PEJAM celik, sudah lima hari mereka berada di Penang. Masa berlalu dengan pantas. Pagi esok, mereka akan pulang semula ke Kuala Lumpur. Hati Tiara berasa berat untuk meninggalkan kampung ini. Dia selesa berada di sini. Jauh dari kota bandar.
"Kita kena balik esok jugak ke?" Pertanyaan yang kedengaran agak sedih. Sayu hatinya nak tinggalkan Nek Sal dan Tok Bah di sini. Mereka melayaninya dengan baik. Kadang kala, jika dia menjadi mangsa buli Tengku Jahran, pasti Nek Sal dan Tok Bah akan menyebelahinya.
"Kenapa, sayang?" Soal Tengku Jahran lembut. Dia mendekati Tiara yang sedang duduk di atas kerusi meja solek. Rambut panjang Tiara dielus penuh kasih.
"Sedihlah nak tinggalkan kampung." Luah Tiara. Mulut dimuncungkan sedikit. Dia memandang pantulan Tengku Jahran di dalam cermin. Kacak biarpun lelaki itu hanya mengenakan baju pagoda bersama kain pelikat. Lagi bertambah segak dengan rambutnya yang jatuh di dahi. Penampilan yang hanya dia saja yang boleh melihat.
"Lain kali kita datang lagi ke sini. Abang tak boleh cuti lama. Banyak kerja tertinggal nanti." Pujuk Tengku Jahran. Kalau boleh, dia juga mahu tinggal di sini dengan lebih lama namun dia juga mempunyai tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan di bandar.
"Abang balik seorang jelah. Camellia tinggal dengan Nek Sal lagi dua atau tiga hari." Cadang Tiara. Dia sudah tersengih. Sungguh, dia berat hati untuk meninggalkan kedua orang tua itu.
"No, sayang. Ke mana abang pergi, Camellia kena ikut. Abang takkan tinggalkan isteri abang seorang diri dekat sini. Never." Bantah Tengku Jahran. Dia tidak setuju dengan cadangan Tiara itu.
Tiara diam. Faham kenapa Tengku Jahran membantah.
"Kita balik dulu. Lain kali kita datang lagi dengan mummy dan daddy pulak." Ibarat memujuk anak kecil saja lagaknya. Akhirnya, Tiara angguk setuju.
"Sayang tak mengantuk lagi ke?" Jam sudah menunjuk ke angka sepuluh malam tetapi mata Tiara masih lagi terbeliak luas.
Tiara menggeleng. Matanya belum berasa mengantuk. Entah kenapa, malam ini dia tak rasa mahu tidur awal.
"Abang dah mengantuk ke? Tidurlah dulu kalau mengantuk." Tengku Jahran menggeleng juga. Sama-sama belum mengantuk.
Dia memaut kedua belah bahu Tiara lalu dia mengangkat sedikit agar Tiara bangun. Tengku Jahran menolak Tiara secara perlahan menuju ke katil.
"Tak mengantuk pun kita kena tidur. Esok abang nak drive jauh." Ujarnya. Mereka mula merebahkan diri di atas katil empuk itu. Tengku Jahran terus menarik Tiara ke dalam pelukannya.Tiara berasa selesa apabila didakap oleh lelaki itu. Rasa selamat.
"I love you." Tanpa sedar, ucapan itu keluar daripada mulut Tiara.
"I love you more than I can say." Balas lelaki itu kedengaran romantis di cuping telinga Tiara. Tiara tersenyum malu. Dia menyorokkan wajahnya di dada lelaki itu.
"Hari tu, abang dengar apa yang sayang cakap." Eh? Tiara mendongak sedikit memandang wajah suaminya. Dahi Tiara menjadi sasaran bibir Tengku Jahran.
"Cakap apa?" Soal Tiara tidak faham.
"I love you too, my husband." Tengku Jahran mengulangi ayat Tiara sewaktu hari pertama mereka di sini. Makin merah pipi Tiara.
"Camellia ingatkan abang dah tidur waktu tu."
"No, I'm not." Usik Tengku Jahran. Memang dia dengar apa yang dituturkan oleh Tiara sebelum dia melelapkan matanya.
"Ish." Wajah Tiara mula memerah. Jarinya menari-nari di atas dada Tengku Jahran. Malulah dia.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mysterious One: T.J. (ONGOING)
De Todo*Read at your own risk* Second Generation of The Tengku's ---------------------------------------------------------- "Stay by my side forever then I will be your shadow because the brightest flame casts the darker shadow." - T.J "When you start to w...
