HARI ketiga mereka berada di Penang, kampung ibu mertuanya. Hati Tiara berasa tenang apabila berada di sini. Pagi-pagi dengar ayam berkokok dan siram pokok bunga. Petang pula boleh berjalan melihat kampung. Ramah juga orang kampung di sini. Siap boleh buat geng melepak lagi.
"Nak pergi sungai tak?" Tengku Jahran masuk ke dalam bilik. Dia melihat Tiara yang sedang bersantai di atas katil. Selepas solat subuh, Tiara masuk semula ke dalam bilik untuk berehat. Mereka solat subuh secara berjemaah. Siapa lagi yang jadi imam kalau bukan Tengku Jahran.
"Nakkk!!!" Laju saja Tiara bersetuju. Itu merupakan salah satu aktiviti yang mahu dilakukan. Mandi sungai. Hari ini baru dia berpeluang untuk mandi sungai.
"Jom. Kena pergi sekarang. Kalau lewat nanti, dah panas. Tak seronok." Ajak Tengku Jahran.
"Tok Bah dan Nek Sal ikut tak?"
"Tak. Diorang suruh kita je yang pergi."
"Dekat sungai tu ramai orang tak?" Tudung hitam disarungkan ke kepalanya.
"Abang dah lama tak ke sungai. Dulu ramai jugak. Sekarang tak tahulah, sayang."
Tiara angguk. Mesti ramai anak-anak dara yang duk ushar suaminya dulu. Maklumlah, orang ada rupa katakan. Darah kacukan pula tu.
"Jom." Tengku Jahran melangkah keluar dari bilik. Tiara hanya mengikuti dari belakang.
"Eh, nak pergi dah ke?" Tegur Nek Sal. Dia memandang ke arah suami isteri itu. Tengku Jahran mengangguk.
"Kalau lambat nanti panas, Nek Sal." Balas Tengku Jahran. Jam di dinding menginjak ke angka lapan pagi.
"Betul juga. Nah! Nek Sal bekalkan bihun goreng. Nanti lepas mandi mesti rasa lapar. Boleh buat sarapan dekat sana nanti." Satu bekas sederhana besar dihulurkan kepada Tiara. Tiara mengambil bekas tersebut.
"Buat susah masak je, Nek Sal." Segan Tiara dibuatnya.
"Susah apanya. Untuk cucu menantu Nek Sal jugak." Balas Nek Sal.
"Kamu nak pergi naik motor ke, Ran?" Tok Bah yang baru muncul mendekati mereka berdua.
"Ada kunci motor tak, Tok Bah?"
"Tok Bah dah letak atas meja tu. Elok-elok bawak motor tu. Jangan jadi macam mummy kamu pulak." Tok Bah tinggalkan pesanan. Risau dia jika perangai rempit anak perempuannya menurun ke cucu sulungnya. Maklumlah, motosikalnya itu baru dibeli dua tahun lepas. Dia pun masih ada kudrat untuk menunggang motosikal untuk ke sana ke sini.
Tengku Jahran melepaskan ketawa. Mesti tersedak mummy apabila namanya tidak berhenti menjadi perbualan mereka.
"Yelah, Tok Bah. Kami pergi dulu. Tengah hari nanti kami balik." Tengku Jahran meminta diri. Tok Bah angguk.
"Kami pergi dulu." Kali ini Tiara pula yang bersuara. Bibirnya terbentuk senyuman manis.
Motosikal yang sedang terparkir di depan laman rumah dipandang sekilas.
"Fuyooo!!! Naik motor kita hari ni." Suara Tiara mula kedengaran teruja.
"Saya nak cuba bawak." Tiara menawarkan diri. Dia tersengih memandang ke arah Tengku Jahran. Berharap agar disetujui oleh suami kesayangannya itu.
"Kaki pendek, sampai ke?" Sinis pertanyaan itu. Tiara berdecit.
"Abang pandang rendah dekat saya?" Tiara tidak berpuas hati.
"Dah memang rendah pun." Sudah mula perangainya yang satu itu.
"Isteri siapa jugak yang rendah ni?" Tiara mengerling sekilas ke arah Tengku Jahran.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mysterious One: T.J. (ONGOING)
Random*Read at your own risk* Second Generation of The Tengku's ---------------------------------------------------------- "Stay by my side forever then I will be your shadow because the brightest flame casts the darker shadow." - T.J "When you start to w...
