Bab 6

168 8 0
                                    

"HANDSOME betul anak kau ni, Is. Macam aku masa muda-muda dulu." Ujar Tengku Dhaniel sambil memandang ke arah bingkai gambar yang tergantung elok di dinding. Sangat kacak. Terpaling kacak. Teringat zaman kegemilangan dia suatu ketika dulu. Zaman di mana Nazhifa tergila-gilakan dia.

Ceh! Padahal dia yang tergila-gilakan Nazhifa. Oh my tiger wife!

Tengku Dhaiyan hanya diam, matanya terpaku pada bingkai gambar anak sulung lelakinya.

"Salah tu. Handsome macam aku. Kalau macam kau, hauk muka budak tu." Celah Tengku Haidar sambil membuat muka jijik ke arah Tengku Dhaniel. Dari muda sampai ke tua tak habis-habis nak puji diri sendiri. Tunggu masa saja dia nak daftarkan Tengku Dhaniel di rumah orang tua-tua.

"Handsome macam kau? Hahahahahaha!" Ketawa yang tak dapat diselindungkan lagi. Meja diketuk berulang kali sambil ketawa tanpa henti.

"Tu perut ke belon?" Sindir Tengku Dhaniel selepas ketawanya mulai reda. Pandangan terhala ke arah perut Tengku Haidar. Dah macam ibu mengandung.

Tengku Haidar berdecit. Ini semua salah isterinya, Ayuni. Sebelum ini, Tengku Haidar sangat menjaga pemakanan dan berat badannya. Sekarang entah di mana silapnya, dia sudah menjadi seperti ibu mengandung. Boroi secara kekal. Ayuni tak mengizinkan dia untuk pergi ke gim lagi. Katanya cemburu dengan badan Tengku Haidar yang semakin tough. Tak padan dengan tua, nak jaga badan lagi.

"Bini aku pandai masak." Bidas Tengku Haidar.

"Dah tu kau ingat bini aku tak pandai masak ke?" Balas Tengku Dhaniel lagi. Pandangan tajam dihala ke arah Tengku Haidar yang sedang duduk di atas sofa.

"Bini kau masak sedap ke?" Tengku Haidar tak mahu kalah. Lawan tetap lawan. Kali ini melibatkan isteri pula.

"Kalau tak sedap, kau tak tambah tiga kali minggu lepas." Tengku Dhaniel senyum sinis. Minggu lepas dia mengajak The Tengku's ke rumahnya untuk makan tengahari. Tengku Haidarlah orang yang paling laju menambah nasi. Sehingga licin pinggan.

Kalah lagi. Tengku Haidar mencebik.

"Bini aku masak lagi sedap." Celah Tengku Dhaiyan tiba-tiba.

Ek? Dia pun nak jugak.

Tengku Dhaiyan memandang ke arah mereka berdua silih ganti. Dah tua pun nak datang lepak dekat rumah aku lagi. Dari muda sampai ke tua tak pernah nak berubah. Dahlah dia baru beberapa hari balik ke Malaysia.

Ingatkan nak boleh berehat rupanya tak jugak. Rasanya memang mereka boleh bau aura dia ada di Malaysia ataupun tidak.

"Ha yelah. Kau menanglah. Semuanya Dhiya pandai buat. Haa menang la menang." Tengku Dhaniel mengalah. Kakak iparnya itu memang handal dalam memasak. Kakak ipar? Macam kelakar saja bunyinya.

"Dari tadi aku tak nampak Si Ran ni. Dia pergi mana? Dating ke?" Soal Tengku Dhaniel. Lehernya memanjang mencari kelibat anak buahnya. Sudah besar panjang, makin susah nak nampak batang hidung. Sibuk sangat. Macamlah syarikat tu nak lari kalau Tengku Jahran cuti sebulan.

"Kau tak nak menantu ke, Is? Ran tu dah cukup baligh untuk kahwin tu. Kau tak nak ke? Nak la, Is." Soal Tengku Dhaniel tiba-tiba. Dia bergesel badannya sedikit ke arah Tengku Dhaiyan.

Dahi Tengku Dhaiyan berkerut. Apahal orang tua nyanyok ni? Dia pulak yang sibuk nak kahwinkan anak orang. Anak dia sendiri ada, tak nak suruh kahwin pulak.

"Suruhlah Ran tu kahwin. Dapatlah jugak orang baru dalam rumah. Ni tak, asyik hadap muka yang sama ja. Naik menyampah dah aku pun." Ujar Tengku Dhaniel lagi.

"Aku bagitahu bini kau yang kau menyampah tengok muka dia." Sela Tengku Aiden yang baru tiba. Tangannya sedang memegang pisang goreng sambil mulutnya sedang mengunyah. Sempatlah singgah beli pisang goreng di tepi jalan.

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Where stories live. Discover now