20🐭

3.6K 113 1
                                    

"Apa awak rasuah maksu hah? Senang-senang je dia bagi saya cuti suruh ikut awak ke Cameron.."Aku tutup pintu keretanya dengan sedikit kuat. Tunjuk protes. Sudah sebulan kes Julliane itu berlalu. Alhamdulillah, semuanya selesai dan Julliane pun dah dapat hukuman setimpal.

"Adalah....Kenapa monyok ni sayang....Tak suka ke dapat pergi Cameron....Tempat sejuk tau.."

"Awak suka macam ni....Suka buat saya macam tertanya-tanya.....Cakaplah kenapa saya kena ikut awak pergi Cameron?"

"Saya ada meeting dekat sana Kaseh, ala-alang harini jumaat dan esok dan lusa hujung minggu...Kita dating la sekali..."

"Kan senang cakap macam ni! Kenapa nak rahsia bagai...."

"Saje je....Buat surprise...."

"Apa-apa jelah..."

"Kut ye kalau marah sangat dekat saya, jangan sampai bahayakan diri..."Haider mendekatkan diri kepadaku.

"A..Apa awak nak buat ni Ha..Haider?"Aku nampak dia tarik seat belt lalu dia pasang pada diriku. Sempat satu ciuman ringkas mendarat di bibirku.

"Awak!"Aku tutup mulutku...

"Too much talk, make me wanna kiss your lips...."

Terbuntang mata aku apabila ayat itu keluar dari mulut lelaki ini. Aku pukul lengan dan bahunya.

"Dasar gatal!"

Dia pegang tanganku lalu dia kunci pergerakkan ku. Kedudukan dia yang rapat itu membuatkan aku senyap serta merta.

"Awak nak tengok macamana saya jadi gatal?"

Cepat-cepat aku geleng kepala. Gila! Aku pandang sekeliling. Kami sekarang berada di kawasan lobi office. Kalau orang lalu sudah pasti mereka nampak kami yang berada di dalam kereta ini.

"Okay-okay..Saya senyap...Saya janji...."Ujarku bersungguh.

"Good...Be a good girl okay?"Aku angguk laju...Dia akhirnya menjauhi ku yang tersandar rapat dengan kerusi tempat duduk penumpang.

"Kita balik dulu kemas apa yang patut...Dalam pukul 12 kita gerak ke Cameron..."Jam ditilik, baru masuk jam 10.30 pagi...."

"Meeting awak pukul berapa?"Sempat ke ni? Cameron bukan dekat-dekat...

"Client saya ajak jumpa malam....So sempat in sha Allah...."

"Okay.."Kemudian kami berlalu pergi dari kawasan lobi.

........

Lebih kurang jam 5 petang kami tiba di Tanah Tinggi Cameron Highlands. Cuaca saat itu sangat sejuk tambah pula baru lepas hujan.

"Kita check in dulu, rehat-rehat...Lepas tu kita keluar..."Aku hanya mengangguk. Aku ikut sahaja.

Selesai sahaja urusan check in, Haider menarik tanganku menuju ke bilik yang ditempah. Bilik yang agak besar untuk kami berdua. Kata Haider biar selesa sikit. Aku pun malas nak cakap apa, ikut sahaja.

Aku melepaskan shawl dan aku berjalan ke arah pintu gelangsar. Permandangan bilik ini menghadap ladang teh.

"Kawasan Cameron dah lain....Last saya datang ke sini masa umur 15 tahun...Dah 10 tahun berlalu..."Aku buka pintu gelangsar hotel. Tangan ku depa lalu aku hirup udara dari tanah tinggi itu.

"It's okay....Untuk dua hari akan mendatang, saya akan jadi tour guide awak.....Bersyukur tau sebab dapat tour guide handsome macam saya ni.....Sudahlah handsome, FOC lagi...."

Tengku Haider RaizWhere stories live. Discover now