Flashback...
TENGKU Jahran mengerling ke arah dokumen yang diletakkan di atas meja kerjanya. Dia memanggung kepala memandang satu figura yang sedang berdiri di hadapannya dengan riak wajah yang sukar digambarkan. Keningnya ternaik sedikit.
"Bacalah." Arah suara tersebut. Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya. Tiara menjeling Tengku Jahran dengan ekor mata. Mahu melihat reaksi lelaki itu.
Dokumen tersebut dicapai lalu Tengku Jahran membaca isi yang tertera di dokumen tersebut.
- SYARAT-SYARAT PERKAHWINAN -
Disediakan oleh Tiara Camellia.
Dipersetujui oleh Tengku Jahran.
Ayat terakhir itu mengundang kerutan di antara dua kening Tengku Jahran. Bila masa dia kata dia nak setuju?
"Apa ni?" Soal Tengku Jahran. Dia kembali memandang wajah cantik Tiara. Tiara pernah memberitahu bahawa dia akan membuat syarat perkahwinan sebelum mereka berkahwin dan ternyata gadis itu ingin mengotakan janjinya. Lagi dua hari majlis mereka akan dilangsungkan. Gigih Tiara datang ke pejabatnya semata-mata mahu menyerahkan dokumen tidak masuk akal ini kepadanya.
"Sejak bila Tengku tak pandai membaca ni?" Sindir Tiara halus saja bunyinya. Penat dia menaip awal pagi tadi semata-mata untuk membuat syarat perkahwinan mereka itu. Rupanya lelaki itu tidak pandai membaca. Sarkastik. Tiara sengaja berjumpa dengan Tengku Jahran di pejabat lelaki itu. Kalau mereka berbincang di vila Tengku Dhaiyan, alamatnya tidak menjadilah rancangannya itu. Pasti akan ada yang menyibuk. Siapa lagi kalau bukan Tengku Dhafania. Sering kali kembar tersebut bermalam di vila itu sejak hari pertama dia menumpang di vila Tengku Dhaiyan.
Tengku Jahran menjeling tajam ke arah Tiara. Matanya dikecilkan sedikit.
"Bacalah, Tengku." Pinta Tiara lagi. Kini, dia sudah mengukir senyuman lebar yang penuh misteri. Bak Pennywise. Mahu ataupun tidak, Tengku Jahran harus bersetuju dengan semua syarat yang ditetapkan olehnya. Lelaki itu tidak boleh membangkang. Kalau membangkang juga, Tiara sendiri yang akan sabotaj majlisnya sendiri.
Wajah Tengku Jahran menunduk membaca barisan pertama.
Syarat pertama. Menghormati privasi masing-masing. Jangan sesuka hati nak menceroboh privasi orang tanpa kebenaran. Tidak dibenarkan sama sekali.
"Apa akan jadi kalau salah seorang kita melanggar syarat pertama?" Bibir Tengku Jahran tersungging sinis. Tiara mengerling sekilas ke arah lelaki itu.
"Denda. Kena bersihkan setiap penjuru rumah selama seminggu." Tanpa berfikir, Tiara terus mengeluarkan denda tersebut. Dia menggigit bibirnya. Sudah terlepas cakap. Mahu saja dia high five dahinya dengan dinding bilik pejabat lelaki itu. Kening Tengku Jahran terjoget. Menarik.
Syarat kedua dibaca perlahan. Jangan minta pihak isteri untuk memasak sebab saya tak pandai masak. Saya ada love-hate relationship dengan dapur. hehe. Tapi kalau nak suruh buat air, saya boleh pertimbangkan.
Kening berkerut lagi.
"Habis, kalau aku lapar, takkan aku nak makan pasir dekat luar rumah?" Suara macho Tengku Jahran kedengaran lagi. Dia tidak kisah sebenarnya sebab dia sendiri pun boleh memasak. Tetapi dia tidak menyangka bahawa Tiara ada love-hate relationship dengan dapur. Sangat.
"Saya tak pandai memasak." Riak wajah kasihan ditayangkan di depan Tengku Jahran. Tiara menjebik bibir. Saja mahu menduga walaupun dia memang tidak tahu memasak.
"Boleh belajar."
"Takut." Balasan itu membuatkan Tengku Jahran mengeluh perlahan. Comel pula dia melihat Tiara berkelakuan seperti itu. Keningnya digaru perlahan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mysterious One: T.J. (ONGOING)
De Todo*Read at your own risk* Second Generation of The Tengku's ---------------------------------------------------------- "Stay by my side forever then I will be your shadow because the brightest flame casts the darker shadow." - T.J "When you start to w...
