11🐣

3.6K 115 0
                                    

Malam minggu kini tiba. Macam biasa, hari jumaat lepas kerja memang aku wajib balik rumah maksu. Kalau tak balik rumah maksu, aku akan balik kampung nenek.

Baru sahaja selesai solat isyak, pintu bilik ku diketuk. Dengan masih bertelekung, aku bangun dan buka pintu.

"Hah, ada apa Jiha?"

"Kau tak siap lagi?"

"Siap? Eh! Kita ada nak pergi mana-mana ke? Maksu tak cakap pun..."

"Bukan kita tapi kau!"Jiha tarik aku keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

"Eh! Apa main tarik-tarik ni?"

"Ibu.."Panggil Jiha apabila tiba di ruang tamu.

"Lahh, kenapa Kaseh tak siap lagi? Kan nak keluar dengan Haider?" Aku terbuntang dengan kehadiran lelaki itu. Apa dia buat dekat sini?

"Apa dia maksu? Kaseh tak dengar?"

"Haider cakap kamu berdua nak keluar pergi event reunion... Kenapa Kaseh tak siap lagi?"

"Kaseh ta..."

"Dah....Jiha pergi tolong Kaseh siap....Jangan lama-lama, kesian Haider tunggu."Maksu potong ayat aku.

"Baik ibu...Jom.."Sekali lagi aku ditarik Jiha..

......

"Errr..Kaseh..."

Aku buat tak endah panggilannya. Dari masuk kereta sampai lah sekarang aku tak bercakap dengan dia. Padan muka. Sesuka hati dia je datang rumah maksu.

"Janganlah macam ni..Kita dah nak sampai ni.."

"Kau ni kan! Yang kau pergi datang rumah maksu tu dah kenapa? Hish!"Aku peluk tubuh.

"Kau kata kita kawan?"

"Kalau aku cakap kita kawan bukan satu tiket untuk kau buat sesuka hati! Ada kau tanya aku dulu? Dahlah main terjah lepastu bawa aku ke sini pula! Kau lupa apa yang jadi dengan kita ke Haider?"

"Aku minta maaf..."Sumpah dia takboleh fikir siapa yang dia nak ajak datang bersama. Hanya nama Kaseh yang terlintas. Tak sangka wanita itu akan marah sampai macam ni...

"Ish! Aku penat la dengan kau ni!"Aku pusing ke kanan lalu pandang dia. Kalau keluar laser mata aku ni, dah lama terbelah dua kereta ni aku kerjakan.

......

"Sekejap je! Kalau lama-lama kau dekat dalam, aku balik naik grab!"

"Ye...Aku janji sekejap je! Dah jom..."Dia tarik tangan aku.

"Aku tahu jalan sendiri, takpayah nak tarik-tarik."Aku tarik tangan aku dari dipegang olehnya.

"Sorry..Tak sengaja.."

Setelah itu kami berdua beriringan masuk ke dalam dewan hotel. Memandangkan waktu belajar dulu kami berlainan fakulti, jadi aku tak beberapa kenal sangat alumni yang ada di sini kecuali si Haider ni.

"Yo Haider..."Tegur satu suara garau ke arah kami.

"Hey, Iman..."Haider dan lelaki yang bernama Iman itu berpelukan.

"Lama tak dengar khabar....Mana tunang kau?"Iman pandang sekeliling namun tidak nampak kelibat Julliane sebaliknya matanya jatuh pada sosok wanita yang berdiri di sisi rakannya itu.

"Siapa ni? Kau bawa anak siapa ni?"Tanya Iman.

"Partner aku....Eh! Mana yang lain?"Haider cuba menukar topik.

"Ada....Dekat meja depan sana. Jomlah, dengar cerita kau dah ganti tempat papa kau kan?"

"Lebih kurangla..."

Tengku Haider RaizWhere stories live. Discover now