23🦊

3.2K 121 0
                                    

Hari ni dah masuk 2 hari Haider tak menegur dirinya. Buntu dia sekarang. Bila nak bercakap, lelaki itu asyik mengelak sahaja. Kaseh tekup muka. Kerjanya satu pun tak mampu dia fokus.

"Woi!!"Jiha menepuk meja kerja sepupunya itu.

"Kau kenapa Kaseh? Macam orang mati laki je?"

Kaseh tajam memandang sepupunya itu. Mulut takda insurans betul. Dah la dia tengah dalam mood kurang baik ni.

"Wow! Relax la..Aku gurau je...Kenapa kau ni? Stress je aku tengok.."

"Jiha...."Aku jatuhkan kepala atas meja...

"Weh...Serious ni...Jap-jap..."Jiha berlari ke arah pintu lalu dikunci dari dalam. Senang nak gosip.

"Hah! Ceritalah, apa dah jadi?"Jiha duduk di kerusi yang terdapat di depan sepupunya.

"Haider marah aku..."

"Hah? Marah sebab apa? Kau buat apa sampai kena marah ni?"

"Aku tak sengaja...."

"Kau skodeng anak teruna orang ke sampai dia marah kau?"

"Apa kau ni Jiha! Serious la sikit..."Kaseh baling pen kearah sepupunya itu.

"Okay sorry-sorry....Ceritalah macam mana dia boleh marah kau?"

Kaseh mula menceritakan kejadian yang berlaku di kampung. Sehinggalah pagi tadi. Haider masih lancarkan mogok bercakap dengannya.

"Kau ni memanglah....Sarang tebuan pergi jolok siapa suruh?"

"Kan aku cakap aku tak sengaja...Tak sangka pula boleh jadi macam ni...Selama kami kahwin, ni marah dia yang paling dasyat.....Bercakap dengan aku pun tak...2 hari dah Jiha....Apa aku nak buat ni?"

"Parah kes kau ni....Korang tidur sebilik tak?"

Kaseh angguk. Masih sebilik tapi lelaki itu sanggup tidur di sofa yang terdapat di dalam bilik tidur mereka.

Jiha meletakkan tangan di dagu. Memikirkan jalan penyelesaian untuk sepupunya itu.

"Kau cuba tackle dia tak?"

"Tackle apa maksud kau ni?"

"Orang cakap lelaki ni titik lemah dia perempuan.....Kalau kau tackle dia confirm dia cair balik dengan kau...Kau dah cuba?"

Kaseh geleng.

"Bagus! Balik ni kau mandi wangi-wangi, pakai cantik-cantik...Kau cuba tackle dia....Kalau dia lari, kau kejar la...Takkan itupun aku nak ajar...."

"Kalau dia masih sama je macamana?"

"Hidup ni ada 10001 cara....Kalau tak boleh plan A...Kita masih ada Plan B sampai Z....So untuk langkah pertama, kau cuba tackle dia....Cakap lembut-lembut dengan dia.....Dia balik kerja tu, kau urut-urut la dia sikit....Aku berani jaminlah, mesti dia bercakap dengan kau balik..."

"Hurmm..Aku cuba..."

"That's my girl....Fighting! Ohh, but the way. Ibu minta aku progress rumah Dato Mahmud..."

Kaseh hulurkan fail yang dipinta kepada Jiha.

"Cakap dengan maksu, 70% dah siap.."

"Okay cun.....Goodluck beb...Aku keluar dulu...."Jiha berlalu keluar dari bilik kerja sepupunya itu.

Kaseh raup mukanya.

"Okay Kaseh....Kau boleh! Persetankan rasa malu kau....Kau ada misi yang perlu diselesaikan...!"

Tengku Haider RaizWhere stories live. Discover now