BAB 10

1.2K 63 7
                                    

SETELAH dua minggu terperuk di rumah, akhirnya dia dapat pergi ke sekolah semula. Dia diberikan cuti untuk berehat sebelum kembali ke sekolah. Pintu kelas 5 Aman dibuka. Beg diletakkan di atas kerusi.

Seroja mengambil pembersih bulu ayam, membersihkan habuk di atas mejanya. Meja di sebelahnya juga dibersihkan.

Arif tak guna meja dia ke sampai berhabuk sebegini rupa?

Penyapu dan penyodok pula diambil untuk menyapu sampah di bawah meja dan kerusi. Setelah bersih, Seroja duduk dan meletakkan kepala di atas meja beralaskan beg telekungnya. Masih awal. Boleh dia tidur sebentar.

Arif yang baru melangkah masuk ke kelas, memperlahankan kakinya supaya tidak membuat bising. Beg galas diletakkan di atas meja. Terus, dia keluar dari kelas menuju ke kantin. Cacing di dalam perutnya sudah membuat konsert.

"Arif!"

Baru saja keluar dari kelas, ada yang memanggilnya. Anees yang sedang berjalan ke arahnya ditunggu.

"Seroja dah datang sekolah kan harini?" soal Anees.

"Dia dah datang, tapi sekarang tengah tidur kat dalam kelas. Kenapa?" Arif menyoal kembali.

"Oh. Boleh tak kau bagitahu dekat Seroja jumpa aku dekat kantin rehat nanti?"

"Okey." Arif mengangguk kecil. Dia mula berjalan mendekati kantin yang terletak di tepi bangunan kelasnya.

Kuih-muih yang telah siap disusun di atas meja dilihat satu per satu. Ada lepat pisang, kuih ketayap, kuih lopez dan beberapa jenis kuih yang lain. Plastik yang diletakkan di hujung meja, ditarik. Dia mengambil dua helai plastik.

Dua bungkus pulut inti dan tiga ketul onde-onde dimasukkan ke dalam plastik pertama. Plastik kedua pula Arif mengisi kuih yang berintikan ubi keledek dan sedikit isi ayam bercampur rempah di dalamnya. Permukaan kulitnya berlapis-lapis. Empat ketul karipap pusing itu diambil.

Plastik diletakkan di atas meja kaunter untuk membuat pembayaran.

"Mak cik, berapa semua ni?" Arif menunggu mak cik kantin itu mengira jumlah bayarannya.

"Semua sekali empat ringgit, dik."

Empat keping kertas bernilai berwarna biru muda diserahkan kepada mak cik kantin. Plastik makanannya diambil semula. Meja kayu di tepi blok Ibn Khaldun menjadi tempat persantapan Arif.

Bungkusan pulut inti kelapa parut dalam daun pisang dibuka. Tangan ditadah lalu doa makan dibaca. Satu suapan dimasukkan ke dalam mulut. Mulut mengunyah perlahan sehingga lumat pulut yang dimakan.

Arif menghabiskan pulut inti dan onde-onde yang dibeli. Karipap pula disimpan. Dia mahu ke kelas terlebih dahulu sebelum membuat rondaan di blok paling hujung.

Beg di atas meja dialihkan ke kerusi. Plastik di tangan diletakkan di meja Seroja yang belum bangun dari tidur. Keriuhan pelajar-pelajar 5 Aman yang sedang bersembang di belakang tidak mengganggu lena Seroja.

Kring! Loceng sekolah berbunyi.

Ahli kelas 5 Aman dan penghuni-penghuni blok Ibn Khaldun berpusu-pusu berjalan ke tapak perhimpunan. Arif pula bergerak ke bangunan Ibn Sina. Seroja yang masih belum terjaga, dibiarkan sahaja berseorangan di dalam kelas.

Pintu tandas di bangunan makmal ditolak satu per satu. Tiada sesiapa di situ. Disebabkan tandas itu kosong, Arif melangkah ke garaj belakang bangunan.

Empat orang pelajar yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan yang sedang melepasi pagar berdawai, direnung dari jauh. Mereka berempat sedang menuju ke bangsal kayu di tepi sekolah.

SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now