BAB 29

963 45 1
                                    

"KE... kenapa kau perlu buat semua ni?" Kakinya dilangkah setapak demi setapak ke belakang dengan perlahan.

"Sebab... aku nak tolong kau mampus dengan senang. Tak perlu fikirkan pasal masalah keluarga ni dan masalah lain. Kau patut bersyukur. Masih ada lagi manusia yang ambil kisah tentang kau. Bukan, macam aku. Wujud. Tapi... huh, tiada siapa yang ambil peduli tentang hidup aku!" jeritnya secara tiba-tiba. Kemudian dia ketawa kuat sehingga bergema ruang kecil itu.

"Daripada aku hidup terseksa dengan manusia macam kau, lebih baik aku bunuh kan? Kau tak rasa macam tu?" Suara dia bertukar menjadi sayu. Air matanya bergenang. Namun, dia kembali mencerlung tajam lelaki yang sedang tercungap-cungap mencari nafas itu. Hampir menemui ajalnya.

Lelaki itu melihatnya dengan riak muka yang kecewa dan kasihan. Kecewa dengan diri sendiri kerana tidak pernah cuba untuk memahami perempuan itu. Kasihan kerana sepanjang hidup perempuan itu, dia tidak pernah mendapat kasih sayang yang mencukupi. Selalu diabaikan walaupun dia selalu cuba untuk menarik perhatian mereka. Hidupnya selama ini selalu dicemuh.

Air mata jantannya mengalir, membasahi pipi. Dia reda kalau dia harus mati dalam keadaan begini. Janji, gadis itu puas.

"A-aku, minta maaf. Kalau selama ni, aku tak pernah dengar cakap kau dan tak pedulikan kau. Maafkan aku sebab tak layan kau dengan baik. Aku tahu, aku abang paling tak guna. Aku harap kau akan berhenti buat benda ni, dik. Aku tak nak kau jadi macam ni. A-aku sayang kau..." katanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Raziq!!! Kau tak boleh tinggalkan aku! Aku dah tak ada siapa-siapa dekat sini. Kau memang kejam!" Dia merembeskan tangisan, meraung dan menampar-nampar jasad yang sudah terbaring kaku di atas lantai marmar itu.

Tidak sampai beberapa saat, dia ketawa semula. "Ha! Ha! Ha! Padan muka. Akhirnya, aku berjaya juga lenyapkan kau dari dunia ni."

Dia ketawa kuat sehingga matanya berair.

"Arghhh!"

Kertas-kertas di atas meja, ditolak jatuh ke bawah. Dia serabut. Semak. Otaknya bercelaru. Banyak suara yang berlegar-legar di kepalanya ketika ini.

Bekas besi yang selalu dibawanya diambil kemudian dibuka. Pisau halus yang terletak cantik di dalam bekas, dibelek. Kaki menapak mendekati lelaki yang sudah menyembah lantai. Dibelai buat seketika rambut dan wajahnya sebelum menolak badan lelaki itu sehingga ia meniarap. Belakang kepala jasad yang sudah kaku tersebut, dipegang. Lalu, dia mencari bahagian yang hendak dibelahnya.

Dengan bersarungkan sarung tangan getah berwarna hitam, skalpel halus dan tajam itu ditekan sehingga menembusi kulit kepala. Dibelahnya sehingga hampir tiga inci memanjang di kulit kepala bahagian belakang.

'Patutlah bodoh, serebelum kau kecil daripada mangsa-mangsa aku yang lain. Entah apa yang lelaki tua tu nampak pada kau.' Dia tertawa kecil, teringat semula kejadian sebelum lelaki itu terlantar di atas lantai marmar yang berkilat ini.

Dia masih tidak percaya bahawa lelaki itu mudah sekali termakan dengan kata-katanya.

'Tch, kau tak patut percaya manusia sekalipun manusia itu ahli keluarga kau.' Bibirnya menyeringai besar. Serebelum yang sudah selamat dikeluarkan daripada kepala, dimasukkan ke dalam bekas kaca.

Nota di tangannya dilekatkan pada bagasi yang berada di atas almari stor sebelum kaki melangkah tenang meninggalkan ruang itu.

BUKU nota kecil yang sudah dicatat beberapa maklumat mengenai pesakit dan juga pekerja di jabatan psikiatri semalam, Afif baca berulang kali. Ada satu nama yang menarik perhatiannya. Tidak pasti sama ada ini hanya kebetulan atau ketentuan. Pen diketuk-ketuk di atas buku kulit itu. Fikirannya ketika ini sudah melayang jauh.

SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now