Bab 9

170 8 2
                                    

Dua hari sebelum...

"TJ..." Suara itu memanggil. Tengku Jahran mendongak memandang figura yang berdiri di hadapannya kini.

Wajah seorang gadis yang sedang keresahan. Tengku Jahran mengerutkan keningnya sedikit, mungkin mencuba untuk memahami perasaan gadis tersebut. Ekspresi keresahan di wajahnya mungkin menjadi petanda bahawa ada sesuatu yang membebani hati gadis itu.

"Why are you here?" Soal Tengku Jahran pelik. Dia yang sedang khusyuk meneliti dokumen terganggu dengan suara tersebut.

"Diorang dah munculkan diri." Ujar gadis itu. Wajahnya benar-benar resah. Seperti dalam masalah besar.

"Saya takut." Sambungnya lagi. Nadanya sedikit mengeletar. Mungkin disebabkan oleh perasaan yang dirasakan sekarang.

Tengku Jahran meletakkan pen di atas meja. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi. Wajah gadis itu dipandang sekilas.

"What do you want me to do then?" Soal Tengku Jahran tanpa perasaan.

Gadis itu terdiam. Kenapa dia cari lelaki ini? Kenapa dia berharap lelaki ini untuk menyelamatkan dia?

"You know what to do, TJ." Ujar gadis itu sambil memandang ke arah Tengku Jahran. Lelaki ini harus mengotakan janjinya.

Tengku Jahran senyum senget.

"Adik saya. Saya tak nak apa-apa pun terjadi dekat dia. Saya hanya ada dia seorang."

"Tiana..."

"Adik kau, Tiara?" Tiana mengangguk. Ya. Tengku Jahran tidak pernah menemui Tiara.

"Kawan Fania?" Soal lelaki itu laki. Tiada respon daripada Tiana.

"Sekarang ni, saya selalu nampak kereta hitam ada depan rumah saya. Dan saya tahu itu orang-orang Jay." Tiana bersuara.

"Saya tak risaukan diri saya. Tapi saya risaukan Tiara. Tiara tak tahu apa-apa." Tiana bimbang akan keselamatan adiknya. Dia tak mahu Tiara diapa-apakan.

"Saya tak kisah kalau saya mati sekalipun asalkan Tiara selamat. Saya sanggup buat apa saja demi Tiara."

Tengku Jahran memandang Tiana tanpa suara. Wajahnya kosong tanpa ekspresi yang jelas.

"Sayang sangat kau dekat adik kau tu." Ujar Tengku Jahran dengan nada dingin.

"Dia satu-satunya harta yang saya ada." Keras suara Tiana. Tidak ada perasaankah lelaki ini? Dia jugak mempunyai adik perempuan.

"They're gonna chase us until they get what they want." Wajah Tengku Jahran dipandang sekilas. Tengku Jahran melepaskan keluhan. Semua orang datang padanya mengharapkan perlindungan. Memang dekat dahi dia ni ada cop pusat perlindungan agaknya.

"Okay." Tengku Jahran bangun dari duduknya. Kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Wajah Tiana dipandang lama.

"Kau tak perlu risau. Aku tahu apa yang aku buat. Pasal keselamatan kau, aku buat macam yang aku dah janjikan sebelum ni." Dingin sekali suara itu. Dia mengenali Tiana tiga tahun lepas selepas berlakunya kejadian tersebut. Sejak dari itulah, matanya tidak lepas memerhatikan mereka berdua walaupun dia tidak pernah melihat wajah Tiara. Hanya nama saja yang selalu meniti di bibir Tengku Dhafania. Hanya orang-orang Tengku Jahran yang memantau mereka dari jauh.

Hati Tiana berasa sedikit lega apabila mendengarkan kata-kata itu. Dia senyum kecil.

"Kalau apa-apa terjadi pada saya, tolong jaga adik saya." Ungkap Tiana. Dia tidak tahu berapa lama dia akan hidup. Macam-macam boleh terjadi. Mengingatkan bahawa orang Jay sedang memerhatikan tindak tanduk mereka, Tiana tahu mereka sedang berada di dalam keadaan yang bahaya.

Mysterious One: T.J. (ONGOING)Where stories live. Discover now