ALISHA menghampiri Seroja yang sedang bergelak ketawa dengan dua orang perempuan di hadapannya. Kaki dihentakkan sedikit untuk menyedarkan mereka tentang kehadirannya di situ. Matanya menjeling gadis-gadis yang merupakan rakan baru Seroja itu.
Seroja memanggung kepala. Dia terkejut melihat Alisha di situ setelah sekian lama tidak bertemu. Hampir tiga minggu dia tidak bersua muka dengan gadis tersebut. Segaris senyuman diberikan.
"Hai Alisha. Kenapa?" tanya Seroja.
"Amboi. Dah ada kawan baru, lupakan aku pula." Alisha membalas.
Seroja terdiam.
"Siapa nama kau?" Haura bertanya kepada Alisha. Ingin menghilangkan suasana kekok di antara mereka.
"Alisha." Sepatah dia menjawab.
"Oh, hai Alisha. Nama aku Anees. Yang tu pula Haura." Anees pula mencelah.
"Aku nak bercakap dengan Seroja, berdua." Perkataan berdua dikuatkan. Alisha tidak mahu sesiapa mengganggunya dan Seroja. Dia tidak menghiraukan Anees dan Haura yang ingin beramah mesra dengannya.
"Okey," kata Haura sebelum mengajak Anees bangun dari situ.
Seroja memandang mereka berdua dengan pandangan yang bersalah. Kenapa lah Alisha perlu muncul ketika mereka sedang rancak berbual?
"Mana kau pergi? Lama aku tak nampak." Alisha memulakan perbualan.
"Aku cuti sakit. Dua minggu. Hari ni baru datang sekolah."
"Kau sakit? Sakit apa? Kenapa tak bagitahu aku pun?" soal Alisha bertubi-tubi.
"Aku sakit kaki, tercedera waktu dekat kem. Bukan tak nak bagitahu kau, tapi aku tak pegang telefon. Aku banyak berehat je dekat rumah. Lepas tu, siapkan tugasan yang cikgu suruh. Sorry Alisha," balas Seroja.
Dia memang tidak menggunakan telefon sewaktu sakit, hanya melihat mesej penting daripada rakan sekelasnya saja tentang pelajaran.
"Siapa perempuan-perempuan tadi tu?" Alisha menukar topik perbualan mereka.
"Dua orang tu satu kumpulan dengan aku waktu kem haritu."
"Perlu ke rapat dengan dia orang sampai sekarang? Kem dah habiskan," ucap Alisha tidak puas hati. Dia tidak suka Seroja berkawan dengan orang lain.
"Kenapa pula tak boleh nak rapat? Bukannya dia orang tu ada niat jahat ke apa." Seroja mengawal suaranya daripada meninggi. Dia tak mahu bergaduh. Tetapi, tahap kesabarannya semakin menipis apabila bercakap dengan Alisha.
"Tak boleh, sebab aku tak suka. Entah-entah..."
"Entah-entah apa?! Ish aku penat lah bercakap dengan kau ni. Asyik bersangka buruk je dengan orang lain. Boleh tak kau jangan ganggu hidup aku? Biar je lah aku nak berkawan dengan sesiapa pun!" Marah Seroja. Ini kali pertama dia menengking Alisha.
Alisha terkesima mendengar suara Seroja yang kuat sehingga menarik perhatian orang yang lalu-lalang di situ.
Seroja yang baru tersedar sudah meninggikan suara, beristighfar.
"Astaghfirullahalazim... Alisha aku..." belum sempat menghabiskan bicara, Alisha sudah berdiri dan pergi meninggalkan Seroja.
Alisha berhenti sekejap di tepi kantin sebelum berbisik seorang diri, "kau akan menyesal sebab buang aku macam ni."
Alisha yang berselisih dengan Arif, langsung diberikan jelingan.
"Kenapa ni?" Arif berdiri di tepi Seroja. Terkejut dia apabila mendengar suara Seroja yang kuat sehingga ke pondok yang berada di kiri kantin tadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/350625831-288-k535019.jpg)
YOU ARE READING
SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]
Acción"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya itu. Bukan sekali, tapi banyak kali! Namun, Arif tetap maafkan dia. Makin lama dia mengenali lelaki i...