Bab 13

143 7 1
                                    

TIARA dan Tiana tiba di perkarangan rumah tepat jam sepuluh lima puluh tiga minit malam. Seharian ada kelas membuatkan Tiara berasa letih. Dia mengurut bahunya perlahan. Tiara melangkah ke arah pintu masuk rumah.

Baru saja dia ingin membuka kunci pintu, pintu tersebut bergerak sedikit ke hadapan.

Tiara terkaku di depan pintu rumah yang sudah terbuka itu. Rasa tidak senang hati menyelubungi dirinya. Kenapa pintu tak kunci? Seingat dia, petang tadi selepas saja habis kelas, dia pulang ke rumah sebentar untuk meletakkan barang dan dia mengunci semula pintu rumah.

"Kak Tia." Panggil Tiara perlahan.

"Kenapa Tiara?" Sahut Tiana apabila suara Tiara sudah tidak kedengaran lagi. Tiana memandang Tiara kehairanan.

"Kenapa Tiara tak masuk lagi ni?" Tiana mendekati tubuh adiknya yang berdiri tegak di situ.

"Kak Tia, pintu tak kunci." Tiara memandang ke arah Tiana seolah-olah memberikan isyarat.

Tiana turut memandang ke arah Tiara.

"Tadi sebelum Tiara keluar, Tiara kunci balik pintu ni." Jelas Tiara lagi. Tiana sudah tidak sedap hati. Perlahan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Mata meliar ke sekeliling. Jantungnya berdegup laju.

Tiara mengikuti langkah Tiana dari arah belakang. Suis lampu yang berada di sebelah kanan dipetik, menerangi langkah mereka ke dalam rumah.

Terbentang luas ruang tamu yang sudah berselerak. Barang-barang berteraburan di atas lantai. Mata Tiara sudah terbeliak.

"Ya Allah!" Tiana menutup mulut. Terkejut dengan apa yang sedang menjamu matanya tika ini.

Tiara turut memberikan reaksi yang sama. Dia merapatkan dirinya dengan Tiana.

"Kenapa jadi macam ni, Kak Tia? Siapa yang buat semua ni?" Soal Tiara. Sungguh dia tidak tahu siapa yang telah memecah masuk ke dalam rumah mereka. Pencuri ke?

Tiana mengambil langkah berhati-hati. Makin lama mereka makin ke tengah ruang tamu. Pasu bunga yang pecah dipandang sekilas.

"Hati-hati Tiara." Pesan Tiana. Dia memegang erat jari adiknya. Tiba-tiba lampu terpadam semula. Mereka berdua tersentak kuat.

"Kak Tia!" Jerit Tiara ketakutan.

"Akak dekat sini."

Pranggggg!

Bunyi seperti ada sesuatu yang pecah membuat Tiara menggigil ketakutan. Rasa risau menyelimuti dirinya, takut jika sesuatu yang buruk akan terjadi kepada mereka.

Pegangan tangan mereka berdua semakin erat.

"Stick close to me." Pesan Tiana. Dia seperti dapat mengagak siapa yang telah memecah masuk ke dalam rumah mereka. Matanya menyelusuri ruang tamu yang berselerakan itu.

"Hello beautiful ladies." Sapa satu suara garau yang tidak dikenali. Mereka berdua mencari arah suara tersebut. Dengan keadaan gelap seperti ini menyukarkan mereka melihat wajah lelaki tersebut.

TIba-tiba, satu lampu dari arah dapur menyala, menghadirkan wajah lelaki itu dalam keadaan separuh gelap. Mereka terpaku, melihat wajahnya yang sekarang dapat dilihat di tengah kegelapan ruangan. Kini menjadi lebih jelas dengan cahaya lampu yang menyinari sebahagian wajahnya.

Tiana mengerutkan dahinya. Siapa? Adakah mereka orang suruhan Jay? Jantungnya berdegup laju.

"Here we are again." Suara lelaki itu lagi. Tiana dan Tiara hanya diam.

"Susah betulkan nak jumpa korang berdua ni." Lelaki itu menyinis dalam keadaan samar-samar.

"Apa yang kau nak?" Tiana menjerit sedikit. Dia takut. Takut jika lelaki itu mengapa-apakan Tiara.

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Where stories live. Discover now