Bab 4

648 22 1
                                        

TIARA termenung jauh. Sudah seminggu kejadian di kafe itu berlalu. Otak Tiara masih cuba untuk menghadam kata-kata kakaknya seminggu yang lepas. She cannot brain, you know. Hubungannya dengan Tiana tidak baik dan tidak juga buruk. Yang sedang-sedang saja.

Mungkin Tiara perlu memberi waktu pada dirinya untuk merenung dan memproses perasaannya terlebih dahulu. Hubungan dengan kakaknya mungkin akan membaik seiring waktu.

Seketika dia mengeluh perlahan.

Setiap helaan nafas yang terdengar seperti keluhan. Pemandangan di luar kafe, sekali menarik, kini kehilangan daya tarikan. Pukul sembilan pagi yang baru terasa seperti beban waktu.

Tiba-tiba, kilatan ingatan menyapu kepalanya. Matanya beralih ke kaunter, mencari jawapan atau mungkin pelarian dari kebingungan yang melilit. Namun, pandangannya kembali tertuju ke luar.

"Kau ni kenapa, Tiara? Aku tengok sejak dua menjak ni kau macam lain macam je." Tegur Wana. Dia menarik kerusi di hadapan Tiara. Keluhan Tiara kembali menggema.

"Kau dengan Kak Tia ada masalah ke?" Soal Wana lagi. Sibuk nak tahu. Maklumlah dia kan presiden kaki gosip. Isu semasa dia perlu ambil tahu.

Tiara mengabaikan pertanyaan tersebut. Dia tiada mood untuk bercakap. Banyak perkara yang sedang bermain di benak fikirannya saat ini. Masalah negara yang memerlukan penyelesaian mendesak menghiasi fikirannya.

"Tiara! Aku tanya kau ni." Wana sedikit menjerit tetapi suaranya masih dikawal. Tak pasal-pasal abang di cafe sebelah kena cardiac arrest sebab terkejut dengan suara jantan Si Wana ni.

"Kau ni tak ada kerja ke? Asyik nak ganggu aku je." Tempelak Tiara. Dia menjeling tajam ke arah Wana.

"Oh, yang kau ganggu aku setiap masa tu tak apa pulak? Sampai aku rasa nak hantar kau ke rumah kebajikan tau sebab kau ganggu hari-hari indah aku ni." Bidas Wana tidak mahu kalah. Amboi-amboi! Dia ganggu kita tak nak kira pula?

Tiara mencebik. Cuit sikit pun nak marah.

"Kau ni kenapa? Boyfriend lari ke? Eh kejap. Kau mana ada boyfriend. Kau kan single." Wana sudah ketawa. Forever alone Si Tiara ni. Lelaki susah nak lekat sebab Tiara sejenis yang tak nak buka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki.

"Kau pun single. Kata orang." Bidas Tiara tidak melepaskan peluang. Debik baru tahu!

Terdiam terus Wana. Lupa pula dia pun forever alone. Wana berdehem.

"Bukan tak ada yang nak. Ada je tapi kau tahulah kan, yang muncul pun suami orang, duda anak tiga, orang tua kerepot. Tak nak aku!" Ujar Wana. Mengingati kembali peristiwa di mana lelaki-lelaki gatal pernah mengoratnya dulu di cafe. Euw! Geli mak!

Tiara menggelengkan kepalanya. Rupa paras Wana boleh tahan cantiknya tetapi mulut tak seiring dengan muka. Tak patut.

"Memilih sangat." Komen Tiara. Wana berdecit. Kasut yang dipakai di kaki pun kena memilih, inikan pulak lelaki yang nak dijadikan suami. Tak naklah tangkap muat saja. Lepas kahwin, bela biawak hidup.

"Aku ni kalau boleh nak anak Dato' ke, Tengku ke. Paling koman pun anak Tan Sri la." Demanding. Tiara malas nak layan. Permintaan Wana ni kalau boleh semua keturunan dia nak caras.

Tiba-tiba loceng dreamcatcher berbunyi tanda ada orang masuk ke dalam kafe. Melihatkan susuk tubuh itu menuju ke kaunter, terus Wana bergegas ke kaunter untuk mengambil pesanan.

Tiara sekadar memerhati. Dia hanya sempat melihat tubuh belakang pelanggan tersebut. Tidak berminat untuk memerhati lebih-lebih.

"Order, sir?" Soal Wana.

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang