Bab 36

502 16 2
                                        

TIARA mula membuat regangan badan. Ikutkan hati, mahu saja dia ber'tai chi' di sini. Empat jam berada di dalam kereta membuatkan badannya berasa lenguh. Dia mengeliat sedikit sebelum dia menoleh pandang ke arah Tengku Jahran yang sedang sibuk mengeluarkan bagasi dari dalam bonet kereta.

Kacaknya! Tengku Jahran kelihatan santai mengenakan T-shirt polo berwarna maroon dipadankan dengan jeans berwarna khaki. Rambut yang terjuntai di dahi dikuak ke belakang dengan tapak tangannya. Tindakan spontan itu membuatkan lelaki itu kelihatan lebih menarik di pandangan mata Tiara. Tidak lepas mata galaknya memandang ke arah Tengku Jahran.

"Indahkan ciptaan Tuhan?" Bersama senyuman senget di bibir. Tiara seperti baru tersedar daripada lamunan. Dia mencebik sedikit. Bagasi yang sudah dikeluarkan oleh Tengku Jahran diambil.

"Ciptaan Tuhan semuanya indah belaka." Balas Tiara mengundang senyuman nipis Tengku Jahran.

"Rumah siapa ni, abang?" Mestilah kena panggil abang. Selepas beberapa kali panggilannya dibetulkan oleh lelaki itu, Tiara membuat keputusan untuk memanggil suaminya dengan panggilan 'abang' saja. Dan sudah tentulah Tengku Jahran tersenyum kemenangan. Menyampah!

"Rumah nenek." Adakah nenek yang dimaksudkan itu adalah ibu kepada ibu mertuanya? Tiara pernah bertemu dengan nenek Tengku Jahran ketika majlis persandingan mereka dulu. Itupun sekali itu saja.

"Nek Sal ke?" Tengku Jahran angguk. Itulah gelaran yang diberikan kepada Hajah Salmi.

"Jom masuk. Diorang mesti dah tunggu kita. Abang dah bagitahu kita nak datang." Tengku Jahran mencapai tangan Tiara sebelum digenggam erat. Dia mengheret Tiara agar mengikuti langkahnya.

"Assalamualaikum..."

"Assalamualaikum..." Selepas salam yang kedua diberikan, barulah pintu terkuak dari arah dalam. Kelihatan seorang wanita yang sudah berusia berdiri di muka pintu.

"Waalaikumussalam... Eh! Dah sampai kamu berdua ni rupanya. Nek Sal ingat tak sampai lagi." Ramah Nek Sal menyambut kedatangan mereka. Tiara ukir senyuman manis.

"Assalamualaikum, Nek Sal." Tangan dihulur untuk menyalami wanita berusia itu.

"Waalaikumussalam. Ni Tiara, kan?" Tiara angguk.

"Ni Tiara. Nek Sal sihat?"

"Alhamdulillah, masih sihat lagi ni. Makin cantik Nek Sal tengok Tiara ni. Dulu kita jumpa sekali je. Tu pun masa kamu kahwin dulu." Blushing apabila dipuji oleh wanita tua itu. Tiara malu-malu kucing. Mata Tengku Jahran melirik ke arah Tiara yang sudah malu-malu itu. Senyuman disembunyikan.

"Kamu berdua sihat ke?" Soalan sama dilontarkan pula kepada mereka berdua.

"Alhamdulillah, sihat je, Nek Sal."

"Eh, marilah masuk. Kesian kamu berdua datang dari jauh."

"Daddy dan mummy kirim salam dekat Nek Sal. Diorang tak boleh ikut sekali sebab ada hal lain yang nak diselesaikan." Ujar Tengku Jahran.

"Ish! Dah tua-tua pun sibuk lagi ke orang tua kamu tu, Ran? Bilanya nak pencen daripada buat kerja-kerja tu semua?" Nek Sal bersuara. Kepala digeleng perlahan.

Tengku Jahran cuma senyum.

"Daddy tu biasalah, nek. Mana mahu nak duduk diam dekat rumah tu. Ada je benda yang dia nak buat. Mummy tu pun sama jugak. Sibuk dengan aktiviti persatuan dia tu. Itu yang diorang tak boleh nak ikut tu." Jelas Tengku Jahran. Tiara hanya memasang telinga. Tidak mahu menyampuk isu perbualan dua beranak itu.

"Iyelah. Biasalah orang ada nama ni. Pergi ke mana pun orang tetap cari." Nek Sal angguk setuju.

"Adik beradik kamu yang lain mana?" Lagi disoal oleh Nek Sal. Tidak puas jika semua tidak disoal. Rindu juga dia pada mereka semua.

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang