Bunyi deringan Iphone mengganggu lena Haider. Dia yang berada di dalam kedaan meniarap itu berusaha meraba Iphone miliknya. Apabila dia dapat gapai Iphone miliknya, tanpa melihat ke arah skrin, segera dia slide dan tekap di telinga.
"Hello..?"Suara serak basahnya menyapa pemanggil disana.
"Hello...Maaf ganggu, tapi ni suami Puan Kaseh Kirana?"
Terus segar matanya saat nama itu masuk ke pendengaran. Haider bangun dan lihat ke ruang sebelahnya.
Kosong!
"Hello encik?"Panggil pemanggil disana.
"Ye..Saya suami dia...Kenapa dengan isteri saya..."
"Alhamdulillah...Saya dari Hospital Kuala Lumpur, isteri encik kini berada di wad. Orang awam terjumpa dia tadi..."Jam ditilik. Pukul 3 pagi..
Nak luruh jantungnya saat ini. Bayangkan, baru beberapa jam tadi dia masih bersama isterinya. Tiba-tiba dapat berita begini.
"Sa..Saya ke sana sekarang..."Talian dimatikan. Duvet diselak kasar. Bilik air dituju untuk segarkan diri.
"I knew there is something wrong!"Kelakuan aneh isterinya tadi membuatkan dirinya merasa kurang senang.
Siap menyarung pakaian, dia menggapai kunci kereta. Bermacam soalan bermain di mindanya sekarang. Hanya Kaseh sahaja yang mampu menjawab segala persoalan tersebut.
Sampai sahaja di hospital segera dia ke kaunter untuk mendapatkan segala maklumat tentang isterinya. Apa yang telah diceritakan kepadanya, isterinya dijumpai berhampiran dengan Bus Stop menghala ke rumah mereka. Waktu itu Kaseh sedang terduduk menahan kesakitan sebelum pengsan. Ya Allah...
Mahu hilang nafasnya apabila mendengar cerita tersebut. Berani sungguh isterinya itu keluar waktu begitu? Andai kata yang datang itu berniat jahat? Dia pejam mata, tak mampu nak bayang perkara tersebut. Penumbuk digenggam erat.
Ujar nurse itu lagi, orang yang hantar Kaseh itu merupakan pasangan suami dan isteri. Mereka pun panik saat melihat Kaseh pengsan dan terus hantar Kaseh ke sini. Haider nak jumpa pasangan tersebut untuk mengucapkan terima kasih, namun malangnya pasangan tersebut telah pergi dari hospital ini. Hanya ucapan syukur yang mampu meniti di bibirnya.
.........
Kaseh tersedar. Perit matanya melawan cahaya lampu yang masuk. Matanya seakan susah untuk dibuka. Mungkin agak sembap.
Dia cuba menganalisis keadaan sekeliling. Sehinggalah dia perasan akan tali IV drip yang bergantung itu. Sah! Dia kini berada di hospital. Wajahnya diraup, tak mustahil Haider akan dapat tahu nanti.
"Dah bangun?"Suara garau itu memecahkan kesunyiaan bilik. Kaseh cari dari mana datangnya suara itu. Tak jauh dari katil, kelihatan satu sosok sedang berdiri menghadap ke luar tingkap. Dia kenal akan bentuk tubuh itu. Baru sahaja dia sebut tadi, pemiliknya sudah ada disini.
"Abang?"
Haider pusing ke arah isterinya. Satu senyuman sinis dipamerkan.
"Abang? So, Kaseh sedarlah yang abang ni suami Kaseh?"
Air liur ditelan terasa payau. Kau memang dah pancing tahap kemarahan Haider paling maksima Kaseh.
Haider datang mendekat. Dia berdiri di hujung katil. Penghadang katil yang berada di hujung kaki isterinya digenggam kuat. Kaseh nampak urat tangan suaminya itu timbul.
"Do you have any explanations?"
"Kaseh min..minta maaf..."
Dush!
YOU ARE READING
Tengku Haider Raiz
RomanceSiapa kata musuh tak boleh bercinta? Siapa kata benci tak boleh jadi sayang? Siapa kata beku tak boleh dicairkan? Siapa kata pahit tak boleh jadi manis? Siapa kata? Tengku Haider Raiz memegang jawatan sebagai CEO Lembah Holdings pada usia yang muda...