Bab 20

508 14 1
                                        

TIARA meminta keizinan daripada keluarga Tengku Dhaiyan untuk keluar mengambil angin di luar. Sesekali dia perlu melihat alam semula jadi untuk menenangkan fikirannya.

Mereka ada menawarkan diri untuk menemani dia tetapi Tiara menolak. Tidak mahu menyusahkan mereka. Tengku Dhafania pula seakan serba salah kerana tak dapat menemani Tiara hari ini. Tiara faham, gadis itu sibuk. Lagi pula, dia boleh keluar seorang diri. Dia bukannya anak kecil yang perlu dijaga setiap masa.

Tiara membuat keputusan untuk ke taman rekreasi saja. Tidak terlalu jauh dengan villa Tengku Dhaiyan. Dia yang memandu seorang diri hanya ditemani dengan radio yang tak berhenti memutarkan lagu sendu.

Rosak ke radio ni?

Tiara memarkirkan keretanya di tempat parkir yang disediakan. Dia hanya berpakaian santai saja hari ini. Novel yang dibawa dari rumah diambil di tempat duduk belakang dan dia terus melangkah keluar dari kereta menuju ke satu kerusi kayu yang sederhana panjang di depan tasik.

Nafas dihela perlahan. Sudah lama dia tidak menghirup udara segar seperti ini. Bau yang dirinduinya. Matanya tunak memandang ke arah tasik yang kelihatan tenang.

Clear water don't sangka no buaya.

Seperti air tasik yang tenang di atas permukaan, begitu juga hati yang damai di tepi tasik.

Keliling kawasan taman itu diperhatikan. Ada yang sedang berjoging. Ada yang sedang melayan karenah anak-anak. Tak kurang juga ada yang sedang berkelah. Senyuman terbit di bibirnya tanpa disedari.

Novel tebal di tangannya dipandang sekilas. Novel The Missing Piece karya Dr. Fatimah Busu. Novel lama yang menjadi pilihannya hari ini. Baru setengah halaman dibaca oleh Tiara. Dia sukakan penulisan Dr. Fatimah Busu.

Dia menyelak helaian yang terakhir dia baca semalam. Dia mula tenggelam dengan dunianya sendiri.

Helaian demi helaian diselak tanpa mempedulikan orang lain. Sesekali keningnya berkerut. Mungkin sedang menghayati jalan cerita yang ditulis.

"Eh, Tiara." Tiba-tiba tegur satu suara sumbang di tepi. Tiara masih tekun membaca. Tidak mendengar sapaan tersebut.

Lelaki itu menggaru kepalanya. Tiara yang sedang tekun membaca itu dipandang lama.

Ni kalau orang nak culik, memang dah angkut gadis ini pergi. Membaca sampai tak ingat dunia.

"Tiara." Panggil suara itu lagi. Kali ini tangan digawang di hadapan muka Tiara.

Tiara tersentak. Terus dia mendongak untuk memandang susuk tubuh yang telah menganggu tumpuan dia untuk membaca.

Susah betul nak cari ketenangan hidup.

Wajah seorang lelaki menyapa pandangan tajam Tiara.

"Hai." Lelaki itu tersengih menampakkan susunan giginya yang putih dan teratur.

"Tak sangka jumpa dekat sini." Masih lagi tersengih. Tiara senyum kelat.

"Encik Riyaz buat apa dekat sini?" Soalan itu yang terpancul daripada mulut Tiara. Seluas-luas alam, dekat sini juga mereka bertembung. Indahnya takdir.

Wajah Syed Riyaz dipandang sekilas. Lelaki itu berpakaian santai dan berkasut sukan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan dengan teliti, lelaki itu baru lepas berjogging dekat sini.

"Boleh saya duduk sini?" Tempat kosong di sebelah Tiara dipandang. Tiara seperti teragak-agak. Takkan nak kata tak boleh? Tempat ni bukan milik dia pun.

"Duduklah." Tiara mengengsot sedikit memberi ruang untuk lelaki itu melabuhkan punggung.

Syed Riyaz duduk di sebelah Tiara. Masih ada jarak di antara dia dan gadis itu. Dia meregangkan otot badannya. Sudah lama tidak aktif bersukan seperti ini. Sibuk dengan kerja sehingga dia tak ada masa untuk diri sendiri.

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang