Lagu kucu kuca kat atas untuk sweet scene aidan daneen👏
“BAIKLAH mama,” jawab Aidan masih lagi berbual dengan Puan Sri Hana melalui telefon.
Lama juga Aidan berbincang, hampir satu jam dari mula dia bersiap tadi. Daneen cuma membantu serba sedikit di dalam restoran sementara menanti Aidan.
“Harini Puan Daneen dengan Encik Aidan nak pergi dating ke?” Firash cuba mengorek kepastian gosip mereka tadi. Teruja suaranya sampai ternaik-naik kening.
“Ya la, nak pergi mana lagi dengan Encik Suami kalau tak pergi dating?” Selamba Daneen menjawab. Dia berani tanpa pipi berbahang pun!
Serentak itu Daneen panggil mereka secara merapat, ekoran jarinya menarik mereka.
“Lebih kepada nak honeymoon,” bisik Daneen. Sengaja ingin memberi mereka ini hiburan di pagi hari.
Tergelak besar Daneen bila mereka bertiga itu menjerit riuh. Kelakarlah.
“Tengoklah Puan Daneen, kami ni dah berusia pun tak merasa lagi ada isteri. Gigit jari je la tengok bos dah sampai seru,” rungut Wook tiba-tiba muncul sekali dalam perbualan mereka. Pasrah betul suaranya!
“Bukan tak sampai seru, tapi memilih, kan? Dia baru reject perempuan nak kat dia, Puan Daneen.” Giliran Hadi mengambil ruang yang sama di antara mereka.
Mata bundar Daneen turut terkejut. Tak sangka Wook betul-betul tolak jodoh. Cara mereka berbual, nampak yang Wook ini lelaki yang tak sanggup sakitkan hati perempuan.
“Tak apalah, kita tak tahu mana la tahu perempuan tu bukan yang terbaik untuk Wook, kita pun tak tahu yang Allah ke gerakkan hati Wook untuk tolak, ye tak?” Daneen pandang muka Wook. Lelaki itu nampak muram setelah hal itu dipetik tadi. Nampak sangat Wook ada sebabnya.
Muka Hadi dipandang.
“Ingat, yang bukannya kalau kita tolak tu kita ni memilih. Ada juga sisi baik dalam keputusan kita. Allah yang pegang hati, kita tak tahu, kan,” nasihat Daneen cuma ingin menegur. Kadang kala hal kecil boleh jadi retak hubungan antara rakan.
“Hadi ni Puan Daneen, kagum betul dengan Puan Daneen. Kami ni tahulah sikit-sikit pasal Puan Daneen dari Encik Aidan.” Hadi tak sempat hendak memanjangkan lagi perkataan, Firash sudah mencelah.
“Sepanjang jadi isteri Encik Aidan, Encik Aidan datang je kerja, hati tu dah tak bawa, yang ada pun jasad je.” Firash menokok tambah.
Laju membibit senyum nakal di bibir Daneen. Tergelak Hadi melihatnya.
“Senyum sepanjang kerja, tak berhenti. Masa awal la, tapi lama-lama asyik risau je kami tengok dia. Sampailah semalam, bertukar emosi marah.” Cepat sahaja Wook mengambil giliran bersuara.
Seperti mempunyai fikiran yang sama, padahal pandangan mereka jadi hampir kerana semuanya menyaksikan bersama-sama.
Fokus Daneen dengar bertukar sedih. Betul juga akhir-akhir ini dia yang buat hati suaminya tidak tenang. Kesian ayah
“Seronok semua membawang pasal saya?” soal suara Aidan yang baru sahaja menapak masuk.
Tegak semua badan lelaki-lelaki itu. Daneen sahaja berpaling berani dengan senyuman.
Mata Aidan terpana pada Daneen. Dia melipat hujung bajunya bersama senyuman.
“Nanti semua ni gaji, saya bagi bonus.” Tangan Daneen diraih ikut menuju ke dapur.
“Bonus?” Tersalah cakap ke?
“Sebab semua yang awak, awak dan awak cakap, betul. Jadi, awak semua sekarang pergi kemas meja di luar. Dalam pukul 10 ada customer nak 10 table breakfast menu 1,” arah Aidan selanjutnya usai menjawab tanda tanya mereka tadi.
YOU ARE READING
Isteri Teristimewa
RomancePerpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah...