BAB 17

1.1K 72 12
                                    

"KAU ada dengar tak, pasal student medik yang hilang tu?"

Belum sempat Seroja melabuhkan punggungnya di kerusi, dia disergah oleh Najla. Dada diurut perlahan. Terkejut dengar pintu biliknya ditolak kuat dari luar. Beg laptop dan botol diletakkan di atas meja sebelum menjawab soalan Najla yang merupakan seorang pensyarah dalam bidang Bahasa Inggeris itu.

"Ya Allah, Miss Najla kalau ya pun nak tanya, bagilah salam dulu. Terkejut aku tiba-tiba kena sergah," kata Seroja.

Najla tersengih kecil sebelum mendekati kerusi di hadapan meja Seroja.

"Hehehe. Assalamualaikum Cik Seroja. Selamat pagi dan salam satu Malaysia. Kau ada dengar tak berita tentang pelajar medik yang hilang semalam tu?" soal Najla sekali lagi.

Sambil membuka laptopnya Seroja menjawab, "tak, aku tak buka lagi mesej-mesej dalam group pagi ni. Kenapa dengan budak tu? Macam mana boleh hilang?"

Dia juga ingin tahu apa yang terjadi kepada pelajar itu.

"Aku tak tahulah sama ada pelajar tu hilang atau dia keluar tapi belum balik lagi ke apa. Sebabnya, yang buat laporan ni rakan sebilik dia. Kawan dia cakap, pukul 11 lebih semalam, budak tu ada hubungi dia. Tapi, dia tak angkat sebab tidur awal semalam. Tiga kali missed call," terang Najla dengan jelas.

Berita ini pun dia baca di Telegram. Belum pasti kesahihan berita tersebut. Boleh jadi, pelajar tersebut lari bersama teman lelaki. Tak pun, keluar bersama kawan-kawan sehingga lewat malam dan belum balik pagi ini kerana takut dikompaun oleh pengawal.

Seroja mengangguk-angguk mendengar penjelasan Najla. Dia tidak tahu mahu membalas apa kerana dia tidak mengambil berat sangat tentang berita sensasi di universiti ini. Dapat menyiapkan kerja dengan tenang dan aman pun sudah cukup untuknya. Malas mahu menambah masalah dengan memikirkan hal lain.

"Kau tak ada kelas ke pagi ni?" soal Seroja pula.

"Tak ada. Sebab itu lah aku datang sini."

"Ohh patutlah menyempat datang gosip dekat sini. Kalau tak, muka kau lah yang paling susah aku nak tengok dalam bangunan ni." Seroja memerli penasihat akademik itu.

Susah sebenarnya mahu berbual seperti ini dengan Najla. Dia lagi sibuk berbanding Seroja. Maklumlah, Najla memegang jawatan yang tinggi dan sudah lama bekerja di sini. Manakala, Seroja pula baru satu tahun setengah bulan mengajar di One Nationality Educational University atau singkatannya ialah UniOne.

"Kelas aku start minggu depan. Sebab minggu ni kan masih sesi suai kenal. Aku tengah sibuk susun jadual je sekarang," tutur Najla. Jadualnya belum padat minggu ini, sebab itu lah masih ada masa untuk bersembang dengan Seroja yang tak kalah hebat juga sibuknya.

"Ohh. Aku sekarang ni tengah sibuk dengan program student second intake. Pagi-pagi dah kena duduk berjam-jam di dalam dewan sekali dengan pelajar-pelajar baru untuk bagi taklimat dan pengenalan tentang bidang Bahasa Melayu ni. Barai lah juga otak aku." Belum mula bekerja lagipun dia sudah berasa penat. Tetapi demi agama, negara dan bangsa, dia harus gagahkan juga dirinya untuk mengajar dan menyampaikan ilmu.

"Faham sangat. Aku waktu awal-awal masuk sini pun penat. Dengan officemate suka membuli pekerja baru lepas tu ada yang tak beri tunjuk ajar dekat aku, fuh. Semua terkontang-kanting, rasa macam nak berhenti je waktu tu. Tapi, aku masih bertahan sehingga sekarang. Cakap je nak berhenti, tapi tak sanggup nak tinggalkan kerja yang aku dah selesa buat ni." Sudah jadi sesi luahan pula pagi ini.

"Hmm. Aku pun sama. Rasa nak berhenti, tapi masih terlalu awal untuk berputus asa. Lagi pun, benda ni pejam celik pejam celik, kita akan terbiasa juga." Seroja tidak mahu pengorbanannya selama ini disia-siakan begitu sahaja. Bukan mudah nak sampai ke tahap ini ketika dibiarkan bersendirian tanpa ada ahli keluarga yang datang membantu.

SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now