TIARA meletakkan beg laptop di atas kerusi yang berada di sebelahnya. Nafas ditarik sebelum dilepaskan perlahan. Rasa penat masih belum hilang. Dia baru saja selesai membuat perbentangan viva Masternya.
Mujurlah dia tidak gagap ketika perbentangan dijalankan dan dia juga boleh menjawab segala pertanyaan yang diajukan kepadanya tanpa rasa gementar. Seketika, matanya meliar ke kawasan kafe.
Kafe Hayra kelihatan lengang hari ini. Tidak ramai pelanggan yang datang ke kafe. Mungkin disebabkan bukan waktu kemuncak. Jam di tangan dikerling sekilas sebelum satu mesej diterima di telefonnya.
I'll be there in ten minutes. -Tengkujuh
Kiriman daripada Tengku Jahran dibaca sekilas lalu. Keluhan berat dilepaskan pula. Sejak kejadian tempoh hari, Tengku Jahran tidak membenarkan dia ke sini seorang diri. Pasti lelaki itu akan mengikutinya ke mana saja dia pergi. Bodyguard? Tiada. Lelaki itu sendiri yang menawarkan diri walaupun tawaran tidak pernah dibuka kepadanya. Tiara juga pelik dengan suaminya itu sekarang. Tak ada kerja di pejabat ke? Terlalu banyak masa terluang lelaki itu sekarang ini.
"Tiara." Teguran tersebut membuatkan Tiara mengeras. Dia kenal akan suara tersebut. Lambat-lambat dia panggung kepala untuk melihat figura yang sedang berdiri di hadapannya kini.
Matanya menangkap seraut wajah Adli yang sedang tersenyum. Tiara terkaku di tempat duduknya. Senyuman kelat mula diukir perlahan. Nampak sangat tidak ikhlas.
"Lama Abang Ad tak jumpa Tiara." Suara Adli mesra. Dia menarik kerusi di hadapan Tiara lalu melabuhkan punggungnya di situ. Wajah cantik Tiara dipandang lama. Semakin cantik wanita itu. Malangnya dia sudah pun berkahwin.
Tiara sedaya upaya menahan rasa di hati. Tidak mahu menonjolkan rasa ketidakselesaannya dengan kehadiran Adli di situ.
"Lama ke?" Soal Tiara dengan wajah bingung. Mengundang ketawa Adli. Entah apa yang kelakar.
"Amboi! Sampai lupa Abang Ad lepas dah ada suami ni. Tahulah suami handsome." Seloroh Adli sambil ketawa.
"Tak rindu dekat Abang Ad ke?"
Tiara diam. Entah kenapa, dia berasa sangat tidak selesa dengan pertanyaan lelaki itu. Seperti ada sesuatu di sebalik pertanyaan tersebut.
"Wana mana?" Tiara tukar topik. Tidak mahu memanjangkan topik yang dikemukakan kepadanya.
"Wana cuti hari ni." Adli menatap wajah Tiara. Bukan dia tidak perasan akan perubahan yang dilakukan oleh wanita itu. Tiara nampak tidak selesa dengannya. Tapi kenapa tiba-tiba?
Tiara senyum kelat. Mana Tengku Jahran ni? Kata sepuluh minit saja.
"Tiara..." Belum sempat Adli bersuara, ada satu suara yang menyampuk dari arah belakang.
"Sayang..."
Terhenti ayat yang mahu dituturkan oleh Adli. Suara garau itu menarik perhatiannya untuk menoleh ke belakang.
Tiara bingkas bangun. Sedikit sebanyak hatinya berasa lega dengan kehadiran Tengku Jahran.
"Abang." Entah kenapa perkataan itu yang disebut. Kening Tengku Jahran terangkat sedikit. Terkejut dengan panggilan itu. Bibirnya menyenget sedikit sambil matanya menatap anak mata Tiara.
Tiara gigit bibir. Choi! Tak guna punya mulut. Abang? Dah gila ke, Tiara?
"Sorry, I'm late. Traffic jam tadi." Ujar Tengku Jahran seraya melangkah ke arah isterinya. Bahu Tiara dipaut erat. Kini dia berhadapan dengan Adli. Adli bangun dari duduknya. Matanya menikam anak mata Tengku Jahran. Tajam. Baru pertama kali dia bersua muka dengan suami Tiara namun suasana di antara mereka terasa tegang. Tiada sepatah kata yang keluar daripada mulut masing-masing.
YOU ARE READING
Mysterious One: T.J. (ONGOING)
Rastgele*Read at your own risk* Second Generation of The Tengku's ---------------------------------------------------------- "Stay by my side forever then I will be your shadow because the brightest flame casts the darker shadow." - T.J "When you start to w...