TENGKU Dhaiyan yang berada di ruang tamu kelihatan sedang meneliti sesuatu di dalam Ipadnya. Sesekali keningnya berkerut. Sesekali mulutnya seperti terkumat-kamit membaca sesuatu di Ipadnya.
"Abang, anak menantu kita datang." Dhiya mendekati suaminya yang sedang leka dengan Ipad di tangan. Tengku Dhaiyan panggung kepala. Kelibat anak sulungnya yang berada di belakang isterinya menyapa pandangan matanya. Senyuman diukir nipis.
"Assalamualaikum, daddy." Tegur Tengku Jahran penuh hormat. Tangan Tengku Dhaiyan dicapai lalu dikucup perlahan. Tiara yang berada di belakang anaknya itu, dipandang sekilas lalu.
"Assalamualaikum, daddy." Tangan Tengku Dhaiyan beralih pula ke arah menantunya. Tiara menyambut huluran tangan lalu dikucup penuh hormat.
"Waalaikumussalam. Korang dari mana ni?" Soal Tengku Dhaiyan ramah. Ipad ditutup lalu diletakkan di atas meja kaca yang berada di hadapannya.
"Dari rumah. Saja datang ke sini. Lama tak jumpa mummy dan daddy." Tiara bersuara. Pandangannya langsung tidak terhala ke arah suaminya. Merajuk.
Tengku Jahran mengerling sipi ke arah isterinya. Senyuman cuba disembunyikan. Dia tahu Tiara sedang melancarkan mogok kepadanya. Dia menggeleng perlahan.
"Tiara tolong mummy, eh?" Terus Tiara melangkah ke arah Dhiya yang sudah berada di dapur. Tidak betah dia berlama di ruang tamu bersama suaminya. Rasa seperti hati semakin bertambah membara.
"Kenapa tu?" Tengku Dhaiyan sedar akan kedinginan di antara anak dan menantunya. Pasti ada sesuatu yang terjadi. Jika tidak, masakan Tiara seperti mahu mengelak daripada Tengku Jahran.
"Biasalah, daddy. Perempuan." Balas Tengku Jahran ringkas. Tengku Dhaiyan senyum nipis. Faham sangat dia apabila anaknya berkata sedemikian.
"Dia nak aiskrim, Ran tak bagi."
"Itu je?"
"Perempuan kan, daddy."
"Fahammm..." Tengku Dhaiyan angguk berulang kali. Dua beranak ini...
"Dah tak bagi tu, merajuklah dia." Luah Tengku Jahran lagi sambil kepalanya digeleng perlahan.
"Kenapa tak bagi?" Tengku Dhaiyan ingin tahu. Setakat aiskrim tu, apalah sangat. Beri sajalah. Bukannya luak pun duit Tengku Jahran.
"Semalam dia dah makan lima batang aiskrim. Hari ni minta nak makan lagi. Ran memang tak bagilah. Bukan bagus untuk kesihatan pun." Ujar Tengku Jahran sambil melirik ke arah isterinya yang berada tidak jauh darinya.
"Patutlah." Tengku Dhaiyan angguk lagi.
"Sebelum ni tak ada pulak dia macam tu. Sekarang ni kerap pulak makan manis." Kedengaran tidak puas hati pada nada suaranya.
"Pembawakan budak kut." Cantas Tengku Dhaiyan membuatkan Tengku Jahran terdiam.
Takkanlah. Masih terlalu awal untuk Tiara mengandung. Baru dua minggu yang lepas mereka...
"Mana ada." Tengku Jahran menafikan. Mana mungkin. Tengku Dhaiyan ukir senyuman penuh makna.
"Sampai bila nak biar menantu daddy merajuk tu?" Tengku Jahran jungkit bahu. Dia pun tidak tahu bila rajuk Tiara akan hilang.
"Bagi jelah, Ran. Bukan selalu pun nak makan aiskrim tu." Cubaan untuk memujuk mula berjalan.
"Bukan selalu. Tapi setiap hari. Hari-hari nak makan manis." Anak muda itu mula berleter. Tiara seorang yang sukakan makanan manis. Berbeza dengan dia yang tidak sukakan sebarang manisan. Tidak bagus untuk kesihatan.
"Ran ingat senang ke nak pujuk perempuan?" Tengku Dhaiyan memandang tepat ke arah anaknya lama. Seperti cuba menyampaikan sesuatu.
"Susah, Ran. Daddy dah pernah rasa dulu." Terus dia teringat mengenai usaha gigihnya untuk memujuk Dhiya yang tengah merajuk ketika itu. Memerlukan usaha yang sangat keras.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mysterious One: T.J. (ONGOING)
Rawak*Read at your own risk* Second Generation of The Tengku's ---------------------------------------------------------- "Stay by my side forever then I will be your shadow because the brightest flame casts the darker shadow." - T.J "When you start to w...
