Bab 2

245 6 4
                                    

"TIARA. Tolong jaga kafe. Akak nak keluar sekejap." Ujar Tiana sambil kakinya laju melangkah ke arah pintu keluar kafe.

"Okay Kak Tia." Jerit Tiara. Keluar suara jantannya tika itu. Mana tidaknya, Tiana berada di ruangan hadapan kafe manakala Tiara berada di ruangan dapur.

Tiara di ruangan dapur? Nak pelik tetapi itulah Tiara. Dia tak akan menjejakkan kakinya ke ruangan dapur melainkan jika dia sedang kelaparan. Siapa lagi yang nak diganggu kalau bukan Abang Adli kesayangannya itu. Selain Tiana, lelaki itu juga yang sering diminta untuk memasak jika Tiara sedang kelaparan.

"Nak pergi mana pulaklah minah sorang tu? Kita nak keluar tak bagi, dia boleh pulak keluar." Bebel Tiara seorang diri. Bibirnya dicebik. Sudahlah perut tengah lapar, disuruhnya jaga kafe pula. Nasib badan.

"Nah Tiara. Dah siap. Kau berleter macam tu bukannya boleh kenyang pun." Adli bersuara. Dia menghulurkan pinggan yang berisi spagetti aglio olio kesukaannya. Abang Adli ni kalau memasak memang A+ la.

"Thanks, Abang Ad."

"Bosanlah asyik lepak dekat kafe je. Macam manalah jodoh nak melekat kalau hari-hari dekat sini. Tiara ni dahlah cantik, sayanglah kalau asyik terperap dalam ni je." Sambung Tiara lagi. Ayatnya tidak mahu kalah. Nak juga dipuji diri sendiri.

Adli menjulingkan matanya. Sudah terbiasa dengan perangai Tiara yang suka mengangkat bakul sendiri. Naik jemu jadinya. Tetapi Tiara sememangnya seorang gadis yang cantik. Matanya yang berwarna chestnut mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Sangat cantik. Lain daripada Tiana, kakaknya. Tiana mempunyai sepasang anak mata berwarna coklat namun tetap juga kelihatan cantik. Kedua-duanya cantik.

"Ajaklah kawan Tiara tu datang sini. Dah lama Abang Ad tak nampak dia datang sini." Balas Adli. Dia mengambil tempat duduk di hadapan Tiara. Mereka berada di satu sudut ruangan dapur. Tempat khas yang disediakan untuk berehat.

"Siapa? Fania?" Soal Tiara sambil memandang ke arah Adli.

"Yang tinggi-tingi tu. Fania ke yang tu?"

Tiara mengangguk. Kawan mana lagi yang dia ada selain gadis tinggi lampai itu.

"Fania busy la. Biasalah kan, owner butik. Tiara pun dah jarang contact dengan Fania sekarang ni. Tak naklah ganggu masa dia." Teringat kawannya, Tengku Dhafania. Sudah lama mereka tidak bertukar khabar. Entah apalah yang dibuat gadis itu sekarang.

Adli mengangguk faham. Dia hanya mengenali orangnya. Itu pun sekadar melihat dari jauh. Gadis itu dulu selalu juga datang ke Hayra Cafe.

"Ikut kaulah, Tiara. Habiskan makanan tu. Abang Ad tak nak tengok ada seurat pun spagetti atas pinggan tu nanti." Ujar Adli seakan berbaur ugutan.

Tiara berdecit.

"Jangan risaulah. Tiara jilat sekali pinggan ni nanti. Kasi bersih dan kilat." Balas Tiara seakan perli. Adli ketawa kecil. Dia menggelengkan kepalanya. Makin dilayan makin menjadi Tiara tu nanti.

Tiara menggulung spagetti dengan garfu lalu disuap masuk ke dalam mulutnya. Matanya dipejam rapat menikmati kelazatan spagetti yang dimasak oleh Chef Adli. Fuhhh!!!

Sedap! Terangkat sehingga menjilat jari kaki.

Tet.. Tet..

Telefonnya bergegar menandakan ada mesej masuk. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu whatsapp dibuka dengan sepantas kilat. Maklumlah orang single katakan. Kalau tak telco, mesti scammer. Kerja nak makan duit haram saja kerjanya.

Mesej daripada Fania Debaboom. Hampir termuntah Tiara apabila membaca nama tersebut. Si Fania la yang menaip sendiri nama itu.

-Fania Debaboom-
Ssup... Ada mna?

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Where stories live. Discover now