekati suaminya yang sedang duduk di kerusi meja solek itu..

"Boleh Kaseh pakaikan abang skincare?"Haider yang baru memegang botol toner itu terhenti pergerakannya. Wajah isterinya dipandang sebelum senyuman terlakar di bibir merah itu.

"Sure...Dengan berbesar hatinya..."Haider tarik Kaseh agar duduk di pangkuannya. Kaseh hanya menurut.

Kaseh mula dengan memakaikan toner, kemudian serum dan akhir sekali moisturizer. Dia dab-dab sedikit wajah suaminya agar skincare tadi meresap masuk ke kulit wajah.

Tengku Haider RaizWhere stories live. Discover now