BAB 56

805 39 3
                                    

SEROJA memberi isyarat kepada Afifah melalui matanya sambil mengira sehingga angka tiga. Di tangannya terdapat satu plastik tepung dan juga sebotol lada putih. Afifah pula bersedia untuk mengambil sepapan telur busuk yang lupa dibuang Seroja dari kabinet. Ada hikmah juga adik iparnya itu terlupa untuk membuangnya.

Terbuka sahaja pintu itu, mereka terkejut dengan kehadiran dua batang tubuh manusia yang berpakaian serba hitam. Seorang memegang batang besi dan seorang lagi menggenggam pisau.

Topi yang dipakai mereka membataskan penglihatan Afifah dan Seroja untuk mengecam gerangan manusia di pintu dapur itu. Tanpa membuang masa, Seroja memberi arahan sekali lagi melalui isyarat mata untuk bersedia membaling semua bahan dan barang di atas meja.

Satu... Mata Seroja dikelip sekali.

Dua.

Tiga!

Puk!

Telur tembelang itu tepat mengena sasaran.

"Yeah!" Afifah bersorak keriangan seperti baru saja memenangi cabutan bertuah.

"Woi, tak guna!" Serentak Daniel dan Shah menjerit kegelian. Mereka menyapu cecair busuk itu dengan riak wajah menahan muntah. Topi yang dipakai juga sudah terlepas dari kepala.

Seroja terkedu. Dia melihat mereka berdua dengan lama.

Afifah menyiku Seroja apabila melihat wanita itu hanya diam terkaku. Langsung tidak bergerak. "Seroja, kenapa ni?"

"Dia orang berdua kawan sekolah Seroja."

Ayatnya terhenti di situ kerana Daniel dan Shah berjalan menghampiri mereka berdua. Cepat-cepat Seroja membaling plastik tepung kepada mereka.

Melihat Daniel dan Shah bersusah payah untuk membuka mata mereka, Afifah menarik tangan Seroja untuk lari daripada situ.

"Kak long, capai minyak masak tu." Seroja sempat memberi arahan kepada Afifah. Bekas lada putih digenggamnya erat. Sempat juga dia menendang perangkap tikus di tepi kabinet ke arah Shah dan Daniel.

"Weh, aku tak nampak apa-apa ni," rungut Shah. Dia meraba-raba Daniel di sebelah. Besi yang dibawanya sudah hilang dari genggaman.

"Isy, kau janganlah sentuh aku! Aku pun sakit mata juga," jerkah Daniel.

Afifah dan Seroja mempercepat langkah untuk naik ke tingkat atas. Membiarkan dua jejaka itu beradu mulut.

Baru sahaja mahu menjejakkan kaki pada anak tangga pertama, namanya diseru.

"Seroja... kau ingat, kau boleh lari daripada aku?" soal Aidil.

Perempuan di sisi lelaki itu hanya menayangkan senyuman sengetnya kepada Seroja.

"Kau orang nak apa lagi daripada aku? Apa lagi yang kau tak puas hati?" marah Seroja dengan nada tertahan. Dia sudah penat mahu menghadap mereka ini.

"Mestilah nak kau merana. Takkanlah bahagia pula!" balas Alisha.

"Selama ni, sengaja aku berdiam diri. Nak beri waktu dan peluang untuk kau bergembira dulu dengan suami tersayang. Baik kan aku? Hahaha! Tapi, malam ni aku akan pastikan kau dan anak kau tu mati!" Sambungnya lagi.

Habis sahaja Alisha bercakap, Afifah mendepakan tangannya di hadapan Seroja. Ingin melindungi satu-satunya adik perempuan yang dia ada.

"Sebelum kau bunuh adik aku, langkah dulu mayat aku!" jerit Afifah.

Seroja di belakang Afifah sudah menggeleng kepalanya berulang kali, tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Afifah itu.

"Huh, perempuan macam kau ni sekejap saja aku boleh tumpaskan." Aidil membongak diri. Dia menatap Afifah sambil ketawa sinis. Alisha turut berbuat demikian.

SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]Where stories live. Discover now