BULAN Ramadan tahun ini sedikit berbeza dari tahun sebelumnya kerana dia sudah bergelar sebagai seorang isteri untuk Afif Ahnaf. Setiap hari, tak kira sahur ataupun ketika berbuka suaminya itu tidak pernah culas untuk membantunya di dapur.
Cuma, kebelakangan ini Afif tidak dapat menolongnya kerana selalu muntah-muntah sehingga lemah tubuhnya. Nak bangun pun tidak bermaya. Disuruhnya untuk pergi ke klinik, dia tidak mahu. Syabil pun sudah berbuih mulut memaksanya.
Seroja mengeluh perlahan.
Dia mendekati Afif yang sedang terbaring lemah di sofa. Suaminya itu baru pulang dari kerja. Seroja duduk di hujung kaki Afif. Dipicit perlahan ibu jari kaki lelakinya. Lagi satu jam masa berbaki untuk berbuka puasa.
"Fifi," panggil Seroja dengan lembut. Dia mahu mengejutkan Afif daripada tidur. Tak elok tidur petang.
"Hmm." Afif menyahut dengan perlahan. Tidak larat mahu membuka mata. Seroja yang duduk di hujung sofa didekati. Kepala diletakkan di atas riba isterinya.
Seroja mengusap wajah yang pucat itu. Dipijat perlahan dahi Afif.
"Harini muntah lagi tak?" soal Seroja. Lelaki itu sudah tiga kali muntah di tempat kerja. Dua kali selepas solat tarawih, sekali selepas pergi melawat tapak pembunuhan petang semalam. Terpaksalah Afif berbuka puasa awal daripadanya.
"Tak. Cuma pening," jawab Afif. Dia memegang tangan Seroja yang sedang sibuk memicit kepalanya itu. Dikucup lama untuk menghilangkan rasa loya. Entah kenapalah dengan dirinya sekarang ini. Mudah pening dan loya. Selepas itu, mahu makan manis saja rasa. Padahal, dia tidak suka benda manis.
Seroja mengemaskan rambut Afif dengan jari-jemarinya. Dia menyelak rambut Afif yang sudah menutup dahi itu. Sengaja dia bermain-main dengannya. Lembut saja.
"Fifi nak saya urut dengan minyak tak?" soal Seroja lagi.
"Tak apa, dah okey sikit." Dia masih lagi memegang tangan Seroja. Kepala dikalihkan menghadap perut kempis isterinya. Muka ditekapkan di situ. Lalu, tangan kiri dilingkarkan ke belakang pinggang Seroja. Dia selesa begini.
"Jangan tidur petang. Tak eloklah, Fifi. Nanti lagi pening kepala ni," tegur Seroja.
Afif mengumam. Tidak tahu apa yang lelaki itu cuba katakan. Dikuatkan lagi pelukan pada pingganggnya. Akhirnya, Seroja hanya pasrah Afif memperlakukan dirinya sebegitu. Bukannya Afif mahu mendengar kata. Degil!
Sama sepertinya juga.
40 minit mereka berkeadaan sebegitu, Seroja menampar perlahan bahu Afif. Suaminya itu sudah tertidur semula.
"Fifi, bangun. Dah nak berbuka." Seroja bermain dengan hidung mancung lelaki itu pula.
Afif membuka mata perlahan-lahan sebelum bangun. Dahi Seroja dikucup sekilas. Seroja hanya membalas dengan senyuman yang lebar sebelum berdiri. Dia mahu menghidangkan makanan yang dibeli dan memanaskan lauk yang dimasaknya tadi.
Afif memegang erat tangan Seroja, menahan isterinya daripada berlalu pergi.
"Kenapa? Saya nak pergi hidangkan makanan dulu. Dah nak berbuka ni," tutur Seroja. Kenapa Afif terlebih manja sejak kebelakangan ini? Sampai tidak mahu berenggang dengan dirinya.
"Nak ikut," rayu Afif.
Seroja menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Cuba untuk bersabar dengan sikap suaminya. Dah tahu tengah sakit, sibuk juga mahu mengekor.
"Jom." Seroja menolong Afif untuk berdiri. Dipapah lelakinya itu sehingga ke dapur.
"Awak duduk sini dulu. Saya nak panaskan lauk sekejap." Sejurus itu, kuali yang mempunyai ayam masak madu dipanaskan. Sayur campur pula dikaut, diletakkan di dalam pinggan.
YOU ARE READING
SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]
Acción"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya itu. Bukan sekali, tapi banyak kali! Namun, Arif tetap maafkan dia. Makin lama dia mengenali lelaki i...