Bab 18

136 9 0
                                    

SUASANA yang tenang di sekitar villa, dengan Dato' Tahir yang tengah bersantai, memberikan nuansa keheningan dan ketenangan.

TJ's Territory, sebuah villa yang terpencil, dipenuhi dengan aura misteri. Dikelilingi oleh pepohonan besar, tempat ini menjadi tempat yang sukar untuk dijumpai oleh orang lain. Entah di mana dia berada, dia sendiri tak tahu.

Tiga tahun bersembunyi, seperti dalam penjara mewah tanpa diketahui oleh anak-anaknya sendiri. Meskipun keadaan seakan penjara, namun keberadaannya dipenuhi kemewahan tanpa perlu mengenakan pakaian tahanan.

Peristiwa hitam yang menimpa dirinya membuatkan dia menjadi lebih berhati-hati. Bila-bila masa saja nyawanya akan melayang.

Dato' Tahir menghela nafas perlahan. Dia teringatkan Tengku Dhaiyan dan Tengku Jahran.

Tengku Jahran. Lelaki misteri yang banyak menyembunyikan sesuatu. Tidak terlalu menonjol. Tengku Jahran memiliki batas kesabaran yang agak tinggi, namun jika dia memutuskan untuk menonjolkan diri, mungkin ada alasan kuat yang mendorongnya dan orang tersebut sebaiknya berhati-hati.

Beku dan tidak berperasaan. Itu yang dia nampak pada diri lelaki tampan itu. Namun berpegang kepada janjinya. Sebab itu Dato' Tahir menaruh rasa percayanya kepada Tengku Jahran. Dia yakin lelaki itu seorang yang boleh dipercayai.

Tengku Dhaiyan. Sudah lama dia tidak bersua muka dengan bapa kepada Tengku Jahran. Kali terakhir mereka bertemu pun tiga tahun selepas kejadian itu berlaku.

"What are you thinking?" Fikiran Dato' Tahir berkisar laju ketika suara itu menyapanya. Dia menoleh ke belakang dengan ketegangan terasa di udara.

Matanya yang tajam merenung Tengku Jahran yang berdiri dengan tangan dalam poket seluarnya.

"Something's been on my mind lately." Jawapan itu menarik minat Tengku Jahran. Keningnya ditegakkan, menunjukkan ketertarikan dan keingintahuan yang mendalam.

"About what?" Dengan rasa ingin tahu, Tengku Jahran mendekati Dato' Tahir yang duduk di kerusi batu, lalu punggungnya dilabuhkan di atasnya.

"Coffee?" Pelawa Dato' Tahir sambil menunjukkan secawan kopi.

"No, thanks." Tengku Jahran menolak dengan halus.

"How's my daughter, Tiara?" Soalan itu meluncur dari mulut Dato' Tahir, sementara wajah tenang Tengku Jahran diamati dengan cermat.

Tengku Jahran diam sejenak.

"She's doing well." Balasnya tanpa nada.

"Where is she?"

"At my family's house." Sepatah yang ditanya, sepatah juga yang dijawab. Itulah Tengku Jahran.

Kening Dato' Tahir ternaik sedikit.

"Your family's house?" Soalnya dengan rasa tidak percaya. Tengku Jahran hanya angguk.

Dato' Tahir diam. Lelaki ini membawa anaknya tinggal di rumah Tengku Dhaiyan? Tanda tanya terukir jelas di wajahnya.

"Jay?" Soal Dato' Tahir lagi apabila melihat Tengku Jahran hanya mendiamkan diri.

"In my custody." Balasan yang pendek daripada lelaki muda itu. Wajahnya beriak selamba. Entah berapa ramai yang sudah menjadi tahanannya.

"Tiana?"

Sebaris nama itu membuatkan Tengku Jahran kembali diam. Dato' Tahir menarik nafas berat, merasakan beban yang tak terucap. Tahulah bagaimana keadaan anaknya itu.

"I need you to give a statement about what happened. You're the witness." Ujar Tengku Jahran tenang. Mungkin sudah tiba masanya dia bertindak.

Dato' Tahir kembali memandang ke arah lelaki muda tersebut, matanya penuh dengan pertanyaan yang belum terjawab.

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Where stories live. Discover now