Bab 23

173 8 1
                                    

"SORRY apa yang bernilai, Tengku?" Sebelum melangkah keluar dari kereta, Tiara memberikan teka teki kepada Tengku Jahran. Berkerut kening lelaki itu dibuatnya.

Tiara diam. Masih menunggu jawapan daripada mulut lelaki itu. Dia menyimpan senyum. Tak boleh jawablah tu.

Sorry apa yang bernilai? Bila kita minta maaf dengan ikhlas?

"Cepatlah jawab, Tengku. Soalan senang je." Desak Tiara. Melihatkan kerutan di wajah lelaki itu, dia tahu Tengku Jahran sedang memerah otak memikirkan soalan teka tekinya itu.

"Sabarlah." Tahu pula suruh orang lain bersabar. Yang dia mendesak Tiara untuk memberi jawapan secepat yang mungkin itu dia tak fikir pula.

"Tik tok tik tok." Suara Tiara seakan bunyi jam.

"No idea." Tengku Jahran mengalah. Bukannya dia tak tahu teka teki gadis itu tidak pernah berfaedah.

Tiara tersenyum lebar.

"Sorrynggit." Terus gadis itu melangkah keluar meninggalkan Tengku Jahran yang tercengang keseorangan. Dia menghamburkan ketawanya sambil berjalan masuk ke dalam kafe Hayra.

Tengku Jahran mengetap rahangnya. Geram dengan gelagat gadis itu. Dia turut melangkah keluar dari dalam kereta untuk menuju ke Kafe Hayra.

Kecing..... Dream catcher berbunyi.

"Wana." Panggil Tiara apabila matanya menangkap susuk tubuh Wana yang sedang berada di kaunter. Tiara mengukir senyuman nipis.

"Tiara!" Wana berlari ke arah Tiara. Wajahnya sedikit bersinar melihat kehadiran Tiara di kafe tersebut.

"Kau dah sihat?" Soal Wana terus. Dia memeluk tubuh kurus Tiara dengan erat. Gadis itu membalas pelukan tersebut. Jambangan bunga yang berada di tangan Tiara dipegang dengan kemas.

"Alhamdulillah, dah sihat. Kau sihat tak? Kenapa makin kurus aku tengok kau ni?" Tegur Tiara. Dia melepaskan pelukan sambil memandang Wana dari atas sehingga ke bawah. Tubuh Wana sedikit kurus berbanding sebelum ini. Sakitkah gadis itu?

"Kau tak ada, sekali selera makan aku pun hilang." Wana tersengih. Dia kurang berselera sejak dua menjak ini. Mungkin memikirkan hal berkaitan Tiara dan Tiana. Tiara menggeleng.

"Aku sihat sajalah. Kau tu kesihatan diri kena jaga jugak. Jangan ambil mudah sangat. Nanti sakit, siapa nak jaga kafe ni nanti." Tiara mula membebel. Sememangnya Wana adalah orang kepercayaan kakaknya. Jadi Wana adalah orang yang tepat untuk menjaga kafe tersebut selain mereka adik beradik.

Wana berdecit. Matanya tertunak ke arah susuk tubuh yang berada di belakang Tiara. Seketika dia terbungkam. Tengku Jahran?

"Aku datang dengan dia." Tiara tahu apa yang sedang bermain di minda gadis itu. Dia menoleh sekilas ke arah Tengku Jahran yang hanya diam memandang ke arah mereka.

"Mana dokumen yang aku nak kena sign tu?" Soal Tiara, kembali ke tujuan asal dia datang ke kafe itu. Wajah Wana dipandang lama.

"Oh, ada dalam bilik pejabat. Nanti kau masuklah sign dulu." Jawab Wana. Dia memandang sekilas ke arah Tengku Jahran sebelum kembali memandang ke arah Tiara.

"Ye lah. Ni bunga. Tolong letak dalam pasu atas meja kaunter tu. Aku pergi dulu." Tiara menyerahkan jambangan bunga peonies tersebut kepada Wana. Wana mengangguk saja. Tiara berpaling ke arah Tengku Jahran.

"Tengku nak tunggu dekat sini ke?" Soal Tiara sambil matanya tunak memandang ke arah lelaki itu. Berharap jawapan lelaki itu selari dengan apa yang berada di fikirannya.

"I'll follow you." Balasan itu membuatkan Tiara mencebik. Seratus peratus bercanggah dengan apa yang diharapkan oleh gadis itu.

"Jomlah." Tiara berkata dengan malas. Rasa tak tenang pula hati dia apabila Tengku Jahran selalu mengikuti ke mana saja dia pergi. Macam ada bodyguard tak berbayar.

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Where stories live. Discover now