Bab 28

470 17 2
                                        

"WHY?" Mata Tiara mula mengalirkan cecair jernih. Sekarang ini dia mudah mengalirkan air matanya. Persoalan demi persoalan bermain di mindanya sejak semalam.

Tengku Jahran hanya membatukan diri. Awal pagi tadi Tiara sudah menanyakan hal tersebut kepadanya. Dan seperti biasa, Tengku Jahran memilih untuk tidak memberitahu Tiara akan hal sebenar. Belum tiba masanya.

"Why? Why?!" Ulang Tiara lagi. Dia sudah tidak dapat menahan rasa di hati. Dari semalam dia menahan dan hari ini dia mahu melepaskan segalanya. Matanya mencerun ke arah Tengku Jahran yang sedang duduk di atas sofa dengan lagak tenang. Sakit hatinya melihat ketenangan yang ditonjolkan oleh lelaki itu.

Semalam, Tengku Jahran tidak tidur sebilik dengannya. Entah ke mana lelaki itu tidur semalam. Dia tidak menyangka Tengku Jahran akan pulang semula ke sini.

"I'm asking you why?!" Jeritan Tiara bergema di ruangan bilik tersebut. Tengku Jahran yang sudah dapat menyangka akan tindakan gadis itu cuba mengawal dirinya. Dia perlu kekal tenang di dalam keadaan seperti ini.

"Kenapa saya tak boleh jumpa dengan papa saya sendiri? Saya dinikahkan oleh papa saya sendiri tapi saya dihalang untuk berjumpa dengan papa saya. Why, Tengku Jahran? Answer me!" Telefon yang berada ditangannya dihempas dengan kuat di atas lantai. Berderai telefon bimbit tersebut. Tengku Jahran sedikit tersentak dengan tindakan luar jangkaan isterinya itu. Dia bangun dan ingin melangkah ke arah Tiara. Her emotions are unstable right now.

"Stop there!" Dada Tiara berombak dengan laju. Belakang tapak tangan mengesat air mata dengan kasar. Wajah suaminya dipandang tajam.

Suami? Huh!

Siapa sangka permulaan hidupnya sebagai seorang isteri berakhir seperti ini. Penipuan suaminya terbongkar di saat mereka diijabkabulkan semalam.

"How could you?" Perlahan saja suara itu namun mampu menyentak tangkai hati Tengku Jahran. Dia membiarkan isterinya menangis. Melepaskan segala rasa di hati. Rahang diketap kuat.

"I'll tell you but not now." Balas lelaki itu membuatkan Tiara berdecit. Tidak ada secebis rasa bersalahkah di dalam hati lelaki itu kerana telah menyembunyikan kewujudan Dato' Tahir daripada pengetahuan anaknya sendiri?

"Sebab ni ke awak kahwin dengan saya? Sebab saya anak Dato' Tahir?" Tiara pasti suaminya tahu sesuatu mengenai papanya. Kalau tidak, masakan lelaki itu mahu menyembunyikan Dato' Tahir sebegitu lama.

Kedengaran nafas berat dihela oleh Tengku Jahran.

"That's one of the reasons. But the other reasons, let me tell you later. This is not the right time." Tengku Jahran memandang ke arah wajah Tiara yang sudah basah dengan air mata itu. Tiba-tiba Tiar ketawa sinis.

"Rahsia apa lagi yang awak simpan? Rahsia apa lagi yang saya tak tahu berkaitan papa saya sendiri? Sampai bila awak nak bodohkan saya, Tengku Jahran?" Dada Tiara kian berombak. Dia menahan rasa sabar di hati. Jika Tengku Jahran bukan suaminya, sudah lama dia menampar wajah lelaki itu tiga kali berselang tiga saat.

"Later..."

"When?!" Tiara memotong percakapan suaminya. Matanya mencerun ke arah Tengku Jahran. Apabila marah sudah menguasai diri, Tiara sudah tidak boleh berfikiran waras lagi. Dia mahu tahu sebab kenapa Dato' Tahir disembunyikan.

"Saya percayakan awak. Saya cuba terima awak dalam hidup saya tapi saya tak tahu, disebalik semua perbuatan awak dekat saya terselit seribu rahsia. Rahsia yang saya sendiri tak tahu..."

"...Apa kaitan papa saya dengan awak?" Itu perkara pertama yang Tiara mahu tahu sebenarnya. Dia mahukan jawapan jujur. Manusia, lebih memilih penipuan untuk menutup segala perbuatannya. Namun Tengku Jahran tetap dengan pendiriannya.

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang