DLM : 52

1.8K 62 1
                                        

"ANDARA ada nampak Kak Long tak?" soal Aidan membisik. Ramai para tetamu Andara sambut, dia terpaksa menurunkan intonasi suara.

"Ada, baru je tadi Kak Long ke belakang tambah lauk," jawab Andara sambil memberikan goodies.

"Okey Andara."

"Pesan dia jangan buat kerja berat sangat. Catering boleh urus." Puan Sri Hana di sebelah Andara sempat titip pesan sambil menyambut tetamu. Berpusu-pusu tetamu hadir.

Sesak laluan menuju ke dapur gara-gara talam makanan untuk dijamah kepada ahli keluarga terdekat diurus di dalam rumah. Dari jauh dia nampak isterinya sedang mengasingkan lauk ke dalam talam.

"Biar abang bawa." Aidan mengambil alih talam itu ke pegangannya. Dia meletakkan seketika di atas meja seraya membantu Daneen berdiri.

"Catering kan ada, sayang," tegur Aidan seraya menarik Daneen masuk bersama talam tadi.

"Daneen kesian tengok diaorang bertungkus lumus tambah lauk, Daneen ada kudrat, Daneen tolonglah." Daneen mengikut rentak langkah suaminya.

"Tahulah sayang, tapi abang yang urus catering pun abang minta pekerja je yang buat. Kita kan tuan rumah, ada baiknya sambut tetamu." Sempat mereka berbual meski dihurung ramai tetamu.

"Sekurang-kurangnya bila Daneen buat kerja, Daneen tak terasa sedih pasal apa yang dah jadi kebelakangan ni. Daneen harap abang faham," ujar Daneen penuh makna. Tangan suaminya yang memegangnya, dileraikannya.

Daneen mengalihkan sudu yang berterabur di atas meja itu sebelum memberi ruang Aidan meletakkan talam. Lalu Daneen bergerak masuk semula ke dalam rumah. Harapnya Aidan faham.

Kakinya tetap dibawa mengikuti Daneen. Tak mahu membiarkan Daneen melakukan seorang diri.

"Abang..."

"Abang boleh buat juga, sayang."

Jujur dia tak perlukan sokongan Aidan ketika ini. Dia perlukan masa.

"Tolonglah, leave me alone, abang." Dingin suara Daneen. IBukan niatnya beremosi, dia betul-betul tiada rasa hendak berdepan dengan sesiapa.

Dia tak mampu menahan perasaan. Hati senang dan bahagia sahaja yang layak ada di majlis itu, yang tak bahagia tak patut ada di hari berbahagia itu.

"Daneen, kenapa cakap macam ni, sayang?"

Daneen mengeluh berat. Dia melepasi Aidan, kakinya menuju ke pintu pagar kecil di belakang, enggan mempedulikan sesiapa lagi.

"Sayang! Daneen Inara!" panggil Aidan terpempan dengan langkah Daneen yang meluru keluar.

"Tolonglah faham, Daneen. Daneen tak nak abang peduli, Daneen perlukan masa bersendiri!" tengking Daneen tanpa sedar. Dia hanya ikut pemikirannya yang terus ingin memberontak.

"Daneen sedar tak kat dalam tu majlis adik ipar Daneen?" Aidan lantang menegaskan itu. Serentak itu dia berjaya meraih tangan Daneen.

"Jadi? Daneen perlu ke ada? Bukan Daneen yang kahwin!"

"Daneen Inara." Suaranya berbaur kesal.

"Dahlah abang. Kalau abang cuma nak buat Daneen serabut, baik abang pergilah masuk urus majlis tu. Abang sedar sangat, kan tu adik abang? Jadi sedarlah dan pergi masuk je balik. Daneen tak perlu abanglah sekarang!"

Pedih mendengar setiap patah kata yang disampaikan dengan kasar itu. Seakan tiada perasaan Daneen memperlakukannya tika ini.

"Sanggup sayang cakap macam ni?" Ungkapan Aidan saat ini tak langsung tembus ke hatinya. Malah dia lebih berani merentap tangannya yang ditahan oleh Aidan.

Isteri TeristimewaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang