"ABANG tengok Tiara macam nak menjauhkan diri daripada Abang Ad." Suara garau itu mula kedengaran. Nafas dihela perlahan. Dia yang sedang duduk di atas kerusi sesekali memandang ke arah luar kafe. Hari ini pelanggan tidak ramai. Jadi dia mempunyai masa untuk beristirehat.
"Kenapa Abang Ad cakap macam tu?" Sambut suara halus tersebut. Wajah Adli di hadapannya dipandang bersama kerutan di dahi. Tidak faham kenapa lelaki itu berkata sedemikian.
"Kalau Tiara nampak Abang Ad, mesti dia nak larikan diri. Abang Ad ada buat salah ke?" Soal Adli. Mata mereka bertentang.
"Takkanlah Tiara nak buat macam tu." Tiana ketawa kecil.
"Perasaan Abang Ad je tu." Tiana kenal adiknya. Tidak mungkin Tiara bertindak seperti itu tanpa sebab. Lagi pula, Adli sudah seperti abang mereka sendiri.
Adli diam.
"Tiana..."
"Kenapa, Abang Ad?"
"Betul ke apa yang Abang Ad dengar? Yang Dato' Tahir masih hidup?" Soalan itu membuatkan Tiara membungkam. Dia mengeras di tempat duduknya. Tidak meyangka soalan itu yang ditanya oleh lelaki itu.
"Abang Ad dengar daripada siapa?" Hampir tergagap Tiana bersuara. Wajah Adli tidak lepas dipandang seakan cuba mencari sesuatu pada wajah yang hanya beriak biasa itu.
"Betul ke?" Adli inginkan kepastian. Soalan Tiana diabaikan.
Tiana berdehem perlahan. Angguk tidak, geleng pun tidak. Hanya membiarkan soalan lelaki itu bergantungan di awangan. Namun di dalam hati, Tiana sudah gelisah. Tiada sesiapa tahu bahawa Dato' Tahir masih hidup melainkan saudara terdekat yang hadir ketika hari akad nikah Tiara dahulu.
Dalam diam. Adli menilik air muka Tiana yang sudah terang lagi bersuluh. Melihatkan gadis itu tidak menjawab persoalannya, tahulah dia bahawa Dato' Tahir sedang bersembunyi di suatu tempat. Dan dia masih belum mengetahui di mana lelaki tua itu bersembunyi.
Tengku Jahran. Hanya lelaki itu yang tahu. Tangan di bawah meja digenggam erat. Rahangnya diketap. Cuba menahan rasa marah yang mula terbit di hatinya.
"Tiana free tak petang ni?" Tiba-tiba saja Adli bertanya. Dia memandang wajah putih bersih milik gadis itu.
"Petang ni tak ada apa-apa yang nak dibuat. Kenapa tu?"
"Teman Abang Ad, boleh?"
"Pergi mana?" Berkerut dahi gadis itu.
"Abang Ad nak carikan hadiah untuk anak buah. Tak lama lagi birthday dia. Tapi Abang Ad tak tahu nak belikan hadiah apa..."
"Jadi, Abang Ad nak minta tolong Tiana pilihkan hadiah yang sesuai." Ujar Adli. Dia senyum manis ke arah Tiana.
"Perempuan ke?" Adli angguk sambil menggosok belakang lehernya. Agak malu dengan pertanyaan Tiana.
"Sebab tu nak minta tolong Tiana yang pilihkan. Abang Ad tak pandai." Sengih Adli. Tiana ketawa kecil.
"Boleh, Abang Ad. Benda kecil je tu. Nanti kita pergi beli." Balas Tiana dengan sisa tawanya.
Adli memerhati wajah Tiana sekali lagi. Gadis itu masih dengan senyumannya.
*****
"Dapat call tak?"
"Masuk voicemail." Tiara sudah gelisah. Nombor Tiana didail sekali lagi. Tidak diangkat sedari tadi lagi. Dia sudah berada tidak sedap hati.
"The number you have dial is unavailable..."
"Tak dapat jugak. Macam mana ni?" Suara Tiara sedikit menggeletar. Takut terjadi apa-apa pada kakak sulungnya. Telefonnya digenggam erat.
YOU ARE READING
Mysterious One: T.J. (ONGOING)
Sonstiges*Read at your own risk* Second Generation of The Tengku's ---------------------------------------------------------- "Stay by my side forever then I will be your shadow because the brightest flame casts the darker shadow." - T.J "When you start to w...