"NANA tu anak jiran belakang rumah mama." Aidan akhirnya membuka cerita setelah mendapat desakan dari Daneen berulang kali.
Daneen pamer wajah terkejut. Bertangkai-tangkai petai yang sedang dipilih terus tidak menjadi perhatiannya.
"Jodoh belakang rumah? Sweetnya dari jiran jadi jodoh... Bertuah betul Nana." Meleret suara Daneen ditujah rasa kagum.
"Sayang, kita pun apa kurangnya? Sweet jugak, dari 'ayah terjun' jadi suami, dari 'anak terjun' jadi isteri," celah Aidan turut berasa mereka juga memiliki kisah cinta yang romantik.
"Apa abang ni 'terjun, terjun'."
Aidan pandang sekilas muka Daneen. Terpinga-pinga tak tahu ertinya.Aidan menarik senyum sekejap bagi urusan jual belinya di pasar pagi itu. Dia terpaksa pergi sendiri mencari sayur-sayuran di pasar gara-gara lori sayur memaklumkan mereka mempunyai masalah untuk menghantar stok. Mahu tak mahu, dia kena turun padang selesaikan masalah.
"Tiba-tiba je kan sayang panggil abang 'ayah', free je abang dapat anak express masatu." Aidan kembali menjelaskan. Sebelah tangan sahaja dia memilih jenis sayur, tangan sebelah lagi tidak lepas memegang tangan Daneen.
Daneen baru faham. Ternyata suaminya guna istilah 'bidan terjun'.
"Cakaplah terperinci lain kali, Daneen ni dahlah dungu tentang istilah peribahasa yang ringkas-ringkas macamtu," rungut Daneen dengan mimik muka geram.
"Sayang muda lagi, bukan dungu tapi kurang pengetahuan sedikit." Aidan membuat jari hampir bertemu jari, menunjukkan 'sedikit' yang dimaksudkannya.
"Tulah, orang lain semua umur macam Daneen, pergi sambung belajar. Daneen ni umur macam ni pergi kahwin, orang lain yang paling tidak pun sekurang-kurangnya mereka pergi kerja." Daneen bersuara sedih. Dia juga pernah mencipta impian ingin ke menara gading.
"Why not sayang pergi je sambung belajar? Abang okey je. Lagipun sayang pun belum bersedia nak jadi seorang isteri dan ibu. Mana tahu bila sayang dah belajar, makin matang, sayang boleh go through hidup macam mana setiap orang menempuh perjalanan hidup. Who's know kan bila sayang lewati fasa-fasa dewasa, membolehkan sayang lebih bersedia nanti."
"Betul ke abang izinkan?" tanya Daneen memastikan. Dia sedikit berat hati tetapi jika benar, dia juga teruja.
Sekali anggukkan dari si suami terus membuat hatinya dilonjak gembira. Mujur dia mengawal perasaannya dan hanya memeluk rapat sisi tubuh suaminya, andainya tidak pasti satu pasar pagi itu mendengar riuh suaranya.
"Tapi sayang masuk yang dekat sini je la. Abang tak sanggup juga nak menjauh." Suara lelaki itu bertukar nada.
"Daneen pun tak sanggup nak jauh dari abang. Daneen selama ni dah hidup dalam tempat macam asrama, Daneen tak mahulah tinggal dengan kawan-kawan. Daneen dah ada suami, tinggal dengan abanglah." Sempat dia pandang Hadi. Beberapa pekerja Aidan ikut sama bagi mengangkat barang dan bahan yang dibeli.
Hadi cepat sahaja angkat 'thumbs up' sebagai ucapan tahniah. Dia tak sangka Daneen muda lagi. Dari segi wajah, matang sangat. Cuma telatah sahaja meyakinkannya.
"Nanti balik, kita bincang dengan mama untuk buat majlis kahwin before abang tolong daftarkan sayang."
Daneen angguk sahaja seraya berkepit dengan Aidan. Aidan nampak tenang tetapi dia tahu lelaki itu pastinya berat hati hendak melepaskan dia sambung belajar. Tulah, lain kali carum isteri sama umur, ini muda. Dah kena gigit jari.
Mata sesekali memandang Aidan yang diam tak bercakap sejak tadi. Daneen enggan menganggu suaminya yang sibuk berhempas pulas memasak. Para pekerja Aidan, asyik dimarah selain lelaki itu berdecit geram.
YOU ARE READING
Isteri Teristimewa
RomancePerpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah...