Bab 24

470 13 0
                                        

SUASANA sunyi ditemani bunyi pendingin hawa di ruangan makan tersebut. Kedengaran bunyi sudu dan garfu berlaga dengan pinggan. Tanpa sepatah kata, mereka menikmati juadah masing-masing.

"Ran nak kahwin." Terlepas sudu yang berada di tangan Tengku Dhaiyan. Mulutnya sudah mula melopong. Riak wajahnya jelas menunjukkan bahawa dia sedang terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tengku Jahran. Dhiya pantas menoleh ke arah anak lelakinya yang berada di sebelahnya. Betulkah apa yang diucapkan oleh lelaki muda itu? Atau telinganya yang silap mendengar?

Tengku Dhafania sudah tersedak mendengar pengakuan berani abang kembarnya itu. Dia pantas meneguk air yang berada di dalam gelasnya. Tiara sedikit gelabah apabila melihat wajah Tengku Dhafania yang sudah mulai memerah. Dia mengusap perlahan belakang tubuh gadis itu.

"Ulang sekali lagi." Tengku Dhamien mula bersuara. Dia mengorek telinganya sedikit. Mahukan kepastian. Mungkin Tengku Jahran sedang bergurau sekarang ini. Tetapi lelaki itu tidak pernah bergurau dengan mereka. Apatah lagi melibatkan hal perkahwinan. Sangat musykil.

Tiara yang berada di sebelah Tengku Dhafania tidak bersuara. Dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Semalam genap seminggu masa yang diberikan oleh lelaki itu dan dia juga telah memberikan keputusannya. Antara mahu atau tidak, dia harus bersetuju.

"Abang Ran ni biar betul." Rasa tidak percaya mula terbit di dalam hati Tengku Dhaisya. Tidak pernah abang sulungnya itu bercakap soal perkahwinan, tiba-tiba hari ini mereka dikejutkan dengan berita seperti ini.

Tengku Jahran menghela nafas berat. Dia sudah dapat mengagak dari awal akan reaksi yang diterima oleh setiap ahli keluarganya itu.

"Are you serious, abang?" Soal Tengku Dhafania inginkan kepastian. Melihatkan air muka lelaki itu tidak menunjukkan sebarang tanda gurauan.

"Dengan siapa?" Soal Tengku Dhaiyan setelah lama dia mendiamkan diri. Cuba menghadam kembali keadaan ketika ini. 

"Tiara Camellia." Kali ini garfu pula yang terjatuh di atas lantai. Kejutan demi kejutan diterima oleh Tengku Dhaiyan hari ini.

"What?!" Bergema seluruh ruang makan tersebut dengan suara kuat milik Tengku Dhafania. Dia terus menoleh ke arah Tiara yang tidak mengeluarkan suaranya. Tiara hanya menunduk. Takut untuk menentang pandangan mata Tengku Dhafania. Dulu gadis itu hendak mengenenkan dia dengan Tengku Jahran namun Tiara menolak keras. Sekarang apa yang sudah terjadi?

"Are you kidding me?" Soal Tengku Dhafania tidak puas hati. Matanya menghala ke arah abang kembarnya. Bila masa mereka bercinta? Kenapa dia tidak tahu? Nampaknya Tiara sudah pandai berahsia.

"Do I look like I'm joking?" Suara garau itu membalas. Wajahnya mendatar saja. Tengku Dhafania mengerling sekilas ke arah Tiara.

"Kau, Tiara. Diam saja kenapa?" Soalan beralih pula kepada Tiara. Tiara sudah gelisah. Tidak tahu apa yang mahu dikatakan.

"Errr..." Otak Tiara cuba untuk mencari alasan.

"Ran tak main-mainkan dengan apa yang Ran beritahu tadi? Soal kahwin bukannya perkara mudah." Soal Dhiya lembut. Wajah anaknya dipandang penuh kasih. Dia tidak mahu Tengku Jahran tergopoh gapah di dalam membuat keputusan.

Tengku Jahran menggeleng. Dia tidak pernah main-main dengan apa yang dikatakan olehnya. Dia serius untuk mengambil Tiara menjadi isterinya. Dia mempunyai sebab di atas setiap tindakannya itu.

"Ran dah berfikir masak-masak. Ran akan berkahwin dengan pilihan Ran." Balas Tengku Jahran. Matanya dikerling sekilas ke arah gadis itu.

"Tiara setuju?" Kali ini Dhiya menyoal Tiara pula. Risau jika gadis itu tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh lelaki muda tersebut.

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang