BAB 12

799 44 1
                                    

"BYE, jumpa esok!"

Haura dan Anees yang sudah melangkah keluar dari pagar sekolah dilambai. Mereka membuat ulang kaji subjek Sejarah bersama sebentar tadi di pondok.

Seroja yang belum mengambil beg sekolahnya di kelas, kembali mendaki ke aras tiga. Buku di atas meja dimasukkan ke dalam beg. Botol air pula dipegang. Daun pintu diselak perlahan-lahan, atas dan bawah sebelum keluar menggunakan pintu hadapan.

Pintu hadapan hanya dirapatkan tanpa dikunci.

Sampai saja di bawah, beg diletakkan di pondok. Menunggu abangnya di situ. Dia tidak mahu menunggu di perhentian bas hadapan sekolah lagi. Takut kalau bertembung dengan lelaki hari tu.

Baru mahu duduk, tiba-tiba terasa seperti mahu ke tandas. Ish, kenapa lah waktu macam ni baru nak terasa membuang air kecil?

Selesai membuang hajat di tandas tepi kantin, Seroja keluar.

Bangunan Ibn Khaldun yang sudah sunyi sepi diperhati. Kaki kanannya diseret perlahan. Tidak mahu melakukan banyak pergerakan kerana belum pulih sepenuhnya.

Suara yang datang dari kelas 5 Bakti, menghentikan langkahnya. Seroja menyorokkan dirinya di belakang pintu kelas sebelah. Mata dikecilkan untuk melihat manusia yang sedang bertengkar di dalam kelas tersebut. Telinga dibuka luas untuk mendengar setiap butir kata yang dikeluarkan mereka.

"Kau kata... Dia dah buang kau kan, jadi apa salahnya kalau kau bagi dia dekat kita orang," kata lelaki tersebut kepada seorang perempuan yang sedang membelakangi Seroja. Suara lelaki itu macam pernah dia dengar, tapi... Dia tidak ingat siapa lelaki tersebut.

Muka didekatkan lagi dengan celahan pintu belakang kelas 5 Bakti untuk melihat muka keempat-empat manusia yang berada di dalam. Malangnya, mereka semua membelakangi Seroja. Lelaki yang bercakap tadi pula terhalang wajahnya kerana perempuan itu masih berdiri di depannya.

"Okey, aku akan bawa dia jumpa kau. Pukul 6 ni, tempat biasa," balas perempuan itu.

"Deal," balas lelaki itu sebelum tergelak kecil.

Melihat mereka ingin beredar, Seroja dengan laju berjalan meninggalkan kelas 5 Bakti menggunakan laluan bertentangan dengan mereka. Dia berjalan di belakang bangunan Ibn Khaldun untuk pergi ke pondok semula.

Ternonong Seroja berjalan pantas, tanpa memandang kiri dan kanan sebelum...

"Ahh!" Dia menjerit sambil menutup mata.

Dengan mendadak, sebuah motosikal berhenti di hadapannya. Matanya dibuka. Lagi sikit saja tayar motor itu mahu melanggar kakinya. Nafas ditarik dalam.

"Alhamdulillah, masih hidup," katanya perlahan.

Lelaki yang memakai helmet hitam turun dari motosikal. Dia mendekati Seroja.

"Kau memang nak patahkan kaki kiri kau pula ke, Seroja? Tak puas, kaki kanan je yang sakit?" tanpa nada, dia menyoal.

Macam mana orang di hadapannya ini tahu namanya? Eh, tapi itu tak pelik sebab di tudungnya memang ada tanda nama. Yang lagi pelik, macam mana lelaki ini tahu kaki kanannya sedang sakit?

Seroja mengecilkan mata untuk melihat wajah yang terselindung di sebalik helmet hitam itu. Dengan tidak disangka-sangka, lelaki itu menarik helmetnya dari kepala.

Oh, lelaki ini. Patutlah dia tahu tentang kakinya.

Seroja memandang Arif tanpa menjawab soalan tadi. Dia pula yang menyoal, "eh, kenapa kau belum balik lagi?"

"Biar dekat aku lah nak balik bila-bila masa pun. Yang kau tu, dah kenapa tiba-tiba lari dekat tengah tapak perhimpunan ni? Nasib aku sempat brek, kalau tak... Syabil jumpa kau dekat negeri lain lah," kata Arif sambil memeluk helmet hitamnya.

SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now