Bab 12

137 6 2
                                    

"ORANG-ORANG TJ ada dekat merata tempat. Kita tak boleh bertindak sesuka hati, Jay." Bantah seorang lelaki. Dia tidak mahu nyawanya melayang begitu saja.

"So?" Dingin soalan itu dilontarkan.

"You know TJ, right? He's a crazy dog." Malah lebih gila lagi. Mereka tak tahu apa yang lelaki itu akan lalukan terhadap mereka jika dia berjaya menangkap mereka. Adakah nasib mereka sama seperti Eddy? Atau lebih teruk lagi? Mereka masih belum mendapat apa-apa berita berkaitan Eddy. Entah-entah sudah mati di tangan lelaki tanpa perasaan itu.

"I have plans." Senyuman sinis terukir di bibir Jay. Orang kanan lelaki itu mengerutkan dahinya.

"What plans? Aku tak nak rancangan kau nanti akan hancurkan aku macam mana bapak kau buat dekat bapak aku dulu." Pintas lelaki itu laju.

Pandangan tajam Jay menikam wajah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya itu. Mata mereka bertemu dalam ketegangan.

"Bapak kau mati sebab dia sendiri yang salah langkah. Kalau kau nak mati sama macam bapak kau dulu, buatlah macam mana bapak kau buat. Memang mati kau aku kerjakan." Amaran keras dikeluarkan. Lelaki itu menelan liur. Ayahnya mati di tangan ayah Jay sendiri. Dia berada di sini pun di atas pertolongan Jay yang telah menyelamatkan dirinya selepas dia ditembak oleh ayah Jay empat tahun lepas.

Jay menghadirkan senyuman sinis di wajahnya.

"Jadi pastikan rancangan ni berjaya. Aku tak nak ada sebarang masalah. TJ patut mati." Ujar Jay bersama dendam yang terpahat di hatinya. Lelaki itu patut rasa apa yang dia rasakan.

"Apa kaitan perempuan tu dengan TJ?" Soal lelaki tadi. Dia ingin tahu.

"Dia anak Tahir. Tahir ada kaitan dengan TJ. Jadi kita kena dapatkan perempuan itu untuk dapatkan TJ. Bila kita dah dapat TJ, kita akan tahu dekat mana Tahir berada." Jelas Jay.

"Bukan lelaki tua tu dah mati ke?"

"Kau percaya dia dah mati?" Soalan berbalas soalan.

"TJ tu otak geliga. Dia bukannya bodoh sangat nak biarkan orang tua tu mati macam tu je." Sambung Jay lagi. Tengoklah bapak dia siapa. Dua beranak itu memang gila.

Lelaki itu kembali diam. Dia kurang kenal dengan lelaki yang digelar sebagai TJ itu. Yang pastinya dia tahu Jay berdendam dengan lelaki tersebut.

"Malam ni standby. I don't want this plan to fail." Arahan dikeluarkan oleh Jay. Wajahnya tegang saja. Kalau rancangan ini gagal, memang habislah dia. Dia tidak boleh biarkan TJ musnahkan segalanya. Sebelum semua itu terjadi, dia perlu musnahkan TJ terlebih dahulu.

"Baik, Jay." Arahan diterima. Lelaki itu mengeluarkan telefon di kocek seluarnya. Nombor telefon seseorang didail laju sebelum dia pergi meninggalkan perkarangan tersebut.

"Let's see, TJ. Who's gonna win this time?" Suara Jay bersama senyuman sinis.

*****

"Kak Tia." Panggil Tiara bersama senyuman lebar di bibir. Tiana yang sedang mengemas meja dapur menoleh ke arah adiknya.

"Eh, Tiara dah habis kelas ke?" Soal Tiana apabila melihat Tiara yang hanya santai mengenakan sepasang baju jersey merah bersama selendang jersey berwarna khaki.

"Ha'ah. Habis petang tadi." Balas Tiara sambil duduk di atas kerusi yang tidak jauh daripada Tiana. Dia memandang ke ruang hadapan kafe.

"Kak Tia, kalau letak bunga depan kafe mesti lagi cantik kan?" Soal Tiara. Dia menoleh pandang ke arah Tiana pula.

"Bunga? Kan dah ada pasu bunga dekat depan tu." Dahi Tiana berkerut. Nak buat kafe jadi taman bunga ke apa sampai nak letak bunga banyak-banyak?

"Bukanlah. Maksud Tiara kalau tambah satu spot lagi untuk rak bunga. Dekat sudut tu kita letaklah kerusi panjang untuk orang santai sambil makan. Bunga pulak kita letaklah dalam pasu kecil lepas tu susun dekat atas rak tu." Cadang Tiara. Mesti comel kan tempat tu nanti?

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Where stories live. Discover now