6🦁

3.6K 133 0
                                    

Tok! Tok!

"Ye masuk..."

"Cik Kaseh, ada orang nak jumpa.." Aku yang bingung itu memandang Juwita.

"Siapa?"

"Katanya seseorang yang penting..."

Siapa pula nak main teka-teki dengan aku ni. Haih!

"Jemputla dia masuk....Ouhh, berapa orang?"

"Sorang je Cik Kaseh.."

"Okay..Buatkan air ye..Satu je.."

"Baik Cik Kaseh.."

Tak lama selepas itu, kelibat Juwita muncul kembali kali ini bersama dengan seseorang itu. Terbuntang mataku saat sosok itu melangkah masuk ke dalam bilik ku.

"Hai Kaseh Kirana.."

Beberapa hari lepas, aku mendapat panggilan. Apabila angkat sahaja, aku dapat cam suara tersebut. Terus aku letak kembali. Berkali-kali dia call, aku tetap tak angkat. Aku ingat bila tak dilayan, lelaki itu akan putus asa. Tapi tak sangka pula sampai kesini dia mencari aku.

"A..Awak boleh keluar Juwita.."

"Baik Cik Kaseh.."Setelah meletakkan secawan air di meja aku, terus Juwita keluar meninggalkan kami berdua.

"Susah betul nak bercakap dengan Cik Kaseh ye? Call asyik kena reject je.."Lelaki itu berdiri sambil tangannya diseluk ke dalam kocek seluar.

"Silakan duduk.."Pelawaku. Lelaki itu lantas duduk di kerusi di hadapan ku.

"Ada apa ye Encik Haider?"

"Aku jumpa Datin Haura dulu sebelum ke sini...Aku dah cakap yang aku nak hire kau untuk ID aku punya office dan datin setuju.."

"Maaf encik. Saya terpaksa tolak sebab..."

Kring! Kring!

Bunyi deringan dari telefon pejabat membuatkan mereka berdua menoleh ke arah telefon tersebut.

"Hello, Creative Haura's here...."

"Kaseh..Maksu ni...Tadi Haider nak hire kamu untuk design office dia. Maksu setuju.."

"Tapi maksu..Kaseh banyak lagi design nak kena submit dekat client. Maksu suruh orang lain lah ye?"

"Takpe-takpe.. Yang Kaseh ongoing tu bagi maksu.. Nanti maksu serah dekat sesiapa. Kaseh buatkan yang Haider ni okay?"

"Tapi maksu..."

"Pleaseee Kaseh....Haider cakap tadi, kalau dia puas hati dengan design Kaseh...Dia nak ambil kita untuk ID dia punya hotel....This is your chance to become well-known, sayang..."

Aku renung tajam lelaki yang berada di hadapan ku ini. Kemain dia rasuah maksu aku.

Aku tarik nafas lalu aku hembus perlahan. Ikhlas Kaseh...Ikhlas..

"Okay fine...."Setelah itu telefon diletak.

"So...Nak mula dari mana ye Cik Kaseh?"Soal lelaki itu. Aku nampak wajah kemenangan dia.

.......

"Jadi sekarang, Encik Haider nak konsep macamana?"Aku soal lelaki itu. Harini, aku ada temujanji dengan lelaki ini. Aku ke sini, ke Lembah Holding's semata-mata nak tahu konsep yang lelaki ini inginkan untuk ruangan kerjanya.

"Why so rushing? Kita minum-minum dulu..."Interkom ditekan lalu dia memesan 2 gelas jus dari pembantunya.

"Encik Haider mungkin taktahu, jadi saya akan bagitahu dekat sini. Saya ni seorang yang tak suka buang masa...Jadi, tolong jangan bazirkan masa saya dekat sini. Terangkan konsep yang encik minat untuk ruangan ini.."

"Kaseh...No need to be so formal.."

"Saya formal ketika kerja...Itu cara saya..Kalau Encik Haider tak suka, encik boleh upah ID yang lain...Jadi saya balik dulu..."Baru aku nak bangun dia menahan.

"Okay..Okay...Kita bincang sekarang..."Akur Haider.

Setelah beberapa minit menukar dan memberi pendapat. Akhirnya kata sepakat dicapai. Susah juga nak puaskan hati Haider ni. Konsep dan cadangan yang diberi kami berdua sangat becanggah.

"Jom lunch..."

"Saya ada..."

"Pleasee Kaseh..Just once..."Dia merayu.

"Baiklah..."Aku berdiri lantas menggapai beg kerja dan beg tangan. Dia mendahuluiku lalu dia membuka pintu biliknya untuk memberi aku laluan.

......

"Aku minta maaf pasal kes 3 tahun lepas....Aku tahu aku salah, tak sepatutnya aku buat kau macam tu!" Kes 3 tahun lepas sentiasa berada di benaknya, membuatkan dirinya dihantui rasa bersalah.

Sebab kes inilah aku alergik dengan mak lampir tu. Dia nak bercinta dengan Haider dia punya pasal tapi yang dia fitnah aku dekat Haider tu dah kenapa?

Yang paling sakit hati, si Haider ni boleh percaya bulat-bulat apa yang mak lampir tu cakap. Mana tak sakit hati aku. Sudahlah difitnah lepastu dimalukan depan orang ramai lagi. Double kill kau!

"Dahlah encik...Saya kesini pun sebab encik ajak lunch je...Saya taknak bercakap benda yang takda faedah kepada saya..."

"Kaseh....Janganlah macam ni...Aku minta maaf..."

Perkara memang dah lepas tapi sakit itu masih terasa.

"Kaseh.."

"Eh! Sudahlah Haider....Aku dah tenang jauh dari hubungan korang berdua...Takpayah nak babitkan aku lagi....Kau lagi percaya kekasih jadian kau tu kan? So keep going...Keep trust her...And one more thing, please be professional...Jangan kaitkan kerja dengan masalah peribadi..."Tak betah lagi aku duduk berdua dengan dia, jadi aku angkut beg-beg aku lalu berlalu dari situ.

"Kaseh..Kaseh...!"Panggilannya yang berjaya menggamit beberapa pasang mata pelanggan itu tidak aku hiraukan.

Tengku Haider RaizWhere stories live. Discover now