"AKU terima nikahnya, Tiara Camellia binti Tahir dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai..."
"Sah?"
"Sah!"
Dengan rasa syukur kehadrat Ilahi, semuanya berjalan dengan lancar. Tengku Jahran melepaskan keluhan lega. Rasa lapang hatinya selepas mengungkapkan ayat keramat tersebut. Kini, Tiara telah bergelar isterinya yang sah. Tanggungjawab baru yang akan digalas olehnya selepas ini.
Ya Allah, Ya Wadud! Dikau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa.
Tubir mata Tiara mula bergenang. Perasaannya bercampuk aduk. Sedih, gembira dan terkejut. Ya, dia terkejut. Tidak percaya dengan apa yang dipertontonkan kepadanya ketika ini. Satu figura yang sedang duduk berhadapan dengan Tengku Jahran menarik perhatiannya. Tidak lepas matanya dari memandang ke arah figura tersebut selepas saja suara pemilik badan itu kedengaran di cuping telinganya. Matanya meluas. Bibirnya mula bergetar disaat pandangan mereka bertembung buat seketika.
Papa! Tiara ingin menjerit memanggil lelaki tua tersebut namun entah kenapa suaranya tersekat di kerongkong. Ditambah pula dengan rasa sedih yang mula menghurung hatinya tika ini. Tiara rasa seperti sedang bermimpi namun inilah realitinya. Tubuh Dato' Tahir menjamah pandangan matanya sedari tadi. Dato' Tahirlah yang telah menjadi walinya hari ini. Papanya masih hidup! Sukar untuk dia percaya namun itulah yang terjadi. Tiara bingung.
Dan macam mana pula Tengku Jahran menemui lelaki tua itu? Macam mana lelaki itu tahu Dato' Tahir merupakan ayah kandung kepada Tiara? Tiara tidak pernah memberitahu siapa ayahnya kepada Tengku Jahran. Persoalan demi persoalan mula berlegar di benak fikirannya. Tiara mula keliru. Apa yang Tengku Jahran rahsiakan daripadanya?
"Camellia." Panggilan lembut dan perlahan itu memanggil Tiara untuk mendongak ke arah susuk tubuh tersebut. Matanya bergenang dengan cecair jernih yang bila-bila masa saja akan mengalir di pipi. Tengku Jahran sudah berada di hadapannya. Entah bila lelaki itu datang, dia tidak tahu. Yang pastinya, lelaki itu sudah mula mengambil tempat duduk dihadapannya.
Camellia... Dia seperti pernah mendengar suara orang yang memanggil nama keduanya itu. Lembut dan mendayu saja bunyinya.
Camellia...
Otaknya mula dikerah lagi. Wangian yang dipakai oleh lelaki itu menyapa rongga hidungnya. Wangian yang pernah dihidu suatu ketika dulu. Satu bayangan terlintas di fikiran Tiara. Ketika Tiara hampir dirogol oleh lelaki yang bernama Jay. Mata Tiara mula meluas sambil memandang ke arah Tengku Jahran. Dia seakan mencari sesuatu pada wajah tersebut. Mereka bersabung pandang.
"Camellia..." Ulang Tengku Jahran sekali lagi. Kali ini lebih jelas. Air mata Tiara mula mengalir di pipi. Lelaki itu... Dia yang menyelamatkan Tiara dulu. Tapi apa kaitannya dengan Dato' Tahir? Macam mana mereka boleh kenal? Jadi selama ini lelaki itu tahu papanya masih hidup? Kenapa mesti dirahsiakan perkara sebesar itu daripada pengetahuan dirinya?
"Salam tangan suami Tiara." Lembut Dhiya bersuara. Dia memandang ke arah Tiara bersama senyuman manis di bibir. Tiara memandang kosong tangan lelaki itu. Wajahnya juga kosong. Tiara mendongakkan wajah. Dia memandang ke arah belakang Tengku Jahran. Kelibat Dato' Tahir sudah tiada. Kepala Tiara ke kiri dan kanan mencari kelibat papanya. Namun hampa. Dato' Tahir sudah tiada. Dato' Tahir sudah pergi.
Kenapa papa tak datang berjumpa dengan Tiara? Papa tak rindukan Tiara ke? Tiara rindukan papa. Rintih gadis itu di dalam hatinya.
Tengku Jahran tahu apa yang sedang bermain di fikiran isterinya ketika ini. Rahangnya diketap. Dia tahu kebenaran sudah terungkap. Dia tahu apa akan terjadi selepas ini. Dan dia perlu bersedia untuk berhadapan dengan Tiara selepas ini. Melihatkan air mata isterinya membuatkan hatinya dicengkam kuat.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mysterious One: T.J. (ONGOING)
Random*Read at your own risk* Second Generation of The Tengku's ---------------------------------------------------------- "Stay by my side forever then I will be your shadow because the brightest flame casts the darker shadow." - T.J "When you start to w...
