“ANDARA tak rasa Angah akan balik. Kenapa semua orang rasa cuma majlis tu je boleh selesaikan keadaan, nampak mama dan yang lain sokong pilihan Angah? Angah tu cuma nak kita beri kasih yang dia tak dapat selama ni, kasih yang ikhlas dari Along, dari Tok Mek. Terutama sekali mama.” Panggilan terus diputuskan serta merta.
Sungguh, dia kesal dengan makna yang disebut 'keluarga'. Jika Daneen tidak bercerita, memang dia salah anggap terhadap Hayden.
Perjalanan agak jauh untuk ke rumah Hayden. Cuma dia yang tahu Hayden mempunyai rumah sendiri. Hayden pernah ingin keluarga mereka tahu, tetapi dia sedar keluarganya tidak akan ingin tahu. Hanya kejayaan Along, Aidan, yang sering mendapat perhatian Puan Sri Hana.
Andara hanya berperang dengan perasaan. Daneen di sebelah, tidak langsung dipandang atau diajak berbual berkaitan apa yang dijelaskan.
Aidan
Sayang, kenapa tak dengar langsung cakap abang?Siapa suruh pandai-pandai teman Andara? Tahu yang Angah tak suka Daneen, kan? Macam mana kalau keadaan jadi lagi keruh? Biar mereka bincang antara mereka saja.
Lelaki itu sudah membahasakan dirinya dengan nama. Dia tiada niat untuk menyelitkan diri dalam masalah keluarga suaminya, tetapi dia sebagai isteri terkilan dengan suaminya.
Aidan meluahkan segala-galanya, lelaki itu tahu dan nampak setiap kedukaan adiknya di depan mata saat dia lebih dipedulikan oleh Puan Sri Hana. Akan tetapi, dia merasakan itu selayaknya dia rasa gara-gara selama ini dia telah menerima kehadiran adik-adiknya. Sayang bukan sebab untuk dia melupakan detik dia mulai rasa disisihkan.
Sememangnya Aidan akui bersalah, namun Aidan tidak berada di tempat Andara sekarang ini. Andara bergegas ke rumah Hayden, demi memujuk hati yang bersedih. Gadis di sisinya ketika ini, memperjuangkan erti sebenar adik beradik.
Aidan
I will be there. Tak bagi alamat bukan bermakna abang tak boleh cari Daneen.Daneen mengeluh berat. Rasanya tak seharusnya suaminya itu ingin bertindak berlebihan.
Daneen
Fikir adik abang sekarang ni, abang. Daneen ni orang luar.Aidan
Abang ingat adik abang, abang sedar salah abang. Abang tak maksudkan sayang tak ada tempat dalam keluarga abang. Keluarga abang keluarga sayang juga. Daneen Inara bukan orang luar, sayang. Sayang ahli keluarga dalam keluarga abang.Aidan cuba memujuk. Dalam kebimbangan Andara, dia benar-benar tidak sengaja untuk berasa terharu untuk sesuatu. Suaminya yang memulakan.
Aidan
Please, teman Andara saja, sayang. Duduk jauh dari Hayden, tak ada siapa boleh sakiti sayang walaupun itu adik abang.Ya, Hayden mesti benci akan kehadirannya turut bersama Andara. Dia tidak akan menonjolkan diri, biarlah dia menanti di dalam kereta sahaja demi kebaikan bersama.
“Dah sampai, Cik dan Puan.” Pemandu mereka memaklumkan kepada dua wanita itu. Lelaki itu segera turun bagi membantu Andara turun dari kereta.
“Andara, Kak Long...”
“Tak apa, Andara tahu Kak Long. Kak Long teman sampai sini pun dah memadai bagi Andara.” Gadis itu memotong perkataan Daneen. Niatnya, dia sudah faham sebelum atau tanpa Daneen perlu jelaskan.
YOU ARE READING
Isteri Teristimewa
RomancePerpisahan tanpa diduga membuatkan gadis bernama Daneen hidup berseorangan. Dia tiada arah tuju. Di dalam hujan lebat, tanpa tidak sengaja dia menjadi tawanan seorang lelaki misteri. "Buka mata nampak ayah, macam mana Daneen tak peluk. Ayah kan ayah...