"DALAM lautan kesedihan yang mendalam, gadis itu seperti pelaut yang mencari arah di tengah badai emosinya. Wajahnya dipayungi oleh awan-awan kelabu, namun matanya memancarkan cahaya keberanian yang tersembunyi di balik kepiluan. Meskipun hatinya terluka, gadis itu mengukir senyuman di wajahnya, menjadikan setiap kesedihan sebagai pelajaran berharga. Di dalam riak-riak kesedihan, dia menemukan kekuatan untuk melangkah maju, menunjukkan bahawa bahkan di tengah badai emosi, ada keindahan dan ketabahan yang dapat tumbuh dari setiap titik air mata yang jatuh." Ayat tersebut dibaca perlahan. Buku yang berada di tangannya diselak ke halaman seterusnya.
"Setiap langkahnya memberi erti baru pada kekuatan dan ketabahan, membuktikan bahawa dia bukan sekadar gadis biasa. Dengan hati yang kuat dan tekad yang menggebu, dia melangkah maju mengarungi hidupnya, menorehkan jejak keberanian yang akan dikenang dalam sejarah kisahnya." Tiara menutup buku tersebut. Terpampang besar tajuk buku di halaman hadapan.
Mencari Kekuatan Di Dalam Kerapuhan.
Buku itu diambil dari dalam rak yang berada di ruang tamu. Tiara berasa kebosanan jadi disebabkan itulah dia mencapai buku itu lalu dibacanya. Buat mengisi masa lapang. Dia tak tahu apa yang nak dilakukan hari ini.
Nak mengemas? Tiara tak tahu apa yang patut dilakukannya. Rasa takut dan janggal dengan rumah orang membuatnya jadi ragu.
Tiara berfikir sejenak. Dia memandang ke sekeliling ruang luas villa tersebut.
Tengku Dhafania sudah ke butiknya awal pagi tadi. Ibu Tengku Dhafania juga tidak ada di rumah kerana ada urusan di luar. Ayah Tengku Dhafania? Dia masih belum berpeluang untuk berjumpa dengan lelaki itu. Dia mengeluh perlahan.
Suasana menjadi sepi.
Dalam sunyi yang mengelilingi villa, tiba-tiba Tiara mendengar siulan kecil di satu sudut ruangan. Melodi siulan itu menyelinap ke telinganya. Tiara terus bangun dari sofa.
Suara siapa? Rasanya dia seorang saja di dalam rumah ini. Tiara mula berdebar.
Sedikit demi sedikit, suara itu semakin mendekati Tiara. Mula membangkitkan rasa ingin tahu di hatinya.
Kelihatan tubuh seseorang yang tinggi lampai sedang berjalan menuju ke arahnya. Dahi Tiara berkerut.
Tengku Dhamien terkejut melihat tubuh Tiara yang sedang berdiri tegak di ruang tamu. Riak wajahnya seperti kebingungan, seolah-olah menemukan sesuatu yang tak terduga. Memang tak terduga pun. Ni anak siapa pula yang terpacak dekat sini?
Tengku Dhamien menggaru kepala yang tak gatal.
"Siapa?" Soal Tengku Dhamien sedikit bingung. Wajah cantik itu dipandang lama. So pretty!
Dengan tatapan penuh tanya, mata Tiara menyoroti Tengku Dhamien, menyampaikan pertanyaan yang sama tanpa kata-kata.
"Macam mana cik yang cantik ni boleh ada dekat dalam rumah ni?" Soal Tengku Dhamien lagi berbaur sedikit miang pada nada suaranya.
Wajah asing itu seperti puzzle yang belum dicantum di tengah-tengah keheningan villa. Mata dia menyapu setiap detail, mencari petunjuk dalam raut wajah yang tidak dikenal itu.
Tiara mengukir senyuman nipis. Siapakah lelaki ini? Wajahnya macam biasa nampak tapi dekat mana?
"Saya Tiara." Dengan penuh sopan, Tiara perkenalkan dirinya sambil memandang wajah lelaki tersebut dengan penuh perhatian.
"Saya pulak Dhamien. Boleh panggil saya Mien." Balas Tengku Dhamien. Dia membalas senyuman yang dilontarkan oleh Tiara. Senyuman yang manis menghiasi wajah tampan lelaki itu. Rambutnya dikemaskan sedikit.
YOU ARE READING
Mysterious One: T.J. (ONGOING)
Random*Read at your own risk* Second Generation of The Tengku's ---------------------------------------------------------- "Stay by my side forever then I will be your shadow because the brightest flame casts the darker shadow." - T.J "When you start to w...