Bab 1

534 9 1
                                    

"T...... TJ..."

Lemah saja suara tersebut memanggil. Nafasnya sudah tercungap-cungap. Penat barangkali. Matanya memandang ke arah satu susuk tubuh yang berada di hadapannya dengan pandangan yang agak kabur. Darah yang mengalir di hujung bibir dilap dengan lemah dengan hujung jarinya. Tiada tenaga selepas dia dibelasah oleh beberapa orang suruhan lelaki tersebut. Padu mat!

Matanya bertembung dengan pandangan kosong lelaki tersebut. Tiada riak yang dipamerkan pada wajah kacak itu. Wajah yang tidak ada perasaan. Wajah yang penuh dengan misteri.

"Just kill me instead." Kedengaran tidak masuk akal tetapi itulah yang diharapkan oleh lelaki yang sudah separuh lemah itu. Sungguh dia sudah tidak terdaya. Hendak berlawan? Tenaganya tidak setanding dengan tenaga mereka semua. Mereka sangat handal berlawan. Tidak mungkin dia akan menang. Lelaki yang berdiri di hadapannya juga tidak kurang hebatnya.

TJ.

"It wouldn't be fun if I killed you without letting you suffer first." Tanpa nada lelaki itu bersuara.

Ketawa kecil lelaki lemah itu kedengaran seperti dipaksa, sementara dia menahan kesakitan dari bibir yang terkoyak. Lelaki itu mendesis kesakitan

Lelaki yang diberi nama TJ berjalan mendekati lelaki tersebut. Dia bercangkung di hadapan lelaki itu. Pistol yang berada di tangan meloroti wajah penuh luka lelaki tersebut. Suasana tegang memenuhi udara, menantikan apa yang akan terjadi selanjutnya.

"You know what, Mr. Eddy..."

"I never let my target slip away, and I won't let them escape. You know what I'm capable of, right?" Senyuman sinis terukir di bibir TJ.

"Bang...." Perlahan saja bunyi yang keluar daripada mulut TJ. Pistol yang dipegang erat diletakkan di tepi kepala lelaki itu.

Badan Eddy mula menggigil. Terasa ketakutan menyelinap saat matanya bersua dengan lelaki itu. Pandangan tajamnya seakan-akan menciptakan aura ketakutan di sekelilingnya.

"That's why you shouldn't mess with me." Suara TJ lagi. Dingin.

"Kill me. Just kill me!" Rayu Eddy. Dia sudah tidak berdaya untuk bertahan. Untuk apa lagi dia hidup? TJ sudah berjaya menangkap dirinya. Terperangkap di dalam genggaman kejam TJ, dia merasakan seperti mangsa yang dihadapkan pada harimau kumbang yang kejam dan tanpa belas kasihan.

"No. Nah ah. I'm looking for some entertainment, and I'd like you to entertain me today."

Diam.

"Woohooo!!!" Jeritan tajam TJ merobek hening di dalam gudang. Suaranya seperti gema kekejaman, memenuhi ruang dengan kehadiran yang menakutkan.

"This is so fun!" Ujarnya tanpa sebarang riak, suaranya tanpa nada, dingin, seolah mengalir tanpa belas kasihan. Suara itu seperti angin sejuk yang menusuk, tanpa sentimen, membawa atmosfera kebekuan di dalam gudang.

"You're crazy man." Perlahan saja ayat yang terbit daripada mulut Eddy.

"I am, tho." Balas TJ. Bibirnya mengorak senyuman sinis bersama pandangan mata yang sukar ditafsirkan.

Eddy tergelak kecil. Lelaki ini memang gila. Tak dapat disangkal lagi kegilaannya melebihi bapanya.

Sunyi kembali menyelimuti suasana.

"Keep him. Alive." Arah TJ sambil memandang tepat ke arah Eddy. Orang suruhan TJ pantas saja mendapatkan Eddy lalu tubuh lelaki itu diangkat supaya berdiri. Sama paras ketinggiannya dengan TJ.

"TJ." Panggil Eddy lemah.

"Don't speak my name with your dirty mouth." Suara itu kedengaran sangat dingin, melingkupi ruangan dengan aura kegelapan yang menyelimuti tubuh TJ pada saat itu. Seolah ada kehadiran yang misteri dan menakutkan yang menyertai setiap kata yang diucapkannya.

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Where stories live. Discover now