"APA maklumat yang kau dapat?" soal Afif sebaik sahaja kaki dijejakkan ke dalam biliknya.
Naufal tanpa membuang masa terus berdiri dan menghampiri papan putih yang penuh dengan maklumat tentang mangsa. "Mangsa mempunyai sebuah kedai makan di Jalan Duta. Kau orang tahu kan medan selera dekat situ?" tanya Naufal kepada Syabil dan Afif. Mahukan kepastian.
Mereka berdua mengangguk.
"Ada tiga individu yang boleh dijadikan suspek utama. Yang pertama, Azri bin Khalid." Naufal mengetuk pen marker itu pada gambar seorang lelaki di papan.
"Dia merupakan pembantu dapur merangkap anak lelaki mangsa. Sewaktu hari kejadian, dia tiada di rumah. Masih belum tahu dia ke mana pada waktu tersebut. Yang kedua, Aisyah binti Kasim. Isteri mangsa dan ibu kepada suspek pertama. Suspek keluar rumah tergesa-gesa pada waktu yang dijangkakan berlakunya pembunuhan dan membawa beg hitam bersamanya. Hari berikutnya, dia datang ke kedai lambat dua jam dari waktu bekerja. Ada saksi bagitahu, dia seperti gelisah dan tidak tentu arah ketika datang ke medan selera. Kerap pandang sekeliling, macam ada seseorang yang memerhatinya dari jauh." Sambung Naufal lagi.
Syabil menghentikan Naufal daripada menyambung penerangannya.
"Jap, suspek ketiga ni... aku macam pernah nampak. Siapa dia?" soal Syabil. Muka gadis itu tidak asing di retina matanya. Seperti pernah bertemu sebelum ini.
"Kes mayat beku yang dijumpai di kilang sebulan yang lalu, perempuan ni yang jumpa mangsa tersebut. Nama dia, Nur Fakhirah binti Azam."
Afif dan Syabil terus merenung gambar gadis itu. Memang sah, gadis itu merupakan saksi bagi kes mereka bulan lepas.
"Tapi, kenapa kau kata dia boleh jadi suspek utama? Dia ada di kedai saja kan pada waktu kejadian?" Giliran Afif pula bertanya.
Naufal terdiam. Dia kembali memandang anggota lain yang turut berada di bilik itu. Kesemua mereka masih menanti jawapan daripadanya.
"Pertama, suspek merupakan pekerja di situ. Jadi, wajar untuk kita siasat dia. Kan? Kedua, ini bukan kes pertama yang suspek terlibat. Tak mustahil dia merupakan suspek utama dalam kes ni. Lagipun, tak semestinya dia tak ada pada waktu kejadian dia bukan pelakunya. Boleh jadi dia upah seseorang untuk membunuh mangsa," ujar Naufal panjang. Lama juga dia merenung gambar gadis itu.
Syabil meletakkan kedua tangannya di atas meja. Tangan digenggam sambil membetulkan kedudukannya.
"Naufal," panggil Syabil.
Naufal memalingkan wajah menghadap lelaki itu. Kedua keningnya diangkat tinggi.
"Kau kena ingat, assumption is not a conclusion. Sebelum kita tertuduh dan tertangkap orang yang tidak bersalah, aku nak kita semua siasat sehabis mungkin. Faham?" kata Syabil.
Nasihat itu bukan ditujukan kepada Naufal seorang sahaja tetapi untuk anggota-anggota lain yang turut berada di situ. Dia tidak mahu mereka melakukan kesilapan berulang kali.
Semua mengangguk faham sebelum bersurai dari situ.
Syabil menepuk bahu Naufal. "Good job. Kekalkan prestasi kau ni sampai bila-bila."
Dring! Dring!
How are you?
Dring! Dring!
Woof! Woof Woof!
Ay, ya, ya
I'm your little butterfly
Nada dering telefon Afif yang bergema di bilik itu mendapat jelingan daripada Naufal dan Syabil. Sempat dia melihat mereka berdua menjungkitkan bibir, tersenyum senget kepadanya. Ini semua, isterinya punya kerja. Haih, nasib sayang.
Tanpa membuang masa, terus dia mengangkat panggilan telefon tersebut.
"Assalamualaikum, kenapa sayang Adyan ni belum tidur lagi? Dah pukul 12 ni," soal Afif. Jam di pergelangan tangan dipandang. Lambat wanita itu tidur hari ini.
"Fifi, saya rasa saya dah nak bersalin." Seroja menjawab dengan nada tertahan. Perut yang kembali memulas diusapnya laju. Dia cuba mengawal pernafasan. Kaki melangkah menghampiri bilik Afifah.
"Hah? Apa?" tanya Afif sekali lagi.
"Afif Ahnaf! Isteri hang dah nak bersalin! Cepatlah balik!" jerit Afifah. Geram Afifah dengan adiknya itu. Boleh pula menyoal banyak kali. Seroja di sebelahnya dipimpin menuruni tangga dengan berhati-hati.
"Tahan jap, aku balik rumah sekarang!" Tanpa menunggu balasan daripada talian di sebelah sana, Afif meletakkan panggilan. Kunci kereta peronda dicapainya sebelum menjerit,
"Bil! Seroja dah nak bersalin!"
Jangan lupa vote!
YOU ARE READING
SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]
Azione"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya itu. Bukan sekali, tapi banyak kali! Namun, Arif tetap maafkan dia. Makin lama dia mengenali lelaki i...