Bab 34

181 9 0
                                    

MASING-masing memilih untuk mendiamkan diri. Sepanjang perjalanan mereka pulang ke rumah, hanya kedengaran bunyi suara di radio. Tiara menggenggam erat jemarinya. Mulutnya dikemam rapat. Sesekali dia mengerling sipi ke arah lelaki yang sedang fokus dengan pemanduannya itu. Riak wajah yang bersahaja.

Satu saat...

Dua saat...

"Tengku rasa apa yang ada dekat dalam pendrive tu?" Tiara mula bersuara. Tidak mahu suasana menjadi canggung di antara mereka berdua.

Tengku Jahran menjungkit bahu tanda tidak tahu. Dia juga tidak tahu maklumat apa yang berada di dalam pendrive tersebut. Apa yang dia tahu, pendrive itu bakal menjawab setengah daripada persoalannya selama ini.

Tiara kembali diam.

"Penting sangat ke?" Kembali bersuara sambil mata memandang ke arah lelaki itu semula. Tengku Jahran hanya menumpukan perhatian terhadap pemanduannya tanpa menghiraukan soalan daripada isterinya.

Tiara berdecit. Seperti berborak dengan tiang lampu saja. Tiada maklumbalas daripada Tengku Jahran. Dia mengalihkan pandangan ke luar tingkap.

"Adli..."

Sebaris nama itu mendorong Tiara untuk memandang ke arah suaminya semula. Kening berkerut seribu. Agak janggal apabila nama itu yang keluar daripada mulut Tengku Jahran.

"Abang Ad?" Berdesing telinga Tengku Jahran apabila mendengar Tiara memanggil lelaki lain dengan panggilan 'abang'.

Tiara masih menanti jawapan daripada Tengku Jahran. Adli yang dimaksudkan itu adalah Adli yang dia kenal, bukan?

"Macam mana dia boleh bekerja dekat situ?"

"Maksud Tengku?" Tiara tidak faham. Tiba-tiba saja tanya perihal Adli kepadanya. Pelik jugalah.

Tengku Jahran memandang sekilas ke arah isterinya yang sedang terpinga-pinga.

"You know what I mean, Camellia." Suara garau Tengku Jahran kedengaran lagi. Tiara diam sejenak.

"Saya pernah cerita pasal Abang Ad dekat Tengku." Balas Tiara. Dia sudah pernah bercerita bagaimana Adli bekerja dengan mereka di Kafe Hayra. Apa lagi yang Tengku Jahran ingin tahu?

"So sudden?"

Kening Tiara masih berkerut.

"Kenapa dengan Abang Ad?" Soalan bertemu soalan. Tengku Jahran menghela nafas perlahan.

"Saja aku nak tahu dengan siapa kau rapat. Abang Ad kau tu bagus sangat ke?" Perkataan abang ditekan sedikit dengan nada suara seakan sindiran. Tengku Jahran menjeling sekilas ke arah isterinya.

Tiara tersentak kecil. Tengku Jahran cemburu ke?

"Tengku... itu soalan ke cemburu?" Soal Tiara polos. Tengku Jahran mengetap rahangnya. Geram dengan sikap isterinya yang satu ini. Suka main-main.

"Kalau aku cemburu?" Soalan berbalas soalan lagi. Sengaja ingin menduga Tiara.

Tiara sedikit tercengang dengan apa yang keluar daripada mulut lelaki itu. Untuk apa Tengku Jahran berasa cemburu? Eyyyyy...

Melihatkan Tiara yang sudah kehilangan kata-katanya, Tengku Jahran menarik senyuman senget.

"You're my wife. Naturally, I have the right to feel jealous." Balas Tengku Jahran dengan wajah selamba. Tiara menelan liur. Dia terkebil-kebil memandang ke arah lelaki itu.

Suasana sunyi seketika.

"Because I love you, Camellia." Ayat tersebut membuatkan detak jantung Tiara berdegup laju. Dia tidak lepas memandang ke arah Tengku Jahran. Lelaki itu... Tak mungkin.

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Where stories live. Discover now