Bab 14

137 6 1
                                    

"MACAM mana korang semua buat kerja ni?! Aku suruh pantau diorang pun susah sangat ke?!" Suara itu bergema kuat di dalam markas tersebut. Wajah Tengku Jahran menjadi tegang sehingga menimbulkan urat di dahinya.

"Baru tiga hari aku tak ada dekat Malaysia, dah jadi macam ni." Suara dingin itu membuatkan mereka yang lain kecut perut. Tidak berani mengangkat wajah masing-masing. Tengku Jahran kalau dah marah amat menggerunkan.

Satu persatu wajah orang suruhannya diperhatikan.

"Dah dapat detect location diorang ke?" Soal Tengku Jahran. Masih lagi dengan nada dinginnya. Miqail yang berada tidak jauh daripada dia dipandang tajam.

"Diorang ada dekat satu gudang terbiar di dalam hutan." Ujar Miqail. Dia juga ada perasaan gerun di dalam hati.

Tengku Jahran meraup wajahnya dengan kasar. Selepas mendapat panggilan daripada Miqail mengatakan dua orang gadis itu telah hilang, terus dia terbang ke Malaysia pada hari yang sama. Jay betul-betul mencabar kesabaran dirinya.

Syed Riyaz turut berada di situ. Dia hanya melihat saja Tengku Jahran yang sedang mengamuk. Where's the popcorn? Bukan senang nak tengok lelaki dingin ini mengamuk. Walaupun personalitinya sebegitu tetapi Tengku Jahran jarang mengamuk.

"Standby. Kita pergi sana. Pastikan dua orang tu selamat. Kalau ada apa-apa, Don't hesitate to kill them all." Arah Tengku Jahran tegas. Dia mengetap rahangnya dengan kuat. Mereka yang lain mengangguk faham.

"Macam mana dengan keadaan diorang?" Soal Tengku Jahran. Pandangan helangnya tepat ke arah Miqail.

Miqail menggeleng perlahan. Tengku Jahran menyepak kuat kerusi yang berada di sebelahnya sehingga kerusi tersebut terpelanting ke dinding.

Miqail tersentak. Dia tahu Tengku Jahran sedang dikuasai dengan sifat amarahnya. Sesiapa saja yang menyentuh hak miliknya, pasti akan mendapat balasan.

Hak? Ya. Amanah yang diberikan kepadanya untuk dijaga. Tengku Jahran seorang yang menepati janji. Dia akan lakukan apa yang telah dia janjikan.

"They will be safe. Don't worry." Ujar Syed Riyaz cuba untuk menenangkan Tengku Jahran.

Tengku Jahran diam. Dia tidak menyangka secepat ini Jay akan bertindak. Bibirnya menyinis.

"Kau ikut aku." Garang suara itu kedengaran di cuping telinga Syed Riyaz. Lelaki itu terpinga. Kena ikut berperang sekali ke?

"Baru ingat nak balik tidur." Jelingan tajam dihadiahkan kepada Syed Riyaz.

Syed Riyaz mengangkat kedua belah tangannya tanda mengalah. Garang sangat Abang TJ hari ini.

Tengku Jahran terus melangkah keluar dari markas tersebut. Pistol jenis Glock diselipkan di bahagian belakang pinggangnya. Ditutupi dengan kot yang dipakai oleh lelaki itu.

Syed Riyaz mengikuti langkah Tengku Jahran di belakang. Kepalanya digeleng perlahan.

You gonna see him losing his patience, idiot. Syed Riyaz senyum senget.

*****

Sudah dua hari mereka berada di sini. Tubuh Tiara sudah kehilangan tenaga. Mereka hanya makan roti bersama air mineral yang diberikan oleh lelaki durjana itu. Itu pun sekali sehari saja.

Dirinya sudah tidak terurus. Bajunya kotor dan tudung juga sudah berserabut. Dua hari mereka tidak datang ke kafe, pasti Wana sedang mencari dia dan Tiana ketika ini.

"Kak Tia." Panggil Tiara. Dia sentiasa memastikan keadaan Tiana baik-baik saja. Ikatan tangan mereka juga sudah dibuka. Tangan yang berbekas merah diusap perlahan.

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Where stories live. Discover now