SUDAH dua hari Tiara berada di dalam wad. Dia tersedar sehari selepas dimasukkan ke dalam hospital. Keadaannya seperti yang telah dijangka. Tiara kelihatan trauma dengan apa yang terjadi.
Di dalam sunyi yang meresap, bibir Tiara membisu. Tak mampu mengungkapkan perasaannya. Sebuah keheningan yang menggambarkan beban yang terlalu berat untuk diucapkan. Dalam diamnya, Tiara tenggelam dalam pemikirannya sendiri, membiarkan kata-kata tak terucapkan merajai ruang emosinya yang penuh dengan kehampaan.
"Tiara." Panggil Wana. Dia yang mendapat berita mengenai Tiara sudah sedarkan diri terus ke hospital untuk melawat gadis itu. Tengku Dhafania yang memaklumkan perkara tersebut kepada dia.
Tiara diam. Tidak menyahut panggilan Wana. Bibirnya kelihatan merekah sedikit. Mana tidaknya, dia tak mahu makan dan minum. Jenuh dipaksa. Wana tak sanggup melihat keadaan Tiara seperti itu.
"Makan sikit, Tiara." Ujar Wana. Di tangannya terdapat pinggan yang berisi nasi putih bersama sup ayam.
Tiara menggeleng. Dia tak berasa lapar.
"Kau tak makan lagi hari ni. Jangan macam ni, Tiara. Kau kena jaga kesihatan kau." Wana mengelus lembut lengan Tiara.
"Apa gunanya aku hidup? Dah tak ada apa-apa yang tinggal untuk aku sekarang ni." Balas Tiara tanpa perasaan. Riak wajahnya kosong saja.
Wana menghela nafas perlahan.
Dalam usahanya untuk mengingati, Tiara merasakan jejak memori yang terputus. Kilatan terakhir dalam ingatannya adalah ketika dia berusaha meronta, mencuba melepaskan diri dari pelukan lelaki durjana tersebut.
"Jangan cakap macam tu. Kau masih ada aku, ada Fania. Kau kena teruskan hidup." Pujuk Wana lembut. Dia memandang wajah Tiara yang pucat.
"Kakak aku..." Tiara bersuara sayu. Air mata mengalir perlahan di pipi.
Wana menahan gelombang emosi yang melanda dirinya. Dia merasakan beban yang sama yang dirasakan oleh gadis itu. Empati membentuk simpul di hatinya, mengaitkan perasaannya dengan pengalaman yang terlukis jelas di mata Tiara.
"Shhh... Kau kena kuat, Tiara." Ujar Wana. Dia mengesat air mata gadis itu.
Tiara tersedu sedan. Getaran tangisnya menciptakan nada kepedihan. Air mata yang mengalir menjadi saksi bisu dari luka-luka yang tak terucap, membebaskan perasaan yang terpenjara dalam setiap gumpalan kesedihan.
"Aku tak kuat, Wana." Tubuhnya dipenuhi getaran yang menggambarkan ketakutan yang dalam. Trauma yang membeku di dalam dirinya memunculkan bayangan-bayangan yang menghantuinya, menyisakan luka batin yang sulit disembuhkan. Ingatannya terbayangkan saat Tiana ditembak oleh lelaki yang tidak dikenalinya itu.
Wana menarik Tiara ke dalam dakapannya, memeluk tubuh gadis itu dengan erat. Air mata Wana turut mengalir, menjadi titik-titik kepedihan yang turun membasahi pipinya.
Tiara membalas pelukan itu dengan penuh kelemahan, membiarkan dirinya tenggelam dalam kehangatan yang ditawarkan oleh bahu Wana. Air mata yang tak terbendung turun bersamaan dengan getaran tangisnya yang memenuhi ruangan.
Tengku Jahran berdiri di luar pintu bilik wad, melihat ke arah dua gadis yang sedang berpelukan. Suara langkah kaki di koridor yang sunyi menjadi latar belakang,
Dia menghela nafas perlahan.
"Bro."
Tengku Jahran menoleh ke arah Syed Riyaz.
"Dia masih trauma." Mata Syed Riyaz turut memandang ke arah Tiara dan Wana.
"Hmm..." Itu saja yang keluar daripada mulut lelaki itu.
YOU ARE READING
Mysterious One: T.J. (ONGOING)
De Todo*Read at your own risk* Second Generation of The Tengku's ---------------------------------------------------------- "Stay by my side forever then I will be your shadow because the brightest flame casts the darker shadow." - T.J "When you start to w...