BAB 21

1.2K 54 3
                                    

BANGUNAN yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum siapnya Menara Taipei 101 pada 2004 dan diatasi oleh Burj Khalifa, menjadi tatapan matanya. Hampir empat jam perjalanannya dari Pahang ke Kuala lumpur. Sesak betul jalan ketika ini. Tambahan lagi, hari ini merupakan hujung minggu. Makin lamalah jawabnya dia akan terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di sini. Dari KLCC ke rumah abangnya yang hanya mengambil masa 16 minit untuk sampai, terus bertukar menjadi 40 minit.

Semalam dia meminta alamat Syabil daripada Afif. Dia mahu memberi kejutan kepada abangnya. Sibuk sangat sehingga tidak sempat menjenguk adiknya yang berada di Pahang. Disebabkan hari ini merupakan hari sabtu, dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Syabil.

Rumah pangsa yang mempunyai lebih kurang 40 tingkat itu membuatkan Seroja harus mendongakkan kepalanya ke atas. Pangsapuri yang diberi nama Meu Suites itu sangat gah dan kelihatan premium. Lokasinya juga terletak dengan strategik kerana berada di tengah-tengah kawasan perniagaan dan berhampiran dengan Pusat Bandar Kuala Lumpur serta Menara Berkembar PETRONAS dengan hanya kira-kira 3-kilometer jauhnya.

Ia juga terletak di kawasan pembangunan yang paling pesat berkembang di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Penduduk Meu Suites dapat mengakses ke Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH) dengan senang. Meu Suites ini juga berdekatan dengan stesen LRT Dato Keramat Jelatek.

Kalau Kuala Lumpur ini tidak sesak dan padat dengan kenderaan, mungkin sudah lama Seroja berpindah ke sini kerana dekat dengan pelbagai kemudahan.

Tanpa melengahkan masa, bagasi kecil ditarik masuk ke bahagian lobi pangsapuri. Beg tangan disangkut pada bahu. Butang lif ditekan untuk naik ke tingkat 8, yang menempatkan rumah abangnya.

Keluar sahaja dari perut lif, rumah bernombor A816 dicari. Kaki mengorak langkah ke arah kanan. Nombor yang diletakkan pada pintu rumah dilihatnya, satu per satu.

Sewaktu Seroja sedang mencari nombor rumah tersebut, kakinya terhenti apabila melihat seseorang yang sedang membuka pintu rumah memakai jersi berwarna biru putih. Jersi yang dicetak nama SYABIL dan bernombor 23 itu merupakan baju yang dihadiahkan Seroja kepada abangnya ketika hari lahirnya yang ke-23.

Perlahan-lahan Seroja mendekati dengan menjengketkan kakinya, lalu belakang badan lelaki itu dihempuk perlahan menggunakan beg tangannya yang sederhana besar.

Pap!

"Aduh, siapa pula yang..." Kepalanya dipalingkan ke belakang. Bebola matanya terbeliak.

"Seroja?" sebut Afif dengan nada terkejut dan terpinga-pinga. Kenapa gadis itu menghempuknya tadi?

"Afif? Apa awak buat dekat sini? Mana abang saya?" soal Seroja. Terkejut dia apabila Afif memalingkan wajahnya tadi.

"Tak. Sekarang ni kenapa kau hempuk aku dengan beg? Sakit tahu tak." Memanglah pelan saja gadis itu menghempuknya. Tetapi, begnya itu keras macam bata. Terasa sengal tulang bahunya.

"Maaf Afif. Saya tak sengaja," ucap Seroja perlahan.

"Tapi... Siapa suruh awak pakai baju abang saya. Kan dah kena. Saya baru ingat nak hempuk dia banyak kali. Tapi bila awak toleh tadi, terus saya batalkan niat sebab saya dah tersalah orang. Hehehe," kata Seroja. Mahu mempertahankan dirinya bahawa dia kurang bersalah di dalam hal ini.

Nasib Afif toleh, kalau tidak mungkin kepala dan bahunya sudah lebam.

"Abang kau tak ada dekat dalam rumah sekarang. Waktu-waktu macam ni dia suka lepak dekat gim." Afif yang hanya berdiam tadi mula bersuara.

Seroja memuncungkan mulutnya sehingga berbentuk bulat. "Ohh. Tapi, apa awak buat dekat sini? Tak kerja?"

"Kau ingat, polis tak ada cuti ke? Aku sampai sini semalam. Saja nak jumpa kawan rapat aku dekat sini. Kenapa, tak boleh?" soal Afif.

SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now