TIARA menjeling sekilas ke arah lelaki yang duduk tidak jauh daripadanya. Dari tadi lelaki itu ikut ke mana saja dia pergi.
Belum cukup seminggu lagi untuk dia beri jawapan. Baru dua hari berlalu. Mana mungkin dia boleh membuat keputusan dalam masa sesingkat itu. Ini soal hidup dan matinya. Bab kahwin bukan perkara mudah.
Seketika mata mereka bertembung. Tiara mengecilkan sedikit matanya sambil memandang ke arah Tengku Jahran. Entah kenapa, dia rasa seperti mahu melarikan diri dari pandangan lelaki itu. Lelaki yang telah membuatkan fikirannya menjadi serabut.
Tengku Jahran tersenyum. Sinis saja senyumannya. Tiara menjulingkan matanya ke atas.
"Ran ni kenapa? Tak pergi pejabat ke hari ni?" Teguran daripada Dhiya mematikan senyuman sinis di bibir lelaki itu. Dia melihat ke arah ibunya. Dhiya turut memandang ke arah Tengku Jahran yang berpakaian santai. Pelik dengan sikap anak lelakinya. Jarang sekali lelaki itu mengambil cuti. Bukannya dia tak kenal sikap Tengku Jahran macam mana. Gilakan kerja. Sama seperti Tengku Dhaiyan dulu.
"Work from home je, mummy." Balas Tengku Jahran. Makin pelik Dhiya jadinya.
"Tak pernah-pernah Ran nak work from home. Tiba-tiba je ni..."
"...Ni lagi satu, lama pulak Ran stay dekat sini. Selalunya lepas sehari terus balik ke penthouse." Yang lagi membuatkan Dhiya berasa pelik, ke mana saja ada Tiara, di situ akan ada Tengku Jahran.
"Mummy ni. Ran stay lama pun salah. Kang Ran tak balik, mummy call suruh balik." Balas Tengku Jahran. Berharap agar ibunya berhenti memecahkan tembelangnya.
"Mummy peliklah dengan Ran ni. Nak kena bawak pergi berubat ni." Ujar Dhiya. Matanya tidak lepas memandang ke wajah Tengku Jahran. Risau ada yang tak kena dengan lelaki itu.
"Haa bagus auntie. Bawak pergi jumpa pak ustaz. Anak auntie dah buang tebiat agaknya." Gumam Tiara perlahan saja. Terkumat-kamit mulutnya mengata Tengku Jahran.
Pandangan tajam Tengku Jahran terhala ke arah Tiara yang sedang duduk di kerusi.
"Auntie." Panggil Tiara tiba-tiba. Dhiya menoleh ke arah Tiara.
"Kenapa, Tiara?"
"Tiara nak pergi kafe kejap lagi. Dah lama tak masuk kafe." Ujar Tiara. Ayat yang dilontarkan oleh gadis itu menarik perhatian Tengku Jahran.
"Tiara nak pergi dengan siapa?"
"Seorang je, auntie."
"Ish. Tak apa ke Tiara pergi seorang?" Dhiya sudah kerisauan. Takut sesuatu terjadi kepada Tiara.
Tiara angguk. "Tak apa, auntie. Lagipun kafe tu tak jauh mana pun." Tiara tersenyum nipis. Kafe Hayra hanya memakan masa selama sepuluh minit saja dari Villa Tengku Dhaiyan.
"Minta Fania temankan je la. Auntie risaulah." Cadang Dhiya. Dia tak boleh biarkan Tiara seorang diri. Keaadaan belum tentu selamat untuk gadis muda itu.
"Tiara dah bagitahu Fania semalam. Tiara yang nak pergi seorang diri. Tiara tak nak ganggu Fania." Balas Tiara. Dia tak mahu ganggu Tengku Dhafania yang sibuk dengan kerjanya.
Semalam dia sudah berbincang dengan Tengku Dhafania mengenai hal ini. Puas dia memujuk gadis itu agar membenarkan dia ke kafe hari ini. Bukan senang nak pujuk gadis itu untuk bersetuju.
Wajah Dhiya penuh dengan kerisauan. Dia tidak boleh menemani gadis itu kerana dia mempunyai aktiviti persatuan hari ini.
"Tapi..."
"Biar Ran pergi dengan dia." Tengku Jahran menawarkan dirinya. Wajah risau Dhiya dipandang.
Dhiya yang agak terkejut dengan tawaran anak lelakinya. Dia memandang lama ke arah Tengku Jahran.
YOU ARE READING
Mysterious One: T.J. (ONGOING)
Diversos*Read at your own risk* Second Generation of The Tengku's ---------------------------------------------------------- "Stay by my side forever then I will be your shadow because the brightest flame casts the darker shadow." - T.J "When you start to w...