TANGAN Hajah Aminah dan Afifah disalamnya. Pipi dilagakan kiri dan kanan. Afifah memeluk Seroja buat seketika. Dia memegang tangan Seroja .
"Nanti, kalau ada masa jenguklah kami dekat Kedah. Datang dengan Afif," kata Afifah.
Seroja senyum. "Insyaallah, nanti Seroja free, Seroja pergi sana."
Sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke negeri jelapang padi itu. Rindu pula mahu melihat kehijauan pokok-pokok padi yang melambai-lambai ketika angin bertiup berlatarkan bukit bakau dan duduk santai di pangkin hadapan rumah sambil menunggu matahari terbenam seperti dulu. Sewaktu dia sibuk menyiapkan tesis di sana.
"Adib, salam Kak Seroja." Afifah menarik tangan anak tunggalnya, merapati Seroja.
Seroja mencangkung, menyamakan tingginya dengan Adib. Tangan kecil dan halus Adib, dijabat Seroja sebelum budak lelaki itu mencium bahagian belakang tangannya. Seroja membalas dengan mencium kedua-dua belah pipi gebu kemerah-merahan itu. Ditarik pipinya perlahan. Macam pau!
Adib pula mencium kedua-dua belah pipi Seroja berulang kali. Seroja menggeletek perutnya, sehingga tertawa kuat anak kecil itu.
"Adib, Kak Seroja tu akan jadi mak ngah Adib lepas ni. Jangan nak cium pipi mak ngah awak tu lama-lama sangat." Afif menjeling Adib. Sakit pula hatinya melihat Adib bermanja dengan Seroja.
Hajah Aminah, Haji Manaf dan Afifah ketawa. Syabil pula memandang Afif dengan muka selenganya. Dengan budak-budak pun nak cemburu.
Adib tidak menghiraukan Afif. Dia memeluk leher Seroja erat dan menjelirkan lidahnya kepada Afif. "Werk, pak ngah tak boleh peluk macam ni!"
Besar kecil besar kecil mata Afif memandang anak buahnya itu. Dengan langkah besar, dia mendekati Adib yang sudah selamat berada di dalam dukungan Seroja.
"Kak, lari kak! Ada monster!" Petah saja budak itu berkata-kata.
Seroja mengikut saja permintaan Adib. Mereka berlari sehingga ke halaman belakang. Riuh-rendah rumah itu dengan suara Adib yang sedang menjerit suka. Afif pula sengaja bergerak sekejap ke kiri, sekejap ke kanan untuk mengepung Seroja yang mendukung Adib itu. Tudung Seroja sudah seperti dilanda badai ketika ini.
"Hahaha! Adib dah tak boleh lari. Kak Seroja dah penat nak bawa Adib yang gemuk ni." Afif ketawa. Saja mahu mencari pasal dengan Adib kerana dia sudah tertangkap. Sekarang ini, pipinya sudah menjadi mangsa gomolan Afif. Sampai merah mukanya menahan geli.
Adib yang sedang digomol dari belakang Seroja menggeliat kegelian. Mukanya ditarik menjauh daripada Afif. "Tak mau dah. Penat!"
"Cari pasal dengan pak ngah lagi, kan dah kena. Meh sini, pak ngah dukung pula. Kesian dekat kekasih hati pak ngah kena dukung Adib lama-lama. Tercabut pinggang dia nanti," tutur Afif seraya mengambil Adib dari dukungan Seroja.
Seroja menarik tudungnya ke belakang sedikit dan mengemaskan lipatan. Dia hanya memakai tudung jahit tengah bidang 50 yang mempunyai dua lapisan seperti tudung sekolah. Tudung kain chiffon yang agak lembut dan licin itu membuatkan dia harus memakainya secara melekap ke dahi. Bulat pun bulatlah, janji dia selesa dan awning tudungnya tidak kembung.
"Seroja! Jom, lambat dah ni!"
Kan dah kena marah dengan Syabil. Cepat-cepat dia berjalan bersebelahan dengan Afif dan kembali ke halaman depan. Setelah empat hari menumpang di rumah Afif, dia perlu mengikut abangnya pulang ke Kuala Lumpur hari ini.
"Assalamualaikum umi, abah, akak dan Adib. Nanti kita jumpa lagi tau. Seroja pergi dulu." Tangan melambai ke arah mereka semua yang sedang berdiri di pagar rumah menghantar kepulangannya dan Syabil.
YOU ARE READING
SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]
Action"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya itu. Bukan sekali, tapi banyak kali! Namun, Arif tetap maafkan dia. Makin lama dia mengenali lelaki i...