DLM 2 : 43

871 37 0
                                        

Lagu cukup derita itu untuk Si Hayden. Sila dengar sambil baca if korang selesa dengar sambil baca.

TERHINJUT-hinjut kaki Nana menghampiri Hayden. Terpamer kerisauan di wajah Nana ketika memegang wajah suaminya.

"Abang, sedar abang sedar!" Nana menjerit tidak keruan. Wajah Hayden dibasahi peluh, bibirnya mulai pucat, posisinya berdiri juga tidak seimbang.

"Tolong! Nurse, tolong suami saya!" teriak Nana memanggil jururawat. Jatuh air matanya membimbangkan keadaan Hayden.

"Najwa, kepala aku sakit..." Resah Nana mendengarnya. Dia menoleh, kelihatan sekumpulan jururawat sedang menghampiri mereka.

Dalam kepayahan, Nana lantas bangun dan memberikan ruang kepada beberapa jururawat itu. Dua jururawat lelaki segera mengangkat tubuh Hayden lalu masuk ke dalam wadnya.

Melalui celah di kalangan orang yang berkumpul, terlihat di ruang matanya seseorang yang dikenali di situ. Lelaki yang diangkat oleh jururawat lelaki itu adalah Hayden. Dia pasti dia tidak salah.

Langkahnya diatur ke tempat jururawat. Wajah seorang demi seorang diperhati sebaik mungkin. Salah seorang mesti peramah.

"Nurse," panggil Daneen.

Seorang jururawat memandangnya. Daneen mengukir senyum. Nampak seperti peramah.

"Maaf mengganggu, boleh saya bertanya?" Daneen membuka bicara.

"Tak menganggu puan. Silakan," balas jururawat itu berbahasa. Baguslah, boleh jadikan kawan. Kawan! Bukan madu. Bahaya, dahlah nama jururawat itu Hani.

"Apa jadi tu?" Daneen terus menyoal soalan yang menjadi tanda tanya di dalam ruang fikiran.

Jururawat itu tersenyum mendengar soalan itu. "Itu suami puan yang baru ikut masuk sekali. Puan tu patient dekat sini, suami dia saya rasa penat kut sebab semalaman jaga dia." Jururawat itu menerangkan secara terperinci. Mata Daneen mengikut pergerakan sepasang mata jururawat wanita itu tanda mendalami setiap penerangan.

"Terima kasih nurse. Maaf ye curi masa sikit," ucap Daneen menghargai masa yang diluangkan.

"Sama-sama."

Daneen memperlahankan langkahnya saat melintasi depan wad itu. Dia meneliti wajah wanita yang dikatakan isteri oleh jururawat sebentar tadi.

Sejujurnya dia terlopong, namun kakinya segera diatur ke arah wadnya semula.

"Angah dah kahwin?" Daneen tertanya sendiri. Wajah gadis itu dicerna.

Dia tak pernah nampak pula. Bukan sembarangan perempuan, berkulit cerah, rupanya jelita tanpa sebarang riasan wajah.

"Memang lelaki keturunan cucu Tok Mek dapat kaut perempuan cantik ea?"

Tak sempat Daneen mengangkat wajah, kepalanya terhantuk di dada bidang seseorang. Terkejut bukan kepalang apabila pemilik tubuh itu, menjengah diikuti wajah serius.

"Seronok jalan satu hospital?" Kening lelaki itu mencanak kemas.

Daneen mempamerkan sengih, kening lelaki itu disentuh lembut. Cepat dia membawa si suami mengambil tempat duduk bersama, kebetulan terdapat kerusi menunggu di sebelah.

"Sayang tahu tak..."

"Sebelum tu, apa yang 'memang lelaki keturunan cucu Tok Mek dapat kaut perempuan cantik'? Tak penat ke puji diri sendiri? Berapa cermin jumpa dalam hospital ni sepanjang meronda tadi?" Rasa nak cubit mulut Aidan. Suka terus serkap jarang, kan boleh tunggu penjelasan.

Isteri TeristimewaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang