Bab 26

136 6 1
                                    

DALAM perjalanan kereta yang meluncur laju, suasana sunyi merajai ruangannya. Hanya suara berirama di corong radio menemani mereka. Tengku Jahran sudah pandai membuka radio. Jadi tidaklah kekok sangat apabila berada di dalam kereta bersama dengan lelaki itu.

Seketika Tiara melepaskan keluhan kecil. Dia melirik ke arah Tengku Jahran. Mulut nak bertanya, tetapi otak berkata sebaliknya.

"Kita nak pergi mana ni, Tengku?" Soalan itu terluah jua setelah sekian lama Tiara mendiamkan diri. Dari tadi dia berteka teki sendirian. Lelaki itu juga turut diam.

"Somewhere." Balas Tengku Jahran masih berteka teki. Tiara berdecit perlahan. Ringan saja tangannya tika ini. Apa yang susah sangat nak beritahu? Hujung selendang menjadi mangsa Tiara. Tengku Jahran mengerling sekilas ke arah gadis itu sebelum bibirnya menyenget. Itulah tabiat yang akan dilakukan oleh Tiara apabila gadis itu mula berasa gelisah.

Kereta diparkir di dalam kotak parkir yang disediakan. Tiara memandang ke sekeliling. Hotel? Tengku Jahran buat apa di sini? Lelaki itu membawanya ke sini untuk apa? Mata Tiara mula membuntang luas. Fikirannya sudah timbul perkara yang bukan-bukan.

Tengku Jahran menarik brek tangan sebelum enjin kereta dimatikan. Hotel Golden bertaraf tujuh bintang dipandang sekilas. Syed Riyaz sudah sampai terlebih dulu. Cuma dia yang agak terlewat. Bukan terlewat, cuma sengaja melewatkan.

"Kita buat apa dekat sini, Tengku?" Suara Tiara sudah mula gelabah. Dia memegang erat tali pinggang keledar bagaikan tidak mahu melepaskan tali tersebut. Jangan macam-macam, wahai anak Tengku Dhaiyan. Aku beritahu bapak kau nanti.

Keluhan berat dilepaskan oleh Tengku Jahran. Tingkah laku Tiara sedikit sebanyak membuatkan dia geli hati. Kepala digeleng perlahan. Tengku Jahran menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Turun." Wajahnya terus bertukar dingin. Tengku Jahran sudah membuka tali pinggang keledarnya dan bersedia untuk membuka pintu kereta.

"Tak nak. Kita buat apa dekat sini? Ingat Allah, Tengku. Kita ni orang islam." Tiara sudah mula bertazkirah. Dia bukanlah orang yang kuat agama namun dia masih tahu halal dan haram. Matanya mengerling ke arah luar tingkap. Hotel mewah yang kini berada di hadapannya kelihatan gah sekali.

"Turun, Tiara Camellia." Arahan lelaki itu membuatkan Tiara menelan liurnya. Kelat. Tangannya mula menggigil. Wajahnya yang ketakutan itu menjadi perhatian Tengku Jahran. Haihhh...

"Kita nak pergi reunion universiti aku dulu. Riyaz pun ada dekat dalam sekali nanti." Nafas lega dilepaskan namun ayat yang dituturkan oleh lelaki itu membuatkan kening Tiara berkerut. Apa kaitan dengan dia pula? Dia bukannya pernah belajar sekali dengan lelaki itu dulu.

"Kenapa Tengku bawa saya sekali?" Soal Tiara pelik. Wajah Tengku Jahran menjadi tatapannya. Dia masih setia memegang erat tali pinggang keledarnya. Wa tak nak turun.

"Saja nak bagi kau berdunia sikit dengan orang." Selamba saja lelaki itu membalas. Tiara menjeling. Selama ini dia bersosial juga. Cuma selepas peristiwa hitam yang berlaku dulu, Tiara menjadi lebih berhati-hati.

Tiara diam.

"Kau nak terperuk dalam kereta sampai esok pagi ke?" Sindir Tengku Jahran. Dia melangkah keluar dari kereta. Sekali lagi Tiara mencebik. Tak pernah renew insurans mulut ke? Cakap main ikut sedap mulut dia saja.

Tiara turut melangkah keluar dari kereta dan mengikuti langkah Tengku Jahran dari belakang. Kepalanya tertoleh ke kiri dan kanan. Ini kali pertama Tiara menjejakkan kaki ke hotel mewah ini. Kalau bukan disebabkan lelaki itu, dia tidak akan menjejakkan kaki ke sini. Belakang tubuh Tengku Jahran dipandang. Tampak segak dan yakin walaupun hanya dilihat dari belakang,

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Where stories live. Discover now