MUNDAR-MANDIR Afif berjalan di hadapan wad kecemasan sambil menunggu khabar daripada dalam. Syabil dan Naufal yang baru sampai di hospital menghempaskan punggung di atas kerusi. Mereka berjaya menangkap pencuri itu dan sudah selamat dibawa ke balai. Afif yang masih berpakaian kotor kerana terkena darah Seroja, ditegur Syabil.
"Afif, kau pergi tukar baju dulu. Ambil dalam bonet kereta aku."
Afif menggeleng, "kejap lagilah aku tukar, aku nak tunggu doktor keluar dulu."
Naufal dan Syabil berpandangan antara satu sama lain. Pelik manusia seorang ini. Siapa sebenarnya abang kepada Seroja? Syabil pun tidak gelabah sepertinya. Pening Naufal melihat Afif yang tak henti-henti berjalan ke hulu ke hilir.
"Wey, duduklah dulu. Pening aku tengok. Syabil pun tak gelabah macam kau," tutur Naufal. Sudah seperti anak ayam kehilangan ibu saja keadaan rakannya itu. Padahal, Seroja baru sahaja berada di dalam wad tak sampai satu jam.
"Kalau pening, tak payah tengok aku. Tengok tempat lain," marah Afif.
Aikk, dia pula yang kena balik. Naufal menggeleng kepala perlahan.
Selang 40 minit, pintu wad kecemasan ditolak dari dalam. Doktor yang baru melangkah keluar itu, mendekati Afif. "Awak penjaga Cik Seroja kan?"
"Ya, saya." Laju Afif mengangguk. Naufal dan Syabil turut berdiri mendekati mereka.
"Cik Seroja tidak mengalami sebarang kecederaan yang teruk. Bahunya hanya terkoyak sedikit dan lukanya telah ditutup dengan gam glustitch. Selepas ini, kami akan pindahkan ke wad biasa," terang doktor yang bernama Shahirah itu.
"Tapi, kenapa dia pengsan tadi?" soal Afif.
"Dia mabuk darah. Ada sesetengah orang kalau dia tengok jarum atau darah dia akan jadi lemah dan pengsan. Tindak balas dramatik ini dikenali sebagai vasovagal syncope atau neurocardiogenic syncope. Tindak balas in menjadikan kadar degupan jantung dan tekanan darah menurun secara drastik. Apabila tekanan darah tiba-tiba jatuh, darah di otak berkurangan. Sebab itulah boleh pengsan."
Berkedut dahi Afif, Syabil dan Naufal ketika doktor itu menyebut nama tindak balas tersebut. Dah macam Bahasa Tamil bunyinya. Tetapi, mereka hanya dengar dengan teliti tanpa mencelah.
"Jadi, adik saya baik-baik saja kan doktor?" Giliran Syabil pula menyoal.
"Ya, she is doing fine, nothing serious. Esok pagi kalau tak ada apa-apa masalah, dia dah boleh discharge." Habis ayat itu dituturkan, Syabil mengucapkan terima kasih. Lalu, Doktor Shahirah meminta diri untuk kembali bertugas.
"Kau orang pergi balik dulu. Aku nak temankan Seroja malam ni," tutur Syabil. Afif yang memandangnya lama, dipandang dengan pelik.
"Kau dah kenapa?" tanya Syabil.
"Biar aku temankan Seroja. Mesti kau penat kan kejar penjahat tadi." Afif berkata perlahan.
"Eh, jangan harap! Tak ada maknanya aku nak bagi orang yang tak ada apa-apa ikatan dengan adik aku, jaga dia. Shuh, shuh! Pergi balik sana." Halau Syabil.
Sampai hati Syabil menghalaunya seperti kucing kurap.
"Huh! Kau tunggu. Nanti aku kahwin dengan adik kau, 24 jam aku berkepit dengan dia."Syabil buat-buat tidak dengar. Dia mula melangkah meninggalkan ruang tersebut. Tetapi, dia berhenti seketika.
"Kau guna je lah kereta aku. Esok pagi tolong hantar okey?" arahnya kepada Afif. Muka cemberut yang ditayang Afif membuatkan Syabil ingin ketawa kuat saat ini.
BONET kereta dibuka, beg yang mempunyai barang Seroja dimasukkan ke dalam kereta. Afif menunggu Syabil dan Seroja yang baru selesai membuat pembayaran di kaunter. Seroja sudah dibenarkan keluar kerana kecederaannya tidak teruk. Cuma, doktor menasihatinya untuk memastikan bahagian yang telah digam itu sentiasa kering.
![](https://img.wattpad.com/cover/350625831-288-k535019.jpg)
YOU ARE READING
SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]
Acción"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya itu. Bukan sekali, tapi banyak kali! Namun, Arif tetap maafkan dia. Makin lama dia mengenali lelaki i...